Tuesday, November 14, 2023

Potato Cheeseball Gagal Lagi

 

assalamaualaikum korang

salam isnin

sambungan dari entry semalam
berlaku semalam

bahan tuk masak potato cheeseball 
kan masih banyak
aku simpan dalam peti sejuk

walaupun kecewa tengok kegagalan semalam
aku tetap nak try juga
hari ni gigih juga rebus another 3 biji kentang
kali ni tak banyak
aku dah taknak fikir byk bentuk
aku buat bulat2 saja

sementara tunggu kentang rebus masak
kita buat dari bahan semalam
yang masih banyak tu
modified campur dgn sosej
cincang kecik2
campur garam sikit





ingat nak buat bentuk churos
tapi tak jumpa acuan
jumpa acuan tart ni je
so belasah je lah
tapii... 
belum sempat masak
baru je tekan acuan
terus nak terkeluar dari plastik tu
issshh!!





pipping guna bag tuk storage je lah
buang panjang2
the first 2
sangat besar
then gunting kecik sikit
maka terhasil lah bentuk
yang agak memuaskan




hahahahaaa
ignore je dua yg besar tu
semacam je bentuknya
yang sedap
ranggup luar kenyal didalam
oklah dari membazir kan
yang ni dak ava pun nak makan
banyak juga aku buat





ok berbalik kepada nak buat bebola cheese tadi
kentang yg dah lembuk dilenyek2
campur sikit tepung jagung
bulat2 kan
ketul cheese masuk dalamnya
pastu frozen kan setengah jam





sebelum goreng salut dgn susu + telur
salut dgn breadcrumb juga
baru lah deep fry





bebola cam bola pingpong kemek
kurang berpuas dgn hasilnya juga
nampak kegagalan disitu




nah ni kejadiannya
tak seperti yg kita selalu tgk pun
rasa, kena goreng lama2 juga
baru dalam tu masak
yang aku punya ni
masih lembik
kena masuk dalam air fryer
baru ok sikit
but not as expected


2 comments:

tq, peace :)