Wednesday, July 11, 2012

Apakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara-perkara berikut?



Buka kipas meja, cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar?

Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambik sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi.

Masa sekolah ada orang datang jual vitagen/susu/buku/barang, bawa balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.

Lukis burung guna huruf M atau V.

Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

Tutup pintu peti ais perlahan lahan sebab hendak tengok lampu peti ais padam.

Kalau tak siap kerja sekolah, sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.

Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.

Main game Pacman or Mario.

Main lubang tikus

Mintak biodata kawan-kawan

Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu

Buat jet kertas

Tengok power Rangers, Flashman, Maskman, etc

Lawan pemadam

Penggal/Tuju selipar

Main bubble wrap

Minum air panas dalam piring.


Mesti semua tengah terkenang-kenang masa tengah baca n3 ni kan?


No comments:

Post a Comment

tq, peace :)