Sunday, July 24, 2022

Tourist Guide Part 1

 assalamualaikum

minggu ni aku jadi tourits guide
layan org Keel datang
makcik bidah is coming to town!!
kawan lama ni
dah belasan tahun berkawan

dia sampai rabu
aku purposely ambik cuti rabu dan khamis
tuk bawa dia jejalan
friday kan sarawak memang PH
sarawak day


tempat pertama bawa dia jejalan
beach dekat rumah!!
kan miri memang bandar 
di persisiran pantai
so beach agak banyak lah
kita pii tengok sunset
tapi hari ni
sunset tak begitu nak cantik warna nya
sebab ada tanda2 nak hujan





ingat nak ambik pic sendiri
tapi scary!!!!!
shape cam guni
if cam dak ava ok lah
siok juga tengok disebalik bayang sunset tu
heheeee...
but i dont hate my body
dah suka makan
haruslah membesar kan
🤣🤣🤣🤣





dah settle sunset
kita pii cari makan lak
walaupun perut tak lapar
malas masak memasak
but then since dak ava tertidur
tapau sate je lah

esoknya seawal kul 5am dah bangun
sebab dak ava kan sekolah
mak ikut sama

pas hantar ava
kita piii brisk walk kat miri central park
buat one round
boleh lah berpeluh sikit





office miri city council yang  baru
tepi laut
tersergam dengan loga kuda laut
masa buat entry ni
baru aku teringat
aku lupa bawa makcik bidah ke coca cabana
insyaallah next trip dia
mesti pergi






dah walking
perut haruslah start nyanyi kan
jom kita pergi pulau!
pulau melayu!
alaaa..takda lah pulau sgt
kat tanjung je pun tempat tu
kawasan kampung
majority masyarakat melayu
tarikan kat sini
padang golf
dan a few kedai mee jawa yang sedap


mee jawa hole no.9
harus pergi if ke miri
operate by kawan sekolah
bersama kakak dan anak2




dan harus pekena ayam goreng panas2 
alhamdulilah
kenyang





pastu kita drive around miri
hingga sampai ke asean bridge
tak sempat snap2 pic
sebab driving
asean bridge ialah jambatan
yang menyambung
antara Miri and Brunei
tapi sekarang boader belum dibuka lagi
tak boleh masuk brunei
orang brunei pun takleh masuk miri
so keadaan agak lengang
sebelum pandemic
if khamis or jumaat
memang busy lah boader tu
mungkin dalam masa terdekat
buka lah tu

dah setel sightseeing 
tengok jam baru kul 10+am
lama lagi dak ava nak balik 12.30pm
so meh kita ke heritage centre
kebetulan kawan aku ada kedai kat sini
aduhaiii terus buat meeting sekejap
[meeting tuk aktiviti rukun tertangga]
kawan penolong pengerusi
aku setiausaha
sebab memasing sibuk
so bila kebetulan berjumpa ni
terus buat mini meeting






pas meeting haruslah tekak haus kan
hahahaaaa siot je
alasan kan


mak masih kenyang
makcik bidah makan mee kolok
aku laksa kaki manuk [ayam]
kuah dia not so ummmp!





pas jemput dak ava
kita balik rumah
ngantuk dah letih
yalah subuh2 dah turun town
badan dah flat
nak charging dulu

alright bersambung next entry

8 comments:

  1. Rindu plak nak ke Kuching...rindu nak JJCM especially mee kolok...dan rindu nak pose2 maut kat perkampungan budaya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. saya pun lama dah ke kuching. mungkin dah boleh plan untuk next year ni

      Delete
  2. bestnya wei jadi tour guide nih, sebab orang tempatan lagi tahu mana tempat makan yang best2. Paling best dekat pantai, kalau aku mau hari-hari aku nak pi pantai. Tengok makanan tu aduhai tak pernah tak cun semua gambo makanan ko, rasa tolak tepi hahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Dana, jd guide org dan sendiri boleh jejalan juga, suka bawa kekawan kat spot2 yang fames tuk makan local food. murah dan sedap compare to yg kat shopping2 mall tu, if mahal dan sedap ok, ni selalu mahal tapi rasa out.
      gambar haruslah mengoda.... hahahaa

      Delete
  3. Baru2 ni tengok Travelog Azura Zainal pergi Miri makan Mee Jawa & ayam goreng dekat Pulau Melayu ni la. But not sure which kedai hehe...

    ReplyDelete
  4. aah ada a few. yang dipergi ni gerai hole no. 9, ada gerai jamilah juga, belum pernah try

    ReplyDelete
  5. Wah, sedap ni laksa ada kaki ayam.

    ReplyDelete
  6. Tu dia.. Jadi touris guide pula.. Cantik sunset..

    ReplyDelete

tq, peace :)