Saturday, May 1, 2010



Bangun seawal 10am! Hahaha!!!! Awal ke itu? Yalah, awal tuk waktu tengahari :) Kain baju banyak perlu cuci tapi malas. Lenguh badan belum hilang. Biar je lah, kang if dah takda kain baju suar dalam nak pakai lagi baru cuci. (cehh!! dasar pemalas kan) Or if masih malas, guna je lah side A 2 hari side B 2 hari juga!!!

Mak and apak datang about 11am, biasa ah mak cam tak sah if tak turun town. Kali ni alasan dia nak beli benang tuk buat tenunan pua kumbu. Eemmm.... harap lah kali ni tak terbengkalai lagi. Masa sekolah dulu pernah gak aku try menenun time cuti sekolah tapi since tak berapa minat malas aku nak belajar dengan serius. Takda lah susah sangat masa menenun tu cuma yang seksa nya masa buat anyaman corak kat benang yang beratus-ratus helai tu. Perlu ketelitian dan kesabaran di tahap maksima. Bila semua dah dicorakkan, dan time tuk menenun tu agak kacang je cuma perlu pastikan kain tu selari kat tepi kiri kanan nya.

Lunch bersama SIL kat one of kedai kat parkson nun. SIL kerja so tak boleh lah pergi jauh-jauh. Such a bad service!!!!! Rasa torture dan sakit jiwa tengok service yang teruk kat kedai tu. About 15mins dah duduk, takda sapa peduli nak ambik order. Nak kata banyak tak juga orang banyak, eemm mungkin waiter dan waitress dia yang sikit kot.

Aku dan SIL yang pergi ke mereka minta di ambikkan order. Order nya?? Ditulis kat tapak tangan!!!!! Aku cam, biar betul, but in the same time, trust them. Ok!

Berasap juga tunggu order ah, ada yang salah tah pa air dia bagi kat aku which aku dah minum pun. Bila last air aku datang, aku cam, ekk apa air yang aku minum pula ek? Waitresss cam blurr. Kata kat dia if salah, aku boleh minum tapi aku takmau bayar! Bertambah blurr dia. Pastu 2 dari makanan yang di order tak sampai tapi yang dah sampai dia nak hantar satu lagi pula. Aiyyaaakk!!!!!! Not worth to pay RM79!



Lain kali jangan datang lagi. Patut lah orang tak ramai. Ni pun ada pasangan mat salleh balik saja setelah lama sesangat tunggu order sampai. Another family pun pergi selepas order tak sampai. Parkson tu banyak tempat makan, if service tak bagus, banyak lagi tempat orang boleh per
gi.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)