Monday, September 14, 2015
kekadang memang seronok
bila bercerita tentang benda2
yang kita lakukan ketika kecik dulu
makanan yang kita makan
permainan yang kita main
aku time kecik memang dibesarkan
kat rumah kebun
yang takda jiran
if ada pun agak jauh antara satu sama lain
lebih kurang camni lah bentuk rumah aku dulu
tapi of course
sebab tanah sendiri
dan sumber tuk buat rumah, kayu kayan banyak
rumah2 kebun aku dulu
besar dan luas
suasananya aman, sejuk, damai
kicauan burung2
and aku paling suka
bila hari hujan
sebab masa tu tak boleh buat apa2
so family semua berkumpul kat rumah
buat aktiviti dalam rumah
menganyam tikar
buat bubu, peralatan menangkap ikan
sambil tu mak atau nenek
akan masak ubi kayu, jagung
makan ramai2 sambil tengok titisan hujan
yang jatuh dari kaki atap
rumah aku dulu
dikeliling ladang koko
ladang buah2an
and most of all
pokok getah
sebab selain dari bersawah padi
keluarga aku menoreh getah
padi adalah untuk makanan harian
getah pula dijual tuk keperluan
yang tak didapati di hutan
bila hidup kat kebun camni
sayur2an hutan sentiasa ada
umbut rotan antara yang sedap di bakar
dan of course ada kebun sayur sendiri
daun pokok ubi kayu
ubi kayu antara yang sedap juga
rebus makan dengan gula
one in a while
aku akan ikut atuk or bapak
pergi menjual getah kat kantin
tu pun jaraknya lebih kurang sejam setengah jalan kaki
and aku sebagai seorang yang mencintai makanan
confirm akan bawa bekalan
tuk dimakan dalam perjalanan
bila dah jual getah
dapatlah beli barangan dapur
kopi, gula, ikan masih, dan lelain lagi
kemestian aku beli
soya bean
sardin kacang hitam
sardin cookles/ kerang kecik
biskut yang dibungkus dengan kertas warna warni tu
dalamnya
yang warna putih segi empat, manis
yang kacang dan bijan
bila kau makan kena tarik tuk pisahkannya
gula2 kelapa
yalah dah duit pun ciput kan
so beli bukan banyak pun
cukup2 satu portion je
ada yang dibeli tu
tak sampai dirumah pun
habis dimakan dipertengahan jalan :)
hidup kat kebun dulu
if duit memang lah tak banyak
tapi if rajin, menoreh so adalah
but bab makan memang tak pernah kurang
ayam, babi banyak pelihara
cakap je bila nak
memang ada yang jadi mangsa
ikan pun sentiasa ada
sekali tahan pukat
boleh makan berhari2
boleh buat perkasam
boleh buat salai
yalah dulu mana ada aisbox kan
so tu je lah cara tuk preserved makanan
beras pun tiap season menuai
memang mencukupi lebih dari setahun
banyak makanan sekeliling
yang penting rajin
rajin bercucuk tanam
sekarang bila ingat masa lalu
sangat rindu saat2 dulu
tak payah nak fikir bil2
tak payah nak bertungkus lumus cari duit
banyak makanan sekeliling
tulah kat sini
orang yang bercucuk tanam
menghasilkan tanaman sendiri
takda yang merempat
nak padi, bersawah, tanam padi
sayur2 semua ada kat hutan
pelihara ayam itik babi
jaga pun senang
beri makan dengan padi
dan biar berkeliaran
boleh dikatakan tak memerlukan duit pun
memang tak maju
dah memang kehidupan di kampung kan
tak perlu nak fikirankan ekonomi kemajuan semua
yang penting surviving
tapi otak tenang
takda hutang
internet, kemajuan sekeliling
bangunan mencakar langit
politik semasa
bayar itu ini
tak perlu nak fikirkan
aku rindu suasana itu..............
zzzyy
pic credit to google
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
tq, peace :)