Friday, September 11, 2015

Kena Tipu Penarik Beca Di Ho Chin Min City, Vietnam




baru ada idea nak buat entry tentang
kes kena tipu dengan penarik beca
di ho chin Min city (HCMC) aritu

mulanya aku dengan makcik bidah
cadang lah nak jalan kaki 
enjoy scenery HCMC
sambil tu ada lah juga guna GPS
cadangnya nak pergi muzium

dah memang tak biasa guna GPS
kalut lah jadinya
tanya orang pun ok tak ok je
ada yang bagi direction berbeza
blurr jadinya
lagipun kat HCMC ada 4 muzium
if tak silap aku lah

so dalam dok kalut tu
jumpa lah pakcik penarik beca ni
dah tua arr dalam 60-70 tahun
dia tunjuk kat mana muzium tu
rupanya dah kita lepasi pun
masa jalan kaki tadi
hanya perlu berjalan less than 5 mins je

so kita enjoy lah muzium
tah yang mana satu
lupa aku
malas nak ingat
tapi bukan muzim perang arr
muzium ni ada tunjuk tentang
kebudayaan vietnam

bila kita keluar dari situ
penarik beca tadi masih kat sana
biasa ahh diorang lepak2 cari pelanggan

dalam aku dan kawan beli air tu
dia offer lah tuk 2 orang
ke another 2 muzium dan china town
VID50,000-00 (lima puluh ribu Dong)
berkali2 aku tanya
dia kata ya2
bukan apa aku tak berapa percaya 
yalah kurang RM20 pun
tapi dalam fikiran tu kata 
ok takpa, nanti bagi diorang tips

so bermula lah journey naik beca
merempuh bandar HCMC yang sesak
rasa cam bertarung dengan maut
kiri kanan depan belakang 
semua kereta dan motosikal
dah lah tengah2 panas tengahari

dalam fikiran 
memang dah berbunga2 ayat aku susun
tuk buat entry kat blog
bangga lah tu naik beca 
meredah kesibukan kota

so dipendekan cerita
pergi lah ke tempat2 yang nak dituju tu
then diorang dua bawa aku dan kawan
duk lepak minum kopi
tempat rumah orang tinggal
tapi kat depan rumah dia buat kedai kopi

so kat sini
mula lah dia tunjuk rega
VID500,000-00 (lima ratus ribu dong)/ jam!!!
aku dan kawan guna dalam 4 jam
2 juta dong x 2!!!!!!!!
1 juta dong dalam RM200!!!
naik beca tuk RM400 ringgit!!!/ pax
aku pergi balik HCMC plus hotel tak semahal tu

aku sesangat geram
rasa cam kuat
rasa nak tumbuk orang tua
walaupun aku perempuan tapi rasanya
if aku belasah orang tua tu
boleh tahan juga peganan nya
tua arr penarik beca tu

aku siap sumpah dia depan2
aku kata dia takkan berkat duit tu
sebab menipu
no wonder seumur hidup menarik beca
walaupun menipu & dpt duit banyak
tak juga kaya2

no wonder tak suruh ambik gambar
kekunun bahaya lah pegang phone
ketika sedang naik beca
nanti orang rampas
emm masuk akal juga

after some arguement
(nothing much can do pun)
nak belasah dia
kang aku masuk lokap kat negara orang
tak berbaloi RM200 tu
aku dan kawan end up
bayar sejuta dong each

buat seketika lepas penarik beca tu pergi
aku memang panas betul
kawan aku masih agi relax
dalam fikiran aku
1 juta dong tu banyak barang aku boleh beli
bermeter meter kain

buat seketika
aku dan kawan berjalan kaki  
dalam panas terik, berpeluh-peluh
indirectly menghukum diri sendiri
kerana jadi tipah tertipu

but end up tak larat
jumpa teksi balik hotel
hanya perlu bayar dalam rm3-4 saja
rasa nak hentak kepala
huhuhuhuuu

balik je miri sini
aku terus post kat page Miri Community
bagi warning kat sesapa yang nak pergi HCMC
supaya jangan sesekali guna beca kat sana
kang nanti ada lagi mangsa tipu

menyesal sebab tak google 
tentang perkhidmatan beca di HCMC
banyak yang laporkan kes tipu 
pengalaman dan pengajaran
yang pahit 
so next time haruslah berhati2 lagi kan

btw, next march
aku pergi HCMC lagi
kali ni tak plan jejalan pun
hanya pergi semalam
dan pergi memborong kain!!!
(dlm process kumpul budget)












zzzyy














No comments:

Post a Comment

tq, peace :)