Tuesday, June 2, 2020

Menjahit bedsheet



assalamualaikum
pa kabar arini?

minggu lepas berjaya menyelesaikan
projek terbengkalai since PKP
kenapa terbengkalai?
sebab takda getah seluar
nak beli mostly kedai tutup
yang ada pun
mostly stok abis
ke masa pkp 1 & 2 aritu
ramai yg putus tali seluar kot
or seluar mengetat
tu lah getah seluar tu laris 😀








sapa masih ada mesin jahit legend ni?
yang dia guna kaki tuk operate tu
masa kecik2 suka main bawah mesin ni
kekunun driving memegang stereng kereta
pastu alignment jahitan lari
siap lah kena marah
sebab ada lah kontrol dia yg tertekan
all those sweet memories







kain corak little pony dibeli rm18.90 semeter
tapi berbaloi sebab bukaannya 92inci
beli 4 meter cukup tuk bedsheet queen
sebiji bantal
2 biji bantal peluk













process jahitannya takda lah sukar sangat
sebab segiempat je
jahit tiap tepi
if ada mesin edging lagi senang
tapi ni kan mesin lama
semua manual
tiap bucu akan dipasang getah










boleh refer YT bawah ni
tuk detail cara menjahit







disebabkan ada masalah kurang tepat pengiraan
bedsheet aku tak muat tilam
tu lah gara2 derhaka 






tengok lebihan jahitan tu
asalnya hanya perlu jahit tepi 6 inci
sebab tilam aku tebalnya 6 inci
but masa testing
bila dah siap satu bucu je
cam terlepas je 

so aku pepandai alter lah 
hingga garis tepi tu 10 inci
kesudahannya
body tuk tilam mengecil
4 inci each side
sipi2 je muat
tu pun cara paksaan
semalaman juga tidur dengan cadar camtu
sian tersiksa tilam
guna baju sendat 😂😂






tu penyebab baju tilam tak muat
seharusnya jahit garis lurus pendek tu je
tapi aku jahit garis panjang
nasib baik dapat buka
sebab jahitan tu dibuat
selepas aku siap jahit semua getah





nah pastu terus ngam je masuk tilam
puas hati!
rasa nak joget2 





lepas ni plan akan buat sendiri semua bedsheet
nak kata murah tak juga
tapi puas hati
sebab aku boleh guna kain cotton tebal
yang sangat selesa

ni semua sebab frust
tengok bedsheet di pasaran
mostly jenis kain polyster
cam boleh tergelincir je time tido

if lebih expert nanti
boleh buat lebih advance
yang ropol2 ke
heheee
if kerajinan tak hangat2 taik ayam lah
😂😂😂😂




zzzyy


















14 comments:

  1. harga dia boleh tahan mahal jugak yek... ko ni memang serba boleh la jahit boleh baker boleh memang salute lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dana, mahal juga tapi puas hati lah dgn kualiti kain dia, if beli dia selalu tulis cotton bila sentuh licin, polyster yg byk.
      hehee.. sebab berkat belajar sains rumah tangga kot masa sekolah dulu 😂

      Delete
  2. Rajinnya! Tabik spring kat ShirVen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab cerewet ni amie, taknak guna yang kedai jual, susah dapat yg cotton

      Delete
  3. Kami tahun 2013/2014 last jadi bedsheet. lepas tu beli yang dah siap je. Hehehe. Malas nak mengukur dan menggunting

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru cuba buat ni, excited menjadi, ingatkan susah. if yg beli, susah dapat fully cotton. tu lah yang sanggup jahit sendiri

      Delete
  4. rumah mak kat pahang masih pakai yang ni....rumah mentua,dah taruk enjin letrik kat mesin tu. takyah godek pakai kaki lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. legend kan mesin ni. rasanya ni tua dari aku. walau dah rosak nanti pun kena simpan ni. brg antik 😁

      Delete
  5. Emak saya ada mesin jahit ni.
    Pandai menjahit juga Shirven ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah sikit2 sis. berkat belajar sains rumah tangga masa sekolah dulu 😁

      Delete
  6. seronok tengok orang pandai menjahit
    Hans nak masuk benang dalam jarum pun fail
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pandai jahit benda2 lurus camni saja sis, if baju tu mmg fail lah. takda belajar, just pandai kerana minat 😁

      Delete
  7. Encik suami kita ada mesin jie tapi dia dah buh motor.. cepat sikit katanya nak merempit.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. uishhh rare betul ada mesin jahit ni lagi.waahh pandai jahit bedsheet. tak payah beli dah..beli kain jahit sendiri..limited edition gitu.

    ReplyDelete

tq, peace :)