Friday, May 29, 2009

Semalam 12 jam straight aku busy!!! Boleh relax pagi je. Pastu engine badan aku berkerja keras dari 11.30am onward sampai kul 1.30am!

Pagi masak tuk SIL yang bersalin dan antar pi spital pastu pi JPN, eh sekarang JPN dah update tempat dan keadaan ah. Cantik luas dan cepat! Section wat surat beranak tak lama aaah, bro yg 1st dan next half hour later dah dapat dah surat beranak yang cantik tu, tapi satu yang spoilt ah, ngapa ler tak lamanex semua? Lamanex 95% je, yang tepi2 about satu tunjuk tak lah di lamanex. Tah lah labu. Tapi surat beranak sekarang lebih cantik dan canggih berbanding zaman dulu2. Yalah takkan tak berubah mengikut perkembangan zaman kan.



Balik dari JPN, temankan another SIL dan kawan2 beli barang tuk persediaan Gawai. Biasalah kita ni suka beli barang last minit. Masa tu kebanyakan barang2 pun dah out of stock. Tapi memang dah tabiat manusia nak wat camna kan. Last minit pun last minit lah. Balik dari tu pi shopping jap. Then balik rumah masak tuk SIL lagi sambil tu bro pack barang2 yang SIL nak bawa balik Kuching malam ni. So far dah 2 kotak SIL ooooo....... Siap lah kau angkut kotak2 tu.Tapi takpa aah sure mummy and uncle jemput kat bas stop so takda ler letih sokmo aah, just kena pastikan yang kotak tu tak di angkut dek orang lain.

Balik dari antar makanan tuk SIL di spital, rush pi rumah Ani lak, nak sambung masak kacang yang belum selesai a night before. Sambil tunggu Ani masak dinner, aku bermanja2 kat kerusi urut dia. Best ooo.... hampir nak tertidur, siap dapat urut kepala lagi tu. Apa lagi ngam sesungguh dengan kepala aku yang tengah berat berdenyut2.



Kerusi yang canggih mengurut, tapi satu yang sayang nya ah, tak fix sangat kat badan aku yang kureng tinggi ni. Position kaki dan kepala nya tak fit sangat.



Ni bahagian yang mengurut betis dan paha. Errkk, kekadang tension gak ah sebab ketat gak dia memicit nya. Cakit!!!





Kacang ni, yang aku kenal hanya Ani yang expert buat. Even saudara2 dia pun sure suruh Ani yang buat if Raya. Keistemewaanya if Ani buat, kacang nya tak basah dan melekit. Sedap je dimakan, semua rasa cukup2 je. Tengok Ani buat takda lak susah sangat tapi tah lerr aku tak confident leh buat sama rasa macam yang Ani buat. Lagipun tiap Gawai and Raya, Ani pasti buat tok aku, soooo aku apa lagi bermanja2 lah dengan Ani. Sayang Ani!!!! <-- membodek Ani. Balik dari rumah Ani dah kul 10 lebih pun, time to do biscuit! Sok sure takda masa sebab kena temankan mak shopping. Nama je shopping sikit2 tapi yang pasti sure lama ler tu. Tak sah tak setengah hari. Tu aku pasti.



Butter sebelum dan selepas dicampur dengan telur kuning rebus. Aku buat biscuit telur rebus. Biscuit kegemaran, dapat resepi dari Ani gak. Tiap2 raya aku mesti duk bedal biscuit ni kat rumah Mak Ani. Senang je buat biscuit ni tapi bab yang payah nya nak buat biscuit tu hah, tension. Process yang berulang2 tak cam buat kek. Wat kek, adun2 pastu simpan dalam bekas, Pop! masuk dalam oven atau periuk kukus. Pastu leh nganga depan TV tunggu masak.



Duh yang dah sedia tuk di bentuk dan telur rebus yang hanya perlu telur kuning nya. Yang putih tu bedal lah apa lagi. Sambil duk terkentut2 pun bau telur. Busuk!!! Ops lupa bagi resepi nya. Senang je, tiap 4 biji kuning telur tu campur dengan seketul butter. Yang aku selalu buat 8 telur 2 ketul butter. Sebenarnya if 6 telur tuk seketul butter pun ok gak. Lebih sedap tapi semalam telur aku tak cukup ah, lupa nak beli. Cukup 8 biji je dah tu kecik2 lak. Nak beli? Huh! mana de kedai runcit buka dalam kul 11pm gitu?



Acuan yang akan membentuk biscuit yang cantik. Ambik dari rumah Ani. Aku rasmikan sebab belum dipakai lagi pun. Tapiiii!!!!!!!! torture ooo buat, tiap kali pas cap2 kat duh yang siap digiling tu, lekat lak, terpaksa di hentak2 tuk mengeluarkan duh yang melekat kat acuan tu. Tah camna sebenarnya orang guna acuan ni dengan mudah ya. Aku pun tatau. Just hentam je ler labu asal dapat bentuk yang di kehendaki. Duk terhentak2 kat meja. Sib meja makan tak roboh. Kalau roboh, huh! siap biscuit ni aku buang kat longkang belakang umah nun! Sumpah takkan buat lagi!



Biscuit sebelum dan selepas masak. Pas biscuit tu masak, gaul2 lah dengan gula castor. If nak manis, tabur banyak2 if taknak sikit je. Aku? Suka yang sikit je.



Bila jam dah strike 12.30 malam, huh! Dah mengantuk sesangat, badan pun dah rasa tak larat nak berdiri atau duduk. Tumit kaki teramat lah sakit. Lagipun Duh pun dah semakin kurang, susah nak giling, hentam je ler, aku buat bentuk lain. Dan yang sadisnya main duk buat bulat je lah. Senang dah cepat. Mulut syik nganga nguap. Pala makin berat sakit. Last2 pas semua biscuit masak, biar 2 tray dalam oven dan at 1.30am aku pup! bedebuk tas katil tidur sampai pagi. Tah sempat baca doa sebelum tidur or tak. Tapi yang pasti tak sempat bermimpi2 tau2 dah kul 8am. Buka mata konpius jap. Eh aku keja ke tak arini ek? Eeeee..... tidak. Tidur lagi.... kul 9.12am gitu, spongebob sibuk lak nyanyi (my ringtone tuk family), kacau2. Rupa2 nya mak dan bapak dah depan gate rumah.Dengan rambut mengerbang cam pontianak jalan terhoyong hayang buka gate. Isskk, yang si itam tu lak taknak tulung buka gate lak dan hampir nak kena pijak pun. Nasib tidak, if kena, kang berterabur isi perut itam! hehehee..

Resepi Biscuit Telur Rebus

1. 4 biji kuning telur rebus tuk setiap ketul butter
(boleh gak taruh 6 biji kuning telur)

2. Gaul butter pas kembang, campur kuning telur rebus satu demi satu.

3. Buat duh dan giling, pastu cap2 dengan memana bentuk acuan yang korang suka lah.

4. Masak dalam oven suhu 150 dalam 25mins (or korang agak2 sendiri asal masak)

5. Pastu gaul dengan gula castor (nak manis taruh banyak2 taknak manis taruh skit je lah)

6. Buka mulut dan NGAP! Hah! masuk dalam mulut!!! Selamat mencuba!!



2 kotak yang dah di pack semalam dan sebungkus sayur dari mak tuk SIL bawa balik Kuching malam ni.



Ni lak kena masuk another kotak. Pas wat n3 ni nak pi menjenguk SIL kat spital jap then temankan mak shopping dan petang skit antar SIL ke bus stop.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)