Friday, May 28, 2010



Terbangun dek kerana sms dari handphone. Leceh tul, menganggu orang tengah melayan mimpi yang tah sekarang ni aku dah lupa apa cerita dalam mimpi tu. Duduk depan PC sekejap layan games FB (hmmm memang ni sesaja lah kerja aku if kat rumah). PC jammed, restart, sambil tu perut meragam pulak. Terus mandi dan masak air tuk breakfast. Breakfast segelas susu pekat je pun. Sekejap tadi baru keluarkan tulang dan isi lembu dari peti sejuk. Nak buat sup tulang. Adehh.... dah terasa kat tekak ni. Isskk! Dahlah perut tengah lapar.



Apa aku buat sepagi ni? Sekarang dah kul 11.17am. Aku meng'download' gambar-gambar kucing, cartoon dan bunga!!!! Sebab collection picture yang aku ada pun dah lama tak update. Tu semua aku suka tempel kat blog ni. N3 without pic macam tak best saja, sebab tu sering upload memana gambar kucing or bunga saja walaupun takda berkenaan dengan n3.



Aduh!!! kat luar panas pula dah. Tadi aku nak cuci kain baju dia cam nak hujan je. Ni dah panas pula. Terpaksa lah baju tu beremdam another nite. Nak cuci sekarang?? Ehhhh tak larat aku, dah rasa cam reput-reput tulang ni. Silap-silap boleh masuk bersama sup tulang yang baru start dimasak tu :p

Oh ya, selamat hari wesak bagi yang meraikannya dan selamat bercuti untuk semua. Enjoy your weekend and holiday.

zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)