Sunday, June 13, 2010

Hari ni seawal 9 am waktu Indonesia kami dah berangkat ke Jakarta. Selamat tinggal Bandung and hello Jakarta. Cuacanya adalah sangat cerah dan panas. Sebelum berangkat ke Jakarta, sempat memborong brownies di Kartika Sari. Waduh, rambang mata memandang brownies, bun dan aku dan SIL excited tengok cake dia yang cantik-cantik and really tempted kita tuk membeli. Kalau lah cake camtu kat tempat sendiri, sure selalu datang sini. Last-last beli 4 jenis brownies and some titbits saja. Memang murah dan ringan tapi titbits nya besar-besar. Susah nak bawa. Aku hanya beli sikit saja tuk kekawan.

Perjalanan ke Jakarta dihiasi dengan ladang-ladang teh maupun sawah padi yang menghijau. Sejuk mata memandang disamping ada juga tengok sekumpulan pokok-pokok menghijau seperti dalam iklan rokok dulu tu, Salem high country. Sangat cantik. Aku dulu tiap kali tengok iklan tu selalu berangan suatu hari nanti nak pergi ke tempat seperti itu. Kelihatan segar dan mendamaikan.

Setiap dia Jakarta, aduh jalan-jalannya macet amat seh (uiks, betul ke aku spel ni) Jammed lorr. Kenderaan bergerak perlahan terutama dalam perjalanan menuju ke tempat membeli belah Tanah Abang. Di kiri kanan jalannya penuh dengan peniaga-peniaga kaki lima yang menjual memacam. Surprisingly, kartun Upin dan Ipin sangat terkenal di sini. Banyak terdapat baju, buku, bag yang bercorak kartun tu. Sebenarnya aku sendiri tak kenal yang mana satu Upin yang mana satu Ipin pun :)

Lumayan juga hasil tangkapan di Tanah Abang tu. Aku beli kain lagi, huh! rambang mata tengok kain-kain berlabuci yang cantik-cantik. Kiri kanan semuanya cantik! Kalau lah aku banyak Rupiah sure borong banyak lagi tapi ni Rupiahnya dah nak abis.

Keadaan di Jakarta ni more or less seperti di KL. Aku takda rasa excited sangat. Orangnya agak kasar dan kurang tolerance dibandingkan dengan orang-orang Bandung. Cuacanya juga panas dan humid. Bermacam ragam manusia dapat dilihat. Esoknya kita akan meneruskan aktiviti shopping ke satu tempat yang terkenal dengan factory outlet juga. Tah tetiba aku lupa apa namanya ek. Oiii!! betul-betul tak dapat nak recall lah. Dah termakan semut kot tu ler yang trus lupa.

Ni ngah kat hotel yang dinamakan Alia Cikini, 2 star hotel yang ok juga tapi aku masih preffer tempat tinggal seperti di Bandung, guest house yang damai, hijau dan sejuk. Dan yang tak bestnya juga disini biliknya takda wireless. Ni kat lobby guna kiosk yang sedia ada. Bawa laptop tadi tapi connectionnya sangatlah slow dan tak boleh online FB. Leceh kan.

Oklah dah nak balik bilik. Have a nice Sunday. Opss, makcik Bidah baru sampai sebelah ni dari minum welcome drink. Tempat yang kita nak pergi esok ialah Mangga Dua. Tahlah aku memang biul skit nak mengingati tempat-tempat yang nak dilawati atau yang telah dilawati di Indonesia ni. Namanya pelik-pelik.

Taaatatattttaaaaaaaaaa

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)