Monday, August 5, 2024

Cuti Gawai_Part Akhir

 

part akhir tuk series cuti gawai


hampir nak lupa dari dalam memories
almaklumlah banyak makan semut ni
cepat sangat lupa

so masa di kuching
banyak masa dihabiskan kat
vivacity megamall
boulevard hypermart
selain dari makan2
cuci2 mata window shopping


makan kat chili pepper kitchen
berkelana kat vivacity seharian











so 31hb may adalah gawai eve
so kita balik kembali ke Menuang
perjalan pulang terasa lebih cepat

sampainya di kampung dalam kul 4pm
semua main peranan memasing
masak2 tuk dibawa makan ramai2
dan juga tuk orang visiting esok
setelah siap mandi semua
bersiap tuk ke rumah panjang
meraikan gawai eve
bersama2 dgn orang kampung




rumah panjangnya masih jenis rumah lama
ruai kecil dan agak tua
soon rumah panjang baru akan didirikan
mungkin next year boleh gawai 
kat rumah panjang baru



pelbagai jenis makanan dihidangkan
no worries
makanan halal memang ada disediakan
sekarang kalau pergi memana
takyah risau sgt
sebab ramai yang dah kawin campur
dan sgt jarang makanan halal tidak ada

tapi aku biasa if pergi rumah org camni
akan sedia makan siap2
macam malam ni
memang dah kenyang sangat

aku masak kurma daging
daging masak hitam
mak SIL buatkan lemang
nak habis seruas aku makan!!!!
makan panas2 dgn kerak dia
fuhh!!!!






selepas menyambut tahun baru 1st june
kami balik ke rumah sendiri
letih lak  driving

keesokkanya
meriah juga dorang visiting
dari rumah ke rumah
beberapa kali juga ada yg datang
nasib baik sempat masak banyak

2hb time to balik miri
dalam 7.30am kami dah berangkat
kesian tengok mak dan apak SIL
sedih kena tinggal
meskipun 2 minggu kemudian
dorang berdua akan ke miri
 ni nak bawa sama
tapi dorang kat kampung 
banyak aktiviti
nak menyukat tapak rumah panjang baru
nak menyambut kedatangan para pelancong
yang dari singapore

otw ke miri
berhenti lunch kat simpang ke seratok
antara pitstop terkenal sekarang ni 
kedai makannya banyak choice
murah
dan aku memborong ikan masin!!
pitstop sebelum ni iaitu lacau
ikan masin sgt2 mahal
bermula dari rm10
sini yg rm10 kat lacau
boleh dapat 3 bungkus!!!



selepas berhenti kat sini
next pistop is sibu
about 2-3 hours later
depend dgn kelajuan
tapi sekarang senang je bawa 120km/j
jalan pan borneo banyak tempat dah siap
[daerah Miri pula yg byk blm siap]
kat sibu berhenti isi minyak je
adik dgn sil yang ingatkan dulu
rupanya jauh ketinggalan kat belakang
so tunggu dorang sekejap
sebelum heading to bintulu
sampai bintulu dalam 4pm
arrgghh!!! 
2 jam lagi baru sampai miri

perjalanan dari bintulu-miri
adalah yang paling mencabar!!!!
hujan lebat sepanjang perjalanan
susah nak tengok
nasib baik jalan baru
so garis tgh jalan masih jelas
nii memang rasa nak menangis je drive
dalam hati tak lekang dari berdoa
memandu dlm hujan lebat
ketika suasana terang tak
gelap pun tak
semua nampak samar2
tambah juga dah lama 
tak memandu jauh memalam
dalam kepayahan itu
alhamdulilah
selamat sampai ke miri
sebelum balik rumah
pii makan chicken rice dulu
perut dah nyanyi
tambah malas nak masak2 kat rumah
seluruh badan lenguh duduk and drive
nasib baik ada extra leave
so boleh lah bersantai2 baring2

begitulah kisah gawai aku hari ni
banyak pengajarannya

1. first time drive jauh ke pendalaman sarawak
2. first time drive mostly sepanjang masa 120km/j
3. first time long distant drive dlm hujan lebat

cita2 nak drive dan enjoy the ride tercapai
cuma tak sempat bermalam kat sibu
kat bintulu
next trip aku bermalam kat tiap2 
bandar yg dilalui
menerokai bandar2 tu sekali

alhamdulilah 
perjalanan lancar
takda yang tak di ingini terjadi
just skirt kereta terkorban
hingga kini belum terganti
...............



2 comments:

  1. wah..meriahlah...
    ada juga terbaca, area-area sana elakkan memandu waktu malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah sebab jalan pan borneo tu belum siap sepenuhnya. ada segelintir area masih tetiba single lane

      Delete

tq, peace :)