Tuesday, May 13, 2014


biasanya if kaum pribumi sarawak
jika seseorang kerabat keluarga meninggal
kita akan meraung menangisi
(mostly done by old folk)
yang memuda tu dah tak reti nak nangis camtu

meraung tu berirama tau
siap dengan bebelannya sekali
contoh cam:-

oh ibu kenapa kau tinggalkan aku
apa akan jadi pa aku
sapa yang akan menjaga aku nanti
bla bla bla

camtulah sambil menangis
kalau yang mendayu-dayu tu
pasti menyayat hati
buat yang mendengar turut menangis sekali

apa yang aku nak cerita kat sini
bukan tentang menangis kerana
ada kerabat yang meninggal

this is a few funny story
yang berlaku time orang menangisi orang2
yang telah pergi selamanya ini

ni orang mak/auntie/saudara mara cerita

ada lah sekali tu kat long house
menantu perempuan ni baru sampai
terus meluru menangis kat mayat yang terbaring kaku
sambil tu dia cam 'membebel'
kesian kat mak mertua dia lah
banyak lagi tentang mak mertua dia

sekali bila dah reda menangis tu
dia tengok mak mertua dia duduk tepi mayat
hoh!!!!!!
mak mertua belum meninggallah
yang meninggal tu nenek dia
aduhaiii....

and satu kisah lagi
seorang nenek ni
baru datang lalu menangis
tak perasaanlah kain dia terselak
seriously!!!! dia tak guna apa2

and another lady turut menangis
sambil kata
nenek anu mu nampak
anu mu nampak
mak or auntie yang cerita (tak ingat)
masa tu sakit je menahan rasa
nak ketawa


and semalam
ni kawan yang cerita
kat rumah mayat
ada lah body dah dimasukan dalam coffin
ready tuk dibawa ke Sibu
and another body dalam proses tuk dikeluarkan
so yang coffin ni terletaklah
kat tengah2 rumah mayat
orang tuaa yang datang ni
ialah relative body yang belum dikeluar tu
datang2 je terus meraung
menangisi body yang dalam coffin
nasib sempat dihentikan
dari terus menangisi mayat orang lain
kawan yang cerita 
dia merah padam muka menahan nak ketawa
tu ler tak pandang kiri kanan
tak pasal2 menangisi orang lain

satu lagi
yang kat longhouse bapa kawan
adalah orang tu meninggal dalam hutan
so saudara dia bawa lah dalam raga
yang berbentuk L shape tu
so bila sampai kat rumah panjang
mayat tu dah kaku
diorang nak luruskan

sorang pegang kat bahu
sorang lagi pegang kat lutut
sekali yang pegang kat bahu tu 
terlepaslah pegangannya
terus mayat tu menunduk dan menimpa
yang sorang tengah meluruskan lutut
orang tu terus pengsan!!!!!!

aku tanya kawan aku
dia pengsan sebab sakit ditimpa mayat tu ke?
bukan
dia pengsan sebab takut!!!
muahahahaaa!!!
if aku yang kena
tah apa reaction
silap2 jadi mayat terus!







zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)