Saturday, May 30, 2009

Jejalan Ke Taman Awam

Semalam pas antar SIL ke bus station, terasa cam sayu je hati. Lagipun aku balik rumah guna jalan kampung yang jarang di lalui, sayu je. Kiri kanan tengok kawasan perkampungan. Cantik dan hijau! Tu ler yang aku benci antar orang pii bus stop or airport. Tak best ah rasa kena tinggal. Sedih semacam je.

Nak balik rumah, boring gak aah. So pii ler taman awam. Lama aah dah tak pergi taman2 ni. So apa salah nya sesekali pergi kan. Saja nak tengok pa perkembangan terbaru di taman ni. Bila sampai je, terngangga aku, eehh banyak tul dah perubahannya. Cantik dan tak sangka seperti ni keadaan taman ni sekarang.





The entrance yang cantik dan bergaya.









Jambatan gantung yang buat kaki dan tangan aku berpeluh ketika melaluinya. Aku ni gayat pada tempat yang tinggi, ni pun hampir tak jadi nak melaluinya tapi since dah pergi apa salahnya cuba gak kan. Hmm....beberapa kali berenti, nervous tahap maksima. Eksasais jantung!!!





Kolam mandi budak2 yang colourful dan nampak sangat menyeronokkan. If boleh mandi kat sini aku pun terasa nak joined sama :) Tapi kolam ni tuk bebudak saja ah.



Perhiasan yang terdapat kat kolam renang bebudak tu. Sekali lagi nampak pasti menyeronokkan.



Air terjun buatan yang cantik dan menenangkan.



Guard kat tempat ni. Bergegar tangan ambik picha dia. Sekali dia pandang dengan lidah terjelir, kecut perut aku. Ingat nak snap tapi kang diterkamnya tangan aku terkejut dengan flash pon, naya jer. Bak kata kawan, anjing cepot ah ni. Ada kisah ah camna nama ni tercipta. Ada lah lama dulu tu, aku dan kawan melintasi sekelompok anjing. Dia kata eh anjing cepot lah. Aku lak blur camna kawan aku tengok anjing je dia dah tau sapa tuan nya. Ingatkan anjing kawan dia, rupa2 dia nak kata anjing jenis german sherperd. Pehh... sampai sekarang bila tengok anjing jenis ni terus panggil anjing cepot.



Bagi yang penakut ketinggian cam aku ni sesekali tu ada gak was2 tentang pembuatan jambatan2 gantung kat taman ni. Kang terlepas ke terpatah ke terputus ke naya je ah. Tapi cam tegap gak ah pembuatannya.



Nat (penyunci skru) je dah lebih besar dari lengan aku. Hmmm... kira okay ah tu.



Kat taman ni gak ada tempat disediakan tuk BBQ. Tapi biasalah manusia ni bila dah dapat perkhidmatan free, taknah nak jaga. Tempat BBQ nya kotor dan banyak sampah merata2. If nak BBQ pun kena fikir berpuluh2 kali.

Berpeluh2 jejalan seluruh taman tu, okay gak ah tu. Keluarkan peluh skit (tapi banyak kuar peluh masa lalu jambatan gantung <- peluh gayat!) Sekurang2nya ada ler eksasais buang lemak skit.

Huh! eksasais kemenda nya tu. Sampai je kat umah aku terus masak dan makan!



Tumis kulat sawit, kerabu mempelam dan sambal asam pian. Huh! meleleh peluh kepedasan!



Dan makan betik yang terkecik masak dari laman belakang rumah aku. Besar lagi tapak tangan..

zzzyy

2 comments:

  1. ini ke tempat yang kau & ani bawa aku dulu? waah dah cantik la tempatnya

    ReplyDelete
  2. ya makcik! dulu satu jambatan je, skrg dah tak terkira. lenkali kau mai kita pi lagi yaaa... bila nak mai ek?

    ReplyDelete

tq, peace :)