Thursday, March 11, 2010



Hello tawan2!! Apa celita ini hali?? Ada bagut cana cini? Wa cemua bagut cihat walafiat walau kelonkong ada cakit cikit2 bersin takda banyak tapi macih ada juga cikit2. Hoh!!! Berangan jadi VJ rancangan kekanak sekejap.

Hmm seperti katak, ramai yang turut gembira kerana hujan turun agak lebat meskipun tak lama hari ni. So bila hujan, kat dalam office pun takda la begitu panas sangat. Aku gembira dengan diri sendiri hari ni, meskipun lunch almost 2 hours (ada hal kena settle), tapi banyak gak kerja2 kat office yang aku siapkan. Suka! Suka! Terutama bila takda yang ganggu, hanya buat kerja aku saja.

Esok semua mgrs dan one of my boss akan hanya kerja pagi saja dan petangnya akan pergi kl, menghadiri birthday dinner our CEO this saturday. Dah tua dah orang tua tu, rasanya 80+ tapi masih bersemangat. Dengar kabar tahun ni adalah last year ceoship dia. Memang patut dia bangga, company yang aku kerja ni adalah dari titik peluh dia sejak 1966. Nasib masa tu aku belum lahir, it dah, tua lah aku kan :)

Dah 16 tahun aku bekerja kat company ni. Hari berganti hari minggu bulan saling silih berganti tau2 dah tahun baru dan tahun baru seterusnya. So far oklah, aku gembira dengan apa yang aku ada. Tak kaya tak gak miskin, cukup2 makan (Lebih dari cukup ni, saban hari makin membesar je) so apa lagi yang kita mahu kan. Cukup lah tu dan haruslah bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang2nya mampu menikmati apa orang kebanyakan nikmati juga. Dapat kenal dan makan burger, makan di restaurant2 hotel, pergi shopping2, enjoy2.

Most of all, aku gembira dan bersyukur sesangat kerana mempunyai keluarga dan kawan2 baik yang memahami dan most of the time gila2. Bila ada masa akan berkumpul dan bergembira bersama. Ni pun dalam masa sebulan dua ni aku dah ada 3 projek sedang dalam perancangan. 1 bersama keluarga dan 2 bersama kawan2. Sudah semestinya semua projek makan2! Suka!! Suka!!!

K, nak tengok Chuck. Goodnite and don't forget your prayer before bed.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)