Friday, August 20, 2010



last 2 days aku busy
busy layan bestfriend dari kecil
yang datang on business trip kat sini
temankan dia makan-makan
car drive tengok Miri
aku kenal dia sejak aku darjah 1 lagi
membesar bersama menjadi bestfriend
hingga lah ke form 5
which sepanjang masa tu
dari sekolah rendah ke sekolah menengah
kita tetap di kelas yang sama



Lepas tu dia belajar di Uitm
which was ITM masa tu
then family dia pun pindah ke Kuching
dia settle down bekeluarga kat sana
Dah belasan tahun
dia bekerja di bidang perhotelan
kalau datang kesini
mesti kerana kes marketing
so sepanjang 2 malam dia di sini
memang tak akan melepaskan peluang
tuk bersama-sama
cerita tentang masa kecil-kecil dulu
pergi tengok sekolah lama
pergi tengok tempat-tempat
yang sering kita bermain dulu
sangat melucukan :)

balik dari berjalan singgah shell station
tuk pam tayar sebab lain rasa je
mungkin kurang angin
atau terlebih angin
tahlah
sebenarnya aku never know exactly
camna nak pam tyre kereta tu
how is actually ngam-ngam tuk diguna
main hentam je
lelebih lagi dengan jenis pam yang baru tu
lagi aku kalut guna

so semalam masa pam tayar tu
first pam terkial-kial
sebab tak dapat nak set angin yang diperlukan
bagi kereta aku, dia guna 29
tah 29 apa jangan tanya aku
aku tatau cuma kat pintu tu dia ada tulis
29 tuk tayar depan



pindah to another pam
ni pun tah ok ke tak
main hentam je
dia tunjuk 32 aku hentam pam je
then datang pekerja dia cakap
belum ok lagi tu sebab pam belum berbunyi
dia tolong buatkan
tengok 32, aha, terlebih angin ni
kena buang angin tu tapi.....
camna buang ek angin kan dah masuk
dia ajar tekan ada jarum kat tiub tayar tu
angin keluar cam sssssssssssshhhhhhhh........
aku cam jakun gak
tanya dia camna buat ek
dia ajar
dia kata if pam taknak di set
kena release angin dia dulu kat pam tu
buat perkara yang sama gak
tekan jarum kat pam tu
rupa-rupanya tayar aku terlebih angin
tu yang berat je rasa
next time aku tau buat camna
so far layanan pekerja kat station shell ni ok
dulu pekerja dia pun layan bagus
cuma masalahnya sejak dulu
aku guna minyak petronas
tu yang malas nak tukar
lagipun kat miri ni
stesen petronas lebih banyak dari shell

aku bersyukur sesangat
kerana dikurniakan orang-orang baik sekeliling

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)