asssalamualaikum
semalam dikejutkan dengan berita
pergi nya seorang kawan
di Pulau Indah, Kelang
kalah dengan covid19 variant delta
dia meninggal di rumah ketika home quarantine
disebabkan batuk dan sesak nafas
dia seorang yang aktif kat wasap group sekolah
suka bergurau senda
suka ketawa
periang
aku kenal dia sejak darjah 1 lagi
ada kala kita sekelas
ada kala tak
tapi memang antara kwn baik aku
sebab rumah dia dan aku pun tak jauh
kalau ada aktiviti koko
selalu jalan kaki bersama ke sekolah
bila dah kerja ni
dia ikut suami dia bekerja di Malaya
tetapi masih contact
lebih2 lagi selepas kita kumpul kwn2
yang sama batch masa form 5
dan buat wasap group
hari2 grup meriah
dia antara yang hari2 chat kat wasap
share info
share tip memasak
sebab dia suka memasak
ramai terasa kehilangan dia
didoakan semoga dia ditempat
bersama orang2 yang beriman
amin
selamat tinggal Jenny
you are in a better place now
kenangan bersama mu tetap terpahat di hati
saya sayang kamu
Takziah buat familynya.tedah nengar.
ReplyDeleteyalah sis. tiap kali ngenang nitis aik mata, mun kat sitok, at least kelak2 boleh juak ngabas kubur nya, taok di malaya nun, jauh
DeleteHati-hati, sekarang covid-19 sedang mengganas. Patuhi SOP
ReplyDeleteyalah fairus, ingat pkp makin kurang, ni makin hebat lak, dah melebihi 20k kes positif harian
Deletetakziah untuk keluarga Jenny. orang baik meninggalkan kita, memang terasa sangat kehilangannya
ReplyDeletetu lah Sal. semoga dia ditempatkan bersama org2 beriman. amin
Delete