Friday, February 4, 2022

CNY cake



throwback sabtu lepas

memang dah niat 
nak buatkan kek tuk kekawan rapat
bagi dorg tuk CNY tahun ni
tapi timbul masalah lak
miri kekurangan telur!!

nasib baik isnin nya aku ada order 2 tray
kat kedai dekat rumah ni je
mulanya tak hairan juga
bila dia kata jumaat baru dapat ambik
sebab if perayaan memang selalu camtu
lebih2 lagi telur local
bukan yang dorang bawa penuh lorry dari kuching tu

sepanjang minggu depan lak
sana sini orang complain takda telur
sabtu baru ada stok dari kuching sampai
tak pasti apa sebab boleh terputus bekalan
cuma dengar juga orang cakap
saja nak tahan stok
sebab after 4 hb
telur bukan dalam senarai harga kawalan lagi
apaniiiiii
dah lah semua bahan mentah makanan mahal
telur, ayam semua nak naik rega


ok berbalik ke cerita niat nak buat kek
aku sebenar nak bagi 3 org kawan je
sebab takda telur
terpaksa lah aku berjimat
dan buat kek yang guna kurang telur
biasa tuk kek lapis 
paling kurang telur pun 10 biji
3 biji kek dan abis setray telur
  

dan kek yang dibuat

Fruit cake
guna 3 + 5 biji telur



loyang 8x8 aku guna 3 biji
seloyang bagi 3 tuk kawan2
loyang 9 x 9 lak aku guna 5 biji tu
bahan lain pun aku ejas juga
yang ni aku bagi 3 org SIL aku
SIL dan mak
pengomen tegar tiap kali aku buat kek
kali ni fruit cake terbaik!!
moist dan manis semua serba serbi ok
tak terlalu manis
tu yang penting, dorang cakap



 


fruit cake ni
agak remeh nak buat
kena masak dalam kuali dulu
pastu baru kukus
tapi lately ni
aku suka lak makan kek ni
antara faberet
dulu aku kata kek orang tua
apakah??????
ooohhhhhh tidaaakkk!!!!
aku bkn tua
aku matured je





kek lumut
all times faberet
yang ni memang kena guna 10 biji telur
2 ketul butter
aku buat 2 biji
sebiji tuk kawan
sebiji again, tuk SIL
pun dikomen
sangat sedap!!
sebab manis dia ngam2





tambah lagi rasa dia sangat sedap
SIL kata sedap dari yang biasa aku buat
guess what??
aku tak guna tepung gandum
aku guna roti merry 
yang dah diblend menjadi tepung





next request
SIL nak suruh buat kek holiday inn
semalam dah beli kaya
tunggu aku beli telur lagi
telur yang ada
cukup2 tuk lauk makan
or tuk breakfast je

aku sebenar takda lah nak sangat makan kek 
tapi aku suka tengok orang makan
lebih2 lagi bila dorang kata sedap
dan bagi komen2 yang memberangsangkan
itulah kepuasan


zzzyy

 

10 comments:

  1. bukan kata di miri je kat sini pun merata telur takde wei, tiap hari kawan-kawan yg niaga yang buat kek komplen telur takde., kalau ada pun susah nak dapat. Pelik betul lah tak pernah-pernah telur habis stok, tak paham aku kerajaan baru ni buat camne.

    Bila la aku nak dapat rasa kek lumut ko tu wei... mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo takda telur juga. diorg nak naikkan rega lah tu
      sekarang dah rm16 setray sebab takda rega kawalan lagi

      nanti aku usahakan antar kek tuk kau Dana

      Delete
  2. Nampak sedapnya kek yang Kak Shirven buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sedap jannah, resepi kek2 ni mmg sedap bukan sebab saya yg buat 🤣

      Delete
  3. rajinnya awak..mesti sedap ni tu yang banyak request. saya suka kek buah kalau tak manis sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mood dan mode baking tu on Sal, mmg suka buat. aah kek buah yg ni mmg tak manis

      Delete
  4. Sedap ya kek lumut. Dulu rajin buat, sekarang dah tak rajin Heheee. Hai telur! Di manakah dikau sembunyi?

    ReplyDelete
  5. Aduh.. Meriah betul buah dalam kek buah tu.. Puas makan..
    Hijau sungguh kek limau tu..

    ReplyDelete

tq, peace :)