Tuesday, January 21, 2020

Baking Part 2



nah sambungan dari entry semalam
yang tu cerita tentang bahan
hari ni nak cerita tentang pembuatannya

first aku buat is kek lumut
sebab takyah nak berlapis2
kukus gitu je
kek guna pandan paste koepoe2
harum semerbak baunya






periuk kukus masak kek lumut
oven aku guna tuk buat 
kek lapis mixed fruit
ni resepi baru ni
aku buat cara sendiri
sebab masa xmas aku buat 
sedap lah pula
asalnya resepi ni bukan lapis camni
aku lupa camna

just tuk versi aku
aku ada lah simpan secret ingredient dia
main ingredient mixed fruit ni
beli yang setengah kilo




aku lapis layer by layer
satu layer ada mixed fruit
another layer takda
begitu lah seterusnya



kali pertama aku buat haritu
layer tak begitu nak nampak
baca tip 
orang cakap harus biarkan 
layer dia tu masak sampai kekuningan

tah berapa layer aku tak kira
nak show kat korang pun tak dapat ni
sebab kek ni orang beli
mmg tak boleh lah nak potong




kek lumut masak after 4 hours dikukus
dan layer fruit kek pun dah setel
process me'layernya
tunggu dia masak je

aku start bahagian kukus lak
kali ni buat kek holiday inn

satu bahagian campur horlick



satu bahagian lagi campur milo



lapis layer by layer
milo
horlick
milo 
horlick
sampai abis





nii selepas masak
dalam nya semoga cantik lah layer nya ek
tak dapat nak tengok 




bila kek lapis holiday inn dah setel
setiap lapisan dah dilapis
tunggu dia masak je lagi

aku start buat adunan kek lumut kembali
guna periuk kukus trio
senang
holiday inn tingkat bawah
lumut tingkat atas
tunggu siap je

by 10am semua settled dan
dah boleh dibungkus
tunggu sejuk lagi
 bila sejuk balut dengan food wrapping
salut dgn aluminium foil
masuk dalam bahagian frezeer peti sejuk

malam nya tidur lena
sebab dah seharian berdiri 
sekejap2 angkat uruskan lapisan
penat hakak


bangun next morning
berus gigi
cuci muka
sikat rambut
start baking kembali

hari ni kek lapis harus diuruskan
another holiday inn
dan masam manis

dimulai dengan masam manis
adunan dibahagi 3 warna
harapnya cantik lah bila dah masak
aku tak dapat tengok 

tapi biasanya ok je
cuma kekadang ada lah cacat sikit2





kek masam manis ni
keistemewaan dia 
menggunakan haw flakes
letak kat selang satu lapisannya
so sebab tu rasanya masam2 manis



layer bawah sekali, ungu



pastu merah
eh tengok cam pink kan
seriusly mmg merah tgk real
hawflake susun atas tu

pas lapisan haw flake tu kering
spread another color
takyah susun haw flake
lapisan lepas tu baru susun haw flake kembali
begitulah berselang seli








tengah buat kek masam manis
dengar ada saudara nak berjarah
so aku cepat2 buat kek simple
tuk minum2

so tercipta lah moist cokelet cake




kesedapannya
terletak pada sebotol browning sugar




dan texture kelihatan agak kasar tu
sebab aku simpan lebihan mixed fruit
adunan aku simpan lebihan adunan semua
ada horlick
susu manis




hasilnya
cokelet cake yang yummilious
hancur di mulut





pastu sambung buat last cake
kek holiday inn
sebab last kek kan
hari pun masih siang
so takda lah pressure
buat santai2
concentrate dgn kek ni satu je

bagi aku yang minat baking 
buat kek ni sebagai terapi
juga experiment
dalam pembuatan setiap kek tu
aku cuba perbaiki yang tak menjadi sangat
dari segi texture
cara, sukatan

**entry ni ditulis hari ahad
bersama dengan entry part 2
saja pisahkan
sebab taknak membebel panjang sgt
dalam satu entry

ni kaki dah letih
segar after rendam dengan air suam panas
nak tidur dah
esok dak ava sekolah
kena bangun awal







11 comments:

  1. Rajinnya buat kek.. Rumit-rumit pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. kek lapis sarawak mmg mostly camni sis. dah biasa buat, terseronok lak 😁

      Delete
  2. aku baca enty ko sambil telan liur berkali-kali wei, nasibla aritu aku ada oder kek lumut lagi, dapatlah aku dapat bayangkan rasa sedapnya... semalam laju-laju aku google macamne rupa semua kek yg ko buat tu, kek belacan, kek holiday inn tuh kat semenanjung mana ada orang jual wei... best betul, mesti bau semerbak wangi je rumah ko kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa... mmg semerbak lah dana. kek belacan dan lumut tu senang buat. yang berlapis tu, buat lapisan tu yang lambat, sebuah kek dlm 2 jam baru siap, pastu kukus dlm 4 jam
      seronok lah buat. jumaat aku nak buat kek tuk makan sendiri.. sementara mood rajin masih berbaki ni
      nanti aku pii course aku buatkan tuk kau 😄😄

      Delete
  3. kalo sy dh lama give up.. xcukup sabar nk membaking.. haha..

    sume nmpk sedap2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa.. saya pun ikut mood sis. if rajin tu sanggup juga tidur kul 2 3 pagi walaupun esok keja 😁

      Delete
  4. perghhhhh kak rela membeli ja. huhuhuhuhuhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa... ya sis, kekawan pun selalu cakap camtu, saya if rajin tu dtg, seronok buat kek ni, cam terapi. kepuasan bila dah siap dan kek pun sedap.

      Delete
  5. kamek pun esok da start membaking juak...ada tempahan kek lapis hantaran...

    bagus kitak ehh, boleh oter2 jak resepi, tupppp jadiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baking sunah jgn tak baking.
      kamek alhamdulilah sense dalam masakan tu ada ok sikit, masih boleh imijin if campur2 bahan yea camni rasa, sedap ke sik tapi selalu juak fail 😀😀

      Delete
  6. terbaik.
    kek lumut tu feveret.
    aida ni tak mahir baking kek.
    tak cantik kejadian nyer :) ha ha ah ha...
    rasa nyer ada. rupa hancusss...

    ReplyDelete

tq, peace :)