Saturday, March 20, 2010

Bangun pagi dengan aman damai, takda buat banyak kerja rumah, hanya cuci baju sikit dan masak, goreng chicken wings dan masak telur dadar campur kulat. Lepas lunch nanti baru hantar adik balik kampung sebab petang ni dia nak balik asrama, esok sekolah bermula lagi.

Nothing much happen weekend ni. Aku cuti 2 hari, khamis dan Jumaat. Khamis pergi picnic tu dan Jumaat relax di rumah menahan rasa keletihan pas berpesta picnic dan menahan kegatalan dan kepedihan akibat sunburn.

Semalam pulak temankan SIL beli laptop baru, pastu merayau2 berjalan2 dan petangnya sempat menikmati permandangan bandaraya Miri ketika matahari terbenam dari puncak bukit Canada dimana terletakkannya tapak bersejarah, telaga minyak pertama di Miri, Grand Old Lady.





Permandangan matahari yang sedang perlahan2 terbenam. Yang atas tu permandangan biasa yang amat cantik tapi yang bawah tu pulak, bila tengok lagi, mengingatikan aku kepada suasana hutan yang sering dilihat pada cerita hantu. Agak scary! Ketika matahari samar2 macam ni lah selalunya hantu or serigala sedang bersedia tuk keluar! Hoh!!! Too much movies!!!!!



Aku parking tetengah jalan since memang takda orang yang akan lalu pun jalan tu sebab main door dia dipalang, tutup. Tengok dua ekor anjing ni, seolah2 guards menjaga pintu gate tu. So cute!



Yang ni pic dari sambungan n3 tentang picnic. Aku suka sangat pic ni, ada banyak lagi aku suka tapi since semalam, tak dapat2 upload. Dan picasa pun masih tak boleh guna. Aku dah uninstall then download lagi, tapi yang download tu hampeh tak boleh buka. Aku ni fail bab IT or download2 ni semua. Tunggu adik je lah, suruh dia settle kan. Malas nak download lagipun lama nak tunggu. Leceh dan meremehkan!


K lah nak lunch pastu nak bertolak antar adik. Mak dan tunggu kat kampung nun. Tadi pesan suruh dia masak daun ubi gosok! Sedap!!! Nom!! Nom!! Nom!!

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)