Monday, February 28, 2011

fuhh!!!
dari jalan besar lagi
dah harum semerbak
air belacan yang dimasak mak
apatah lagi bila melangkah je ke dalam rumah
sedut je nafas
bau air belacan terus menusuk ke jantung!!!
bisa jantungan!!!!!!

erkk... korang pernah buat air belacan tak??
ceritanya begini
kan masa memerap belacan tu
akan adalah air
sebab kan bubuk tu sejenis udang yang halus
if dah spesis benda hidup
tentulah ada cecair kan

so air tu lah yang dimasak sehingga pekat
lepas tu korang boleh lah makan cam makan belacan
cuma dia liquid lah
tak boleh nak buat sambal
pendek kata, cam sos lah
sos perisa belacan!!!!

selain dibuat belacan
bubuk gak boleh dibuat cencaluk
tuk buat cencaluk
bubuk tu akan dicampur dengan garam dan gula
lepas tu perap dalam bekas
sedap dimakan bila dicampur dengan cili padi
dan diperah dengan limau
makan bersama timun
or tadi aku makan dengan lady finger
yummy!!!!!!!

btw, tau camna buat belacan??
aku pun tak tau sebenar
tapi ni tengok bapak buat
baru aku tahu
selama ni aku watde je camna orang buat belacan

mula2 bubuk tu diperap dengan garam kasar
jangan banyak sangat tau
cukup2 rasa lah
takut belacan terlalu masin
then lepas semalaman
iyanya akan dijemur
lepas dijemur ianya akan dihancurkan
biasanya akan ditumbuk dalam lesung batu/kayu

keesokkan harinya process ni berulang
sehingga lah kita berpuas hati
dengan kekeringan belacan tu
sebab if belacan kurang kering
ianya akan berbau busuk
if cukup je keringnya just nice
dan bertahan lama

zzzyy

Sunday, February 27, 2011

hari ni ada misi

misi yang dah di plan dari semalam
misi mencari bubuk!!!! (small shrimp)
bubuk ini akan dijadikan belacan

awal2 lagi auntie dah call mak
tanya dah cari bubuk ke belum
aku baru bangun pun
auntie dah sampai kat fish market
cakap takda orang jual pun

we expecting ianya akan ada
pada tengahari nanti
just hope hari akan terus panas
if hujan memang sah takda pun



sementara tunggu apak datang dari kampung
bermain, berlagu dengan Ava
pagi tadi seawal 6.15am dah bangun
siap melompat2 bercakap sokmo
aku yang masih mengantuk
mak masih berdengkur

but at last dia nak nangis
dah takda mood melompat
time ni mak take over
aku bergulung dalam selimut kembali
malapkan lagi lampu tidur
mak babap buntut dia
lepas tu dia tidur balik

by the time aku bangun 9.45am
ava masih tidur
mak kata tu pun tidur
selepas bangun kali keduanya
tapi tidur lagi selepas menyusu
aku langsung tak perasaan

sekarang dia sangat berminat depan PC
terutama if aku main games
dia seronok tengok avatar2 tu bergerak
if tunjuk slideshow gambar2 dia
terlompat2 sambil menjerit2
excited, dia gembira tengok ada cam dia kot
sedangkan tu memang dia pun!!!

dah suka duduk dalam stroller
bagi patung mimi dia
dia akan leka if suruh duduk sana
senang tuk mak bekerja



ni lak seolah merajuk kat aku
masa nak turun pasar beli bubuk
suruh dia guna baju lawa2
susu bawa 3 botol
pampers 6 helai
baju 2 pasang
dalam perjalanan ke pasar dia tidur
then tau2 je bangun tidur
dah dalam perjalanan pulang ke rumah
tu yang masa kat depan gate
aku panggil2 dia
langsung taknak tengok aku
aku dah kata nak bawa dia
pergi tengok toys kat toys world
mungkin dia faham
dan cakap kat mak
ni jejangan ava merajuk
takda berjalan pun
cuma duduk dalam kereta je



dan ni lah misi yang dah berjaya
misi membeli bubuk!!!!!!
beli 40kg RM8 sekilo!!!
huh, cam banyak
tapi if dah jadi belacan nanti
dapat 10kg pun dah syukur
bubuknya halus2

dan yang menjadi mangsa
besin dibeli tuk ava mandi
telahpun menjadi tempat memerap belacan!!!!
besin tu memang tak pernah guna lagi
sebab terlalu besar
so dijadikanlah tempat letak baju2 ava
dan tadi terpaksa transfer baju dia
kat cupboard aku
yang memang dah padat makin lah padat

beberapa tahun ni ter'miss' beli bubuk
bukan apa
ada tapi sekejap je
biasanya season bubuk ni lama
tah kenapa lately selalu sekejap je
belum sempat beli dah takda lagi
nak tunggu tu tah bila
stok belacan pun dah abis
biasanya jarang abis stok pun
sebab belacan ni bukan makan selalu

tapi kat miri ni
since adanya menu nasi lelapan
(nasi berulam bersambal belacan)
belacan memang favourite kebanyakkan
dari yang tak reti makan belacan
tapi meminati nasi lelapan
terus berminat akan belacan

belacan nasi lelapan ni special
ianya dibakar dulu
then dilenyek dengan tomato
tomato yang telah di tumis
rasanya memang kaw ah
dimakan dengan ulam2an
tauhu goreng dan tempe
sangat sedap!!!

teringat peristiwa malam khamis
ava kan ikut mak balik kampung
so ada chance lah aku makan di luar
malas nak masak
makan lah nasi lelapan
lama gak tak makan ni
ngom!! ngom!! ngom!!!
sedap!!!!

balik rumah cirit!!!!!
dan kepedasan!!!!!!!!
hahahaa!!! perut dah tak immune
lama tak makan tu ler perut meragam

cam masa shopping tadi
tengah syok2 shopping groceries
tetiba sakit perut!!!
dahlerr floor tu takda toilet
harus naik ke floor atas
bergegas ke atas then
worry tandas takda air lak
kena beli poket tisu
tanya kat farmasi, abis...
kat kedai runcit tu ada
tanya kat amoii kat counter
3 kali aku terlambai2 tanya baru dia perasaan
sedangkan aku melambai depan muka dia saja pun

dia cakap kat dalam
alahaaiii kenapa mesti kat situ
biasanya ada kat kaunter pun
aku dah di hujung nyawa ni
masa nak bayar
adalah seorang ibu tu berkerenah lak
nak beli mainan anak dia
kenapa pula masa dah half way bayar
baru nak cek!!!!??
dan tak berpuas hati dan nak tukar lain
aku dah di hujung nyawa ni ooiiii!!!
yang amoi tu lak kena tunggu dia bagi duit
yang mana dia lak dah pergi rak mainan
cari yang baru!!
ooiii aku dah kat hujung nyawa ni

sampai je kat toilet
sempat2 je buka seluar
terus menyembur keluar!!!!!!!!!
aahh... lega rasanya
kuar toilet rasa2 nak je bersiul2
kelegaan yang amat sangat "_"

zzzyy

Saturday, February 26, 2011

happy weekend alls
alahaiii... malasnya rasa nak update
tapi rasa perlu update lak
dah a fews days takda n3

weekend agak busy
thursday ava dah ikut mak balik kampung
sebab semalam ada kenduri kahwin
aku ikut selepas balik kerja

the wedding quite happening
tapi seperti biasa sejak ada ava
aku jadi kura2 dalam tempurung
bagi chance kat mak tuk joined
aku jaga ava

petang tadi balik dari kampung
ingatkan nak beli bubuk (small shirmp)
tapi takda lak jumpa dalam perjalanan
orang menjualnya
ingatkan nak terus mencari
cuma hantar barang ke rumah sekejap
tapi tengok cam lepas hujan lebat je
plan tak menjadi

sekarang ni memang season bubuk
harganya pun dah mahal
so far paling murah RM5 seKG
dan paling mahal RM10 seKG
dulu can get it RM10 for 3 KG
bubuk tu untuk buat belacan
selepas di jemur ditumbuk a few times
ianya akan menjadi belacan

k lah nak tidur
semalam tidur2 ayam je'
sebab kat luar adalah sangat bising
nite2 alls


zzzyy

Friday, February 25, 2011

Tuesday, February 22, 2011

hai salam sejahtera
sebenar takda idea nak buat n3
so apa yang bakal aku taip nanti
adalah idea yang datang sepontan
dan korang bersedia lah tuk
membaca cerita aku yang melompat-lompat

aku tau tak ramai yang baca
blog aku ni pun
namun begitu
terima kasih kepada yang sudi membaca ek "_"

hari bekerja cam biasa
cuma this two days
kami adakan tunjuk perasaan (picket)
kat depan premises office selama setengah jam
adalah isu2 yang belum dapat diselesaikan
antara majikan dan persatuan pekerja
isu yang telah dipersetujui dengan MOU
tapi kemudian dibuat tak endah je

so of course sudah semestinya
kita nak lah menuntut hak yang telah dijanjikan
di ajak berunding
takda response dari pihak majikan
dan kemudian dengan berani
buat press conference
yang kita sedang berunding lak
which wasn't true

terlalu banyak dolak dalih
dan bila membabitkan soal $
sebagai pekerja sudah semestinya kita nak lah
memperjuangkan hak yang sepatutnya
so that what happening now
even picket not the best resolution
but we've no choice

if berlanjutan
it'll go to industrial court
hah! siaplah berpanjangan cerita
berharap it'll settled soon


zzzyy

Friday, February 18, 2011

hari ni sabtu
hanya duduk di rumah melayan FB
cuaca yang cerah mulanya
bila menjelang 10pm bertukar mendung
namun ditunggu hujan lebat
tak juga lebat2
hanya renyai2 meskipun guruh bukan main lagi
spoilt je kain jemuran yang banyak
tak pasal2 berjemur beratap

bila duduk rumah mendung2 begini
teringat masa kecik2 dulu
zaman belum bersekolah dan time cuti sekolah
aku paling suka bila hujan lebat
suka tengok air hujan menitis dari cucur atap
kemudian ianya membentuk seolah-olah
kolam kecil
dan satu lagi
aku suka if hari hujan
semua keluarga ada dirumah
mak apak atuk nenek
semua ada duduk berkumpul reramai
yalah kan tengah hujan
tak boleh lah diorang perlu bekerja di kebun2
masa tu boleh lah aku duk manja2
kebetulan masa tu aku seorang je budak kecil
sangat seronok...

masa kecil dulu
sekolah cuti memang masa ditunggu-tunggu
kan aku dari kecil tinggal dengan uncle
so masa cuti sekolah ni saja lah
masa tuk bertemu mak apak nenek aki dan adik2
dan juga masa jumpa cousin2 yang kat kampung
aku rapat dengan 2 orang cousin perempuan
tiap kali musim cuti sekolah tu
ada2 je aktiviti kami lakukan

kekadang menangkap ikan
bukan memancing tau
ada lah sejenis alat traditional
rupa dia cam bakul
bentuk seperti beg plastik
bila kat sungai kau heret benda tu
terutama kat tepi2 tebing sungai
sudah semesti kau masuk dalam air ah
makin keruh sungai tu makin happening
sebab ikan2 akan keluar
ala of course lah sungai kecil je
dan cetek
if besar dan dalam....
minta maaf lah tak mungkin aku nak

kekadang lak
kita buat gotong royong memasak
bukan memasak yang tuk makan hari2 tu ek
masak bubur yang cam benda hijau kat cendol tu
dulu kan mana ada modal
semua main buat sendiri
kan masak tu guna tepung beras
so gotong royong lah menumbuk beras
tuk jadi tepung
most of the time
tangan berbenjol kasar or melecet
then kelapa kena parut sendiri
guna pemarut manual yang cam itik tu

peralatan semua buat sendiri
tuk buat acuan
biasanya tutup tin akan dibuat lubang dengan paku
lekat kat kayu so boleh lah benda tu
melintang bila diletakkan atas baldi
masa buat mesti time aduan masih panas
air lak mesti sejuk
so seorang akan mengacau bubur yang tengah dimasak
seorang akan menuang kat acuan
seorang lak tukang jaga air dan pegang acuan
bila dah selesai process
bubur tu akan di tapis ambik isi je
pastu baru dimasukkan
kedalam air santan
pweeeee!!!!!!!!!! sedap!!!!
lemak2 bekrim

dulu tak banyak makan
lagipun mana lah ada makanan
memacam seperti sekarang
bila ambik buah ubi kayu
memacam boleh buat
boleh rebus
makan dengan gula @ susu @ ikan masin
distim masuk dalam daun pisang
dibakar
digoreng buat kerepek
semua sedap2
meleleh air liur bila imagine
hahahahaa!!!!

k nanti cerita lagi
nak tidur
good nite alls...

zzzyy
cerita tentang anak dara aku lagi
last tues (cuti am) pergi lah melawat uncle kat lutong
setengah hari lepak disana
sempat lunch cum dinner
makan about 4.30pm
camna nak panggil ek
lunch cum dinner je lah ek



before

Anak dara aku ni if pasal bergambar
dia memang suka
hala je camera handphone kat dia
terus tak pandang camara serius2
diajak bercakap pun takmau
tunggu flash camera je

rambut dia kan dari lahir lagi lebat
cuma kebelakangan ni banyak yang gugur
dan pendek2
so plan nak botakkan dia
baby weh memang kalut nak botakkan
sapa berani?? sapa berani??
jumpa lah auntie bobob dia
terus kena...
zup!! zup!!!
kena trim hingga kelihatan botak
tak berani lah nak licinkan kepala dia
so jadi lah..........



after

taraaaa.................!!!!!!!!!!
ava sudah lah botak
nampak macam lelaki lah
mula bawa dari balik dari salon
mak tak kenal cucu sendiri
ingatkan aku bawa anak orang lain
rupa2nya si AvaNov.

hahahaa!!!!
sangat berbeza
rasa ada gak nyesal botakkan dia
sebab nampak pelik je botak begitu
tapi nak tengok rambut dia cantik
trim je lah
nanti tumbuhlah lagi
kali ni pasti tumbuh dengan rata

tapi bila tengok lama2 masa dia tidur
sangat comel....
pipi tembam
mulut comel
kepala bulat dan botak
macam shoalin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

zzzyy

Tinduk

Tinduk

=
Tidur
=
Sleep

zzzyy

Thursday, February 17, 2011

Happy Birthday Gdut!!!




This occasion happen semalam
sebelum menulis lebih lanjut.....
Happy Birthday Ndut!!!!!
Muacchsss!!! Muacchsss!!!
semoga panjang umur sihat walafiat
murah rezeki dah bahagia sentiasa

just a simply ceremony
jemput keluarga terdekat saja
tapi amat happenin
siap ada sesi Poco Poco



Photo kat bawah ni adalah
upacara tiupan lilin kek yang ke 2
paling suka group photo
semua guna mask
cantik.....



yang ni pula gambar reramai
kerabat yang some agak lama dah tak jumpa
tambahan ada group yang melatah
and another group lak
tukang menyakat group yang latah
so for sure
suasana memang amat gamat



Aku paling uska gambar kaum ibu2
yang 4 orang tu
mesra dan gembira
adik beradik dan ipar mak
ni pun tak semua ada
if ada lagi happening

zzzyy

Wednesday, February 16, 2011

Kerja!!! kerja!!
kerja weh kerja setelah cuti
weekend 2 hari
then kerja dan cuti sehari lagi
and hari ni hari bekerja lagi
which sudah semestinya
rasa sangat sangat sangat malas

tambah lagi bangun je pagi tadi
tidur dengan bendera merah!!!
patut lah semacam je rasa
nasib tak sempat canting batik kat bedsheet

sampai kat office
alahaiii susahnya nak concentrate
rasa kurang selesa je
badan sakit sana sini
dah tu kasut baru wat hal lak
susah lak nak sangkut penyangkut dia
terkial2 je
dah tu buat kaki sakit je
last2 pakai selipar jipun!!

perut pun wat hal gak
asyik nak buang angin je
ada sekali tu terkentut tanpa warning
keluar mengejut
dah tu bising lak
boleh didengar
tapi nasib baik dapat cover

lepas aura tu berbunyi
terus aku buat2 hentak kaki
bunyi heels lah kunun
or bunyi kasut terlanggar meja ler
ala aku rasa korang pun sering buat kot
cuma aku bernasib lah aura tu
tak berbau dasyat
if berbau.... kau hentak kaki setengah mati pun
takkan ada bezanya
kentut tetap kentut!!!!

zzzyy


oolololohoooo........
my lil darling last Saturday almost demam
badan agak panas sikit
cepat2 tempek koyok kat dahi dia
errkk... bukan koyok ah
cool fever tuk baby
and she such a goodgirl
takda lah nangis2
cuma selalu minta didukung

setiap kali tengok or ingat dia
mesti sangat geram
sekarang dah reti naughty2
dah pandai buka sarung jari
tapi pandai buka sebelah je
kaki pun selalu angkat tinggi
soon dia akan dapat capai hujung kaki tu

bila nyanyi lagu tepuk amai-amai
dah reti gabungkan dua tangan dia
nak bertepuk tangan
paling suka dengar lagu happy birthday
kaki tangan badan semua hidup



so excited bila disuruh berdiri
kaki hentak2 dan melangkah
dan bila pegang dia
if tangan or jari terkena mulut dia
sure kena jilat

aha satu lagi
sangat leka bila dibuka sarung tangan
leka hisap tunjuk jari!!

sekarang pun dah reti gelak besar2
so comel
if dengan aku kebusukanlah pipi dia dicium
rasa nak gigit2
mami geram lah ava!!!!

zzzyy

Monday, February 14, 2011




Happy Valentine's Day




zzzyy

Sunday, February 13, 2011


Happy sunday alls!!!
apa korang buat hari ni ek?
aku lak
pagi shopping dengan mummy(SIL's mum)
lepas tu lepak kat quarters
ni baru lepas buat kek

buat kek!?
surprise!!! aku buat kek wehh...
tah bila lah last aku buat keke
ni sebenar, semua mummy dah sediakan
aku tukang pegang mixer je
hahahhaaaa!!!

buat kek horlick yang sangat sedap
biasa lah if buat sendiri memang selalu sedap
lain dari yang dibeli dari kedai
bahan2nya simple je
next n2 aku show apa bahan2nya ya
ni dah ambik kat hp tapi
since menumpang laptop adik
payahlah nak upload2 bluetooth2 sokmo
tunggu balik rumah lah ek




hmm... masa shopping grocery tadi
punya lah banyak kereta
begitu juga manusia
terutamanya tempat yang
menjual sayur2an local
ada area tu khas tuk
orang2 dari kampung berjual
product kampung hasil kampung
and usually akan menjadi
pusat tumpuan

aku usually if weekend jarang turun town
bukan apa tak suka dengan traffic jammed
yang semakin menjadi
masalahnya miri ni
jalan dari utara dari selatan timur barat
semuanya menghala ke pusat yang sama
which was
pusat bandar yang tak begitu besar
tak cukup menampung kepadatan
penduduk tempatan dan juga
yang pasti datang tiap minggu
para pengunjung dari brunei

one of busy spot adalah
tempat aku berada sekarang
next to bintang megamall
baik weekend or hari biasa
memang sentiasa susah cari parking
selalu jammed
this is the only mall
where you can get anything
terutama eating spot
cuma yang slack sikit
dia takda supermarket yang complete
ada lah giant tapi tak banyak variety
not a great groceries shopping spot
disamping harga yang agak mahal

k lah weh, nak main games lak
alarm pun dah bangun
tapi tu ngah kawan dengan mak
aku, mengulorr :)

zzzyy

Saturday, February 12, 2011

Friday, February 11, 2011

tengah hujan lebat
glad today is friday
so esok boleh bangun lewat
lalalalalaaaa....

semalam pc buat hal
tak boleh nak start
ingatkan hardisk rosak lagi
rupa nya one of the ram yang kojol
nasib baik ada 2 ram

tapi leceh lah
internet connection sangat2 slow
tak boleh nak main game kat FB

dan ini disebabkan hujan lebat
jalanraya depan rumah banjir
drainage system suck!
parit penuh dengan tanah
takda di korek pun
so what is our assesment payment for?
if kawasan luar rumah tak dimaintain
tahlah tak faham aku

k lah nak tidur dah
ava merajuk sebelum tidur tadi
ingatkan apa dia dok nangis2
rupa2nya nak nenen
tak sangat begitu cepat dia nak nenen
sekarang if nak nenen dah reti merengek2
tak sabar2 lah tu

tapi seronok tengok dia camtu
last few weeks dia tak berselera
kecik je
dalam sebulan tu hanya 350grm berat naik
even memang size dia kecil tapi agak merisaukan
sekarang dah back to normal
nenen pun dah kuat
malah sekali sehari
dia dibagi makan nestum or
bubur nasi ditenyeh halus2

k2 nak tidur dah
goodnite...

zzzyy

Aku Ka Pulai ke Rumah



Aku Ka Pulai Ke Rumah

Saya Mahu Pulang ke Rumah

I want to go back home

zzzyy

Wednesday, February 9, 2011

back to work after 2 days leave
memang pasti membosankan
lebih2 lagi after another 2 days, weekend
kerja taklah banyak
sebab ada lah a fews cases kawan tolong cover

cuma by 5pm tadi
aderaline berdegup kencang
perlu buat secepat mungkin
diantara niat nak ikut arahan boss
dan kena buat banyak paperworks
sampai terkencing2
of course lah sempat pergi toilet
luckyly manage to deal with it exactly 5.30pm

nothing much happen today
makan mengular hingga 1 1/2 hrs
jumpa kawan lama so banyaklah cerita

ava cam merajuk je dengan aku
masa turun kerja pagi tadi
dia masih tidur, dicium hanya gelek2 kepala
then balik rumah petang pun dia tengah tidur
terbangun dia tau2 aku tengah pegang Dimas
pastu masa baring kat tilam
dia sangat serius
aku gurau pun no response
hanya mata terkebil2

masa ambik dia taknak pandang muka aku
errkk... pehal lak ava ni merajuk ek
ni bukan first time dia camni
dua kali dah merajuk dengan mak
dan ni merajuk kat aku lak
alahai kecik2 dah reti tunjuk muka panjang

zzzyy

Tuesday, February 8, 2011

2nd CNY pergi balik kampung
ada mesyuarat besar2an kat kampung
so far the result amat memberangsangkan
kampung bakal dinaikkan taraf
jalan ladang kelapa sawit masuk ke kampung
bakal ditar
begitu juga bekalan air paip akan disambung
harapnya dilaksanakanlah
jangan saja ianya hanya janji2
masa nak pilihanraya

contohnya main road
dalam perjalanan ke kampung
dulu PM melawat kawasan pendalaman call "Lapok"
dia kata akan perbaikan main road tu
tidak lama lepas tu
kelihatan jalan disukat conteng sana sini
kayu kecil didirikan tepi2 jalan
jentera tuk buat jalan
semua dah ada di persimpangan main road

akhirnya...........
hingga kini nothing happen
jentera pembuat jalan tu hanya hiasan
if saja nak menyusahkan sendiri
nak saja aku ajak orang2 kampung persekitaran
angkut jual kat besi buruk!!
jalan raya masih macam tu juga
masih berlubang some even
cam kolam kat tengah2 jalan
some berbukit kat tengah jalan
if nak lalu kena slow himpit tepi2 jalan
if dah tak dapat elak
memang terpaksa lah dada kereta
terhempas kat jalan

tau2 lah orang kampung
mana lah mampu beli kereta besar
macam hilux, navara, land cruiser tu semua
yang mampu hanya lah si kancil or viva
kereta rendah camtu je
tak rosak pun if hari2 lalu jalan rosak
longgar juga anggota2 badannya tu

rasanya if pilihanraya kali ni
kedudukan BN akan tergugat
orang2 kampung dah tak cam dulu
mudah tertipu dengan wang ringgit
sebab ramai yang dah educated
dah bekerja dan tak rabun duit
yang diorang perlukan ialah pembangunan
dapat berkongsi kemudahan infrasruktur
dan takmau membayar income tax
atas apa yang tidak digunakan



k stop about politik
ni tentang kucing kat kampung
kan masa pergi kampung aritu
hari hujan sesaja
ni dua ekor miaw2 ni
tidur dari pagi hingga ke petang
berlagak sangat comel
manja2 gulung2
and where they sleep..................



setilam dengan Ava!!!!!!
kekadang kena tegur ngan aku
yang hitam putih tu duk terkiaw2
buat bangun ava
kucing ni most of the time
sangat comel
tau tuan tau manja2 even tau cakap

ada sekali tu diorang dua bermain
kejar mengejar kat tempat tidur
ava lak tengah tidur
kan rumah panjang lantai kayu
so bisinglah bila diorang main terkam2
aku marah dengan cakap
main atas tilam takkan bising
dan if bising lagi dan ava terbangun
aku buang diorang berdua kat luar rumah

terkebil2 sekejap terutama yang kuning, Kiki
then main lagi tapi kali ni atas tilam
main kombat
bantal tempat sembunyi
oohhh soo sweet
tapi adik yang baru datang marah lak
tengok diorang main kat tilam dia
mana tak serba salah lah binatang tu
hahahaaa!!!

k nak angkat kain jemuran
hari ni panas terik
angkut semua kain baju
yang dikeringkan dalam bilik last few days
jemur ambik bau panas

oh ya, hari ni aku cuti
sebab hantar Ava cek up n injection
berat dia naik sikit je
4.35kg dari 4 kg
:( tu lah gara2 lately dia asyik nangis
memula masa maghrib
then suruh orang tawarkan
berhenti 2 3 hari
then nangis lagi
kali ni dalam 8-9pm
suruh orang tawarkan lagi
masih gak nangis
tu lah yang malam ahad
emergency bawa balik kampung
suruh orang tua kat kampung tu tawarkan
insyaalah
so far petang semalam ok

lately
asal menjelang je 6pm
berdebar2 dan berdoa
harapnya ava tak nangis
menjadi2 since nak CNY
katanya orang tua yang kat kampung
rumah aku ada benda
tapi biasalah budak kecil kan dia melihat
dan mudah dikacau oleh anasir jahat
benda tu pun yang benda yang biasa
kelihatan dek baby

takda experience beranak kan
main masuk je rumah
mana terfikir tu semua sebab
if seeloknya memang taknak
ianya terjadi langsung kan

k2 nak angkut kain baju...
nanti2 buat n3 lagi

zzzyy