Friday, August 28, 2020

Kisah 25 Nabi_Nabi Ilyas





[19/25] - Nabi Ilyas ‘Alaihissalam

Did you know?

1) Nabi Ilyas lahir dari keturunan Bani Israel. Nama lain nabi Ilyas ialah Yasin. Baginda telah diangkat oleh Allah sebagau seorang nabi untuk menyebarkan ajaran Islam. Allah telah menghantar nabi Ilyas ke sebuah kota bernama Baalbek, sekarang dikenali sebagai sebuah tempat di timur Lebanon. Ketika zaman nabi dahulu, hampir semua negara arab yang ada sekarang adalah di dalam daerah Sham. Namun sekarang telah berpecah menjadi Mesir, Syria, Palestin, Lebanon, Jordan, dan banyak lagi.

2) Penduduk Baalbek menyembah sebuah patung berhala bernama Ba’l. Nabi Ilyas telah datang kepada kaum Baalbek dan berseru, “Kamu menyembah berhala dan meninggalkan sebaik-baik Pencipta iaitu Allah swt. Berimanlah kepada Allah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang disembah nenek moyang kamu dahulu!” - Rujuk al Quran (37:125-126)

3) Kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Ketika itu, Baalbek diperintah oleh seorang raja yang zalim. Raja itu telah memerintahkan nabi Ilyas untuk dibunuh.

4) Disebabkan itu, nabi Ilyas telah melarikan diri dan bersembunyi di kawasan pergunungan sekitar Baalbek. Nabi Ilyas bersembunyi selama 20 tahun, kemudian keluar semula untuk menyebarkan agama Islam.

5) Sekali lagi kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Allah berfirman, “Maka mereka akan dibawa kembali (untuk diseksa). Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik.” - Rujuk al Quran (37:127-128).

6) Kemudian Allah telah memuliakan nama nabi Ilyas untuk generasi seterusnya dan Allah memberi salam ke atas nabi Ilyas di dalam Quran. Allah berfirman, “Dan Kami abadikan bagi Ilyas (pujian yang baik) dalam orang-orang yang datang kemudian. “Salam sejahtera ke atas Ilyasin (Ilyas)!”” - Rujuk al Quran (37:129-130).

7) Nabi Ilyas wafat di Baalbek.

#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus

https://www.facebook.com/sharifahsyazreen.alidrus


7 comments:

  1. Alhamdulillah..satu lagi info untuk ammi. tq

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tolong share je sis, ada credit to yg menulisnya

      Delete
  3. terima kasih untuk perkongsian kisah nabi setiap jumaat beb

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Terima kasih kerana berkongsi kisah nabi..

    ReplyDelete

tq, peace :)