Monday, October 31, 2011

Sunday, October 30, 2011

What a Week-N!!!

weekend yang tak memberangsangkan
tak boleh nak berambu ramba sangat

cuma sempat pergi ke tatoo exhibition
yang berlangsung tuk kali ke 2 nya di miri
quite international events
sebab ramai gak booth2 luar negara yang ada
contohnya holland, hongkong dan ramai lagi



berlangsung di dewan terabung
yang terletak di Eastwood Valley Golf & Country Club
ramai juga orang yang datang
tiket RM10 boleh digunakan 24 hrs
maknanya if kau datang pagi
tiket tu boleh guna tuk malam juga
reasonable kan



ni antara booth yang menjadi tumpuan
bertatoo mengunakan mesin traditional
cara yang digunakan pribumi native sarawak sejak dulu
bertatoo keadah ketuk
sebatang jarum dilekat kat sebatang kayu
then kayu tu diketuk perlahan2 membentuk ukiran
jarum akan dicelup dalam ink
mengambil masa yang lama dan sudah pasti menyakitkan
aku tak pernah berminat tuk bertatoo
menyakitkan sendiri
dicucuk sekali dengan jarum ketika sakit
pun sudah amat menyakitkan
apatah lagi dicucuk jarum beribu-ribu kali



hah, budak baju kuning ni sungguh excited
berpeluh-peluh training berjalan
meskipun mengantuk
tetap gagah diteruskan

balik rumah around 5.30pm
plan nya nak datang lagi kul 7pm
sebab ada persembahan nyanyian
dan yang menarik
ada persembahan mengantung diri
tah camna dia buat pun tak pasti
yang aku tahu
mamat indon tu penuh dengan piercing

tapi programme spoilt kerana aku
sakit perut sesangat
memacam cara tuk hilangkan
makan ubat pil chit teck aun
masih gak teramat sakit
sakit tapi bukan yang nak cirit birit tu
then minum air kelapa
ok skit ada lah lega tapi
masih kekadang amat sakit
dan belum nak berak gak lagi
minum susu tepung kaw
minum air cap badak
hah! kali niii sendawa dan kentut

sangat menyeksakan
seluruh sendi2 lenguh
seram sejuk seluruh badan
by 10pm baru ok
makan nasi sikit dan minum sup telur
awal malam nya ada lah cirit birit
pastu ok je

tapi......
hari ni sangat teruk!!!!
sikit2 terkuncil
sikit2 nak berak
ni 11.44pm dah makan nasi
baru dapat berkentut tanpa berak

suspected penyebabnya
aku makan heavy last friday
seharian breakfast je
then terus makan daging panggang sup smua
apa taknya perut terkejut
dan mengigit2

asalnya malam tadi taknak makan
then around 8pm mak ajak pergi pasar
beli daging tuk sup tulang
aku on je
lagipun saja mencari selera
pergilah aku mak and ava

lepas shopping tulang lembu, daging kambing
sosej, sayur2an
so nak beli pencuci baju kat servay supermarket
sebelum tu aku hantar barang2 ke kereta
takkan nak heret ke servay kan
mak dan ava aku suruh tunggu depan boulevard

tapi..bila aku balik ke boulevard tu
mak dan ava dah hilang!!!!
ohh mungkin dah duluan ke servay
masuk servay cari2 tapi takda
dah ler orang ramai sesangat
berkeliaran lagi cari sana sini

hp dan wallet semua dalam bag yang mak bawa
mula2 keluar gak asap dari kepala
tak mengikut arahan lah mak ni!!!!
suruh tunggu tapi tak gak tunggu2
masuk kereta lagi
bertenang sekejap
then keluar cari lagi sekeliling
tapi masih gak takda

balik kereta lagi cari siling
nak call mak
antara family, no mak je yang aku ingat
badan dah mengigil nervous
rasanya muka pun dah pucat lesi
memacam di fikiran
mana lak perginya mak dan ava
kidnap!! No!! no!! no!!

first dial no tepon mak
answering machine jawab
dial lagi
then cam ada orang sebelah
mak and ava!!!!!!
terus ambik ava ajak mak balik
dah takda mood nak pergi servay
hati dah sangat2 kesal

dalam kereta senyap je
bersyukur sesangat takda pa2 yang berlaku
mak ni memang sering tak ikut arahan
bisa jantungan if selalu camni

zzzyy

Saturday, October 29, 2011

hari ni emergency leave
malam tadi mak kena dyhrea
cirit birit kerap sesangat
nasib muntah banyak hanya sekali
then for sure she feels so weak
tak dapat nak jaga Ava
even nak bangun pun lemah

hantar dia pergi clinic
takut berterusan
sementara tunggu turn
sempat pergi pam tayar
dan cuci kereta
dan sementara tunggu kereta siap
lepak kat bakery
bagi Ava breakfast with sausage
kan clinic biasanya
memang lama nak tunggu
tu ler yang register dulu then datang lagi

bila datang, dah pun mak turn
tak yah tunggu lelama
sementara tu aku dan ava lepak office
ada surat yang perlu aku amend
dan nak apply leave juga

then after semua settle
rushing ke rumah SIL
dengar bapa kata dia sakit teruk
glad to see she's ok
malah tengah breakfast cum lunch
dah telan ubat
bila kesan ubat tu abis,
kepala berdenyut2 kembali
dah more than a week dia flu
hope she get well soon

actually aku sendiri
tengah flu dan sakit2 badan
dah ler period awal sesangat
aritu kena 1st
ni kena lagi
badan sangat2 tak selesa dan lemah
but what to do kena handle Ava juga
mak weaker than me

malam ni lak keluar dengan Ani
temankan our auditor
esok diorang nak balik dah
pergi layan stimboat
dan mungkin sebab takda makan seharian
ni aku lak cirit birit
tapi takda lah kerap
so far dah dua kali
berak yang keluar air je
!#$%^@^!!!!!

harapnya Ava tak nangis malam ni
lately selalu bangun awal dan nangis
merajuk2 semua
alahaiiii.......

zzzyy

Friday, October 28, 2011

Juluk Ati


Juluk Ati

=

Cita-Cita

=

Ambition

zzzyy

Wednesday, October 26, 2011

rabu, nothing much happen
just aku baru start flu
sumbat hidung kepala berdenyut2
plan nak pergi clinic petang tadi
tapi termalas turun town sekali lagi lak
tak jadi, telan je apa ubat flu, selsema
yang ada kat rumah

ni dah lolok makan pil mak
ternguap2
k lah nak tidur dah
just a simple n short n3

zzzyy

Monday, October 24, 2011

awal2 dah letak status FB

So exausted.... Wish can pass this day
without any trouble by ppls surrounding.
So DND!!!

hahaha!!! tah sound ganas ke apa
but obviously takda yang komen
biasanya ada ler sorang dua yang komen
or like status aku
ni langsung takda
kan dah kata DND :)

end of the day
sebelum balik terus tukar status

DND status ended for today
Everything slow but steady.
Thanks!!! Thanks!!!

terus ada orang like
hahhaa!!!

bukan taknak sapa2 komen
just saja wat camne
sebab tension tak cukup tidur
lagi2 lah monday morning
makin bertambah lah tension

ava wat hal
setengah malam nangis sesaja
menguji kesabaran sesangat
if bangun tak nangis takpa gak
boleh lah layan
ni dok meraung2
ini takmo itu takmo

mau buat benda yang pelik2 je
nak pegang dan bermain dengan suis2
nak mengorek dinding yang mana
ada simen nya yang terjatuh
dan cukup2 je tuk hujung tunjuk dia tengeh
hairan bebenar aku
kenapa lah dia suka tengeh hujung tunjuk kat situ ek
nak tanya dia belum reti bagitau lak
seolah2 ada keseronokan yang teramat lak
bila dia buat camtu
tahlah labuu
baby ni sukar difahami

ni dah nak start flu
hidung asyik rasa kembang kempis
bersin tak sudah2
tekak dah sakit
ciss!! sangat tak suka rasa camni


zzzyy

Sunday, October 23, 2011

a great saturday
tho have to wake up as early as 6.30am
which sleep around 2.30am
semuanya sebab ava
since kul 3 4 pagi dah beberapa kali bangun
luckly tak nangis dan meraung
aku malas nak layan
hanya sekali je aku angkat dia
then baringkan dia lik suruh peluk hypoo

if aku trus layan sure meraung
sebab dia finantic aku
tengok je terus ada mood nak nangis merayu-rayu
tu kul 6.30 am tu pun nangis2
tah apa dia nak taktau lah
last2 bagi mandi
pastu terus senyap
panas kot or darah tengah panas
tu yang tak comfortable

aku dah takda mood tidur
kebetulan matahari masuk melalui jendela
meskipun tak tembus tapi terang
then start cuci baju
mandi dan masak
masak ikan masin busuk!!!
seluruh rumah busuk
sampaikan aku sekali
terpaksa mandi sekali lagi

which at the end
mak kata ikan masin tu tak sedap
kena buang
compare to previous one
yang sedap meskipun bau sesangat

then from 1-4 aku tidur :)
seronok2!!!
yea really need the rest
after such a hectic week

then layan ava main kat beach
dah reti main dengan ombak
sangat2 seronok dipimpin
berjalan di persiaran pantai
which sesekali bermain dengan air
hingga setengah badan basah
tapi aku tetap tak izinkan dia mandi laut

malam lak lepas jejalan sekejap kat boulevard
layan wayang, cerita colombiana
lakonan terbaru Helle Berry (eh betul ke ejaan ni)
not bad, aku if action movie memang confirm suka
semalam layan real steel tuk kali ke 2
:) bukan tak puas
tapi temankan kekawan tengok
since takda cerita best yang aku belum tengok
layan je lah real steel tu

ni pun baru pas layan star movie, cerita mirrors
aiyoo bulan holloween ni
asyik cerita hantu je kat astro
which most of the time
aku malas nak layan

k lah dah 1.30am
nak tidur dah
nite2 and happy weekend

zzzyy

Friday, October 21, 2011

Thursday, October 20, 2011

kat office
fikiran sentiasa bercelaru
arini ingatkan nak cepat
rupanya menjadi sangat2 tak produktif
kerja memang banyak
seorang kawan cuti
another sekejap2 je datang
dan aku lak pagi, kerja dept lain
petang baru duk tempat sendiri

tu pun tak boleh nak concentrate
banyak tul iklan
sekejap2 wat ni
sekejap2 wat tu
kejap2 pergi sana
kejap2 pergi sini
bukan sengaja tau
tapi ada2 je keperluan kena buat

satu lagi aku sangat geram
cari manager call aku
cari biz manager call aku
bila aku naik tingkat atas
tengok je aku
tanya ada manager ke
ada biz manager ke
hoooii!!!
aku ni secretary managers tu semua ke?
Nooo... Nooo... Nooo....
bukan tau
tapi yang aku hairan
ngapa byk2 org kat floor aku tu
aku lak yang kena tanya
menganggu concentrasi sesangat!!!

or...
diorang tu peminat aku kot
*mode perasaan*
lalalalaaaaa.....

zzzyy

Monday, October 17, 2011

monday...
emosi kurang baik
bukan kerana start day of the week
cos suprisingly minggu ni
aku takda monday blues
tapi kerana kerja yang kurang teratur
kerja2 yang messy kat office

tension plus stress
buat kerja dept lain
for the whole morning
at last tak sempat buat kerja sendiri
bila tengahari mula lah rushing2
ini nak cepat itu nak cepat
tapi tubuh badan dah flat
berjalan sana sini

mungkin sintom2 dah sunset industry
badan dah tak mampu nak aktif sangat dah
but yeaah... memang lately
kerja diluar kemampuan
penuh dengan perasaan protest
kerja dalam keterpaksaan
tah susah nak explain camna

masalah management peringkat branch
kurang smart mengatur percaturan
pemain2 peranan kat branch
yang rajin dan menurut
makin ditindas
sering disogokkan dengan amaran
tak commited tak performed

my manager mengamuk kat branch manager
dia backing us
we do our job until achieved the target
then kena bertungkus lumus tolong dept lain
cos diorang tak dpt achieved target yet
if sikit2 oklah memang lumrah kan
tapi if semua staff dia turun padang
dan dept sendiri terabai camne tu??

dahle dept yang ditolong tu
berbulan bulan ditolong
masih gak failed
with or without us tetap failed
so what the point kan

pokok pangkalnya
management under 2 ladies boss (mad dog)
yang membuatkan keadaan kucar kacir
if peoples don't like them
so sapa nak kerjasama
rasanya cermin diorang retak
tu ler tak dapat cermin sendiri

my boss ada strong reason tuk marah
dia tolong juga dept tu
tapi bila dah ditolong, timbul masalah kecil
dept tu taknak berusaha tolong langsung pun
semua nak main tai chi
apa tak my boss bengang

as i know dia jenis yang sangat cool
will help with all he can
very talented marketing manager
he bring a lot of business to the branch
cuma BM yang quite bais
asyik memenuhi permintaan lady boss
memang patut pun my boss mengamuk
siap he did throw some doc on boss table

biar office tau
all this while without his knwledge
tau2 je orang ambik pinjam staff dia
dia dibelakangkan

huh, k lah
nak membebel pasal office ni
sampai esok pun tak habis
baik aku tidur
good nite alls

zzzyy

Sunday, October 16, 2011

hari minggu......
bangun 7.30am
huh, memang dah takleh nak
lepak2 bangun lewat if weekend
ada budak tu awal sesangat bangun
then goleng sana sini
or tunjuk muka/act tension
nangis2 minta ambik
bawa pergi jalan

huh!!! boleh mengigau dibuatnya
berus gigi cuci muka pun belum
dah tu if nak kencing berak semua
dia start melalak
melalak dengan maximum volume tau
huh... bisa jantungan

pastu keluar rumah tengok kucing
bangun je terus yiaw yiaw
suruh tidur dengan kucing baru tau
huh... nak jadi ibu kejam :O

breakfast cum lunch dengan nasi goreng
masak sosej dan panas kan rebung rebus semalam
settle dah bab makan2
tak larat lah nak masak2 heavy
lagipun anak nak bergayut dengan aku sesaja
bangun je sikit trus dia teriak nangis
alahaiii...

cuaca yang mulanya panas
tetiba hujan lak around 11am
nasib tak jemur baju banyak
dan kebetulan yang tengah dimesin
belum sempat dijemur
kusss semangat
if tak, berkurangan tenaga
bekejaran angkut baju berebut dgn hujan

k dah,
nak relax dan baring2
menikmati cuaca yang lembab

zzzyy

Saturday, October 15, 2011

All about AVA

since last week mulut tepi ava camtu
dari kecil menjadi lah sebesar tu
ingatkan kena dek getah langsat
taruh krim tak juga sembuh2
malah siang semalam bertambah setompok kat dagu
errmmm... risau juga tapi
diakan memang selalu allergic
terutama kat muka



meskipun risau sebab tak sembuh2
masih gak pergi kampung
then bangun pagi tadi masa kat kampung
ada lak tumbuh kat mulut atas dia
tak boleh jadi ni
kena balik dan bawa ke klinik
balik ke clinic kulit
dibagi cream sapu je
tapi getting better by now

actually tu
tak mendatangkan apa2 masalah kat ava
dia cam biasa
takda demam takda gatal
cuma aku risau
sebab bertambah banyak

doctor kata takda pa2
mungkin infection sikit je
disapu cream ok lah tu nanti

dan petang tadi selamba gak bawa ava jejalan
pergi ke pantai esplanande



sekali lagi
pemandangan matahari terbenam
yang sangat2 cantik

dan kali ni bawa ava bermain air sekali
mula2 takut ketika ombak menghempas kaki
then lelama seronok lak
dari taknak basah terus suruh dia basah separuh badan
yang mandi tu belum dibenarkan
kang pedih mulut dia naya je
sangat seronok bermain dengan air



budak 11 bulan 15 hari
yang sangat seronok main air
berjalan pun dia dah lulus
cuma masih kurang tangkas
masih cam itik gembo2
terkedek kedek


zzzyy

Friday, October 14, 2011

Bajik


Bajik (mua)

=

Cantik (rupa)

=

Beautiful (face)

zzzyy

Thursday, October 13, 2011

since last 2 weeks
kerja cam orang buta
wonder why?
sebab this little department
orang yang jaga dah retired
so takda yang bakal menganti
lagipun Regional Manager (RM) cakap
dept tu consider not a job
which was some sort of sh*t!!!!
if not a job, sapa nak layan customer?
sapa nak buat paperwork, balancing semua?
Dia buat?? comfirm 150% dia tak reti!!!

last2 dept tu masuk dept kitaorang
mula2 agreement kita orang 3 berganti2
selang sebulan seorang
mestipun tak suka dan tak setuju tapi ya2 kan je
dah semua setuju, takkanlah aku tak setuju kan

then kan aku cuti 4 hari masa pergi kuching aritu
balik2 je perlembagaan dah bertukar
dept aku kan ada 3 orang
seorang relief CA yang dah berhenti
aku buat dept extra tu belah pagi
another girl from another dept buat belah petang

soo.. dipendekan cerita
pagi hanya seorang je buat at my original dept
aku and another kawan buat kerja kat dept orang
pelik tapi benar kan
kerja orang kita buat
kerja2 sendiri terbengkalai

dahler tu kerja main redah je
sebab takda proper hand over
kucar kacir dept tu dibuat kami
yalah dah ramai yang buat
asal customer dilayan
entry betul ok lah
yang lelain tu takyah fikir
bukan taknak bertanggungjawab
tapi takda masa nak bertanggungjawab

terkejar sana sini
tik tok tik tok je bunyi high heels
last2 hari ni aku guna selipar jepun!!!
sebab bunyi kasut
sungguh memualkan

soon or later
sure dept aku kena complain
sebab lambat
mana taknya sibuk tak tentu pasal
menguruskan dept lain
dept sendiri terbengkalai semua

ahh malas nak fikir
biar lah pa nak jadi jadilah
sapa suruh mgmt sengaja butakan mata
biar dept aku makin slow
dan yang extra dept tu makin kucar kacir
tak koserr nak bising2

zzzyy

Direct Selling

lately,
ramai kekawan yang ajak join
sesuatu yang seperti direct selling
or memang direct selling
tah lah, confius aku
memacam istilah diorang pakai
tapi bagi aku semuanya direct selling

yang memerlukan modal
tak kisah lah banyak atau tak
yang memerlukan mencari orang
untuk menjadi downline
if kau masuk pastu diorang tolong
kau tolong orang yang masuk under kau
begitulah seterusnya dan seterusnya

seriusly
apa2 jenis pun direct selling tu
sekarang aku tak berminat
totally tak berminat
membeli barang yang diorang jual tu
if sesuai ok lah
tapi tolong jangan suruh aku jadi member

last few weeks ago
ada seorang kawan tu dari marudi
out of nowhere call ajak jumpa
mulanya ingatkan just macam biasa
catching up and have a cup of tea
biasalah if kekawan datang dari outstation
aku selalu entertain mereka
bawa jejalan tengok miri

bila bagitau Ani
ani kata huh, tu sure
nak ajak kau joined some sort of direct selling
errkkk.............!!! takmau lah camtu
kebetulan hari yang sama
celebrate birthday SIL
aku bagi lah alasan aku busy memasak
memang betul pun aku busy
dia msg masih lagi mengesa
jumpa bak sejam dua pun ok
sms yang bagitau nak menolong sesama bangsa
bla bla bla bla....
ah sudah... aku dah start boring
malas dah nak reply sms
putus kawan pun putus lah
ada aku kisah??

well, no doubt memang ada yang berjaya
buat direct selling tu semua
sampai sanggup berhenti kerja yang dah stabil
demi tuk concentrate on selling
tapi bagi aku lah
sesuatu product tu
macam cendawan tumbuh lepas hujan
masa dia tengah laku memang elok pulangannya
masa dah ramai yang joined??

pernah joined sekali
first time aku concentrate
dan berjual bebenar
product propolis gold drop tu
memang product dia bagus
malah banyak yang berkesan
dah dapat pulangan lah a few hundred

tapi dah setahun kemudian
ciss!! celaka!!!!
adakah licence product tu tak renew
dan product tak dapat dikeluarkan
by the time banyak lak
product yang sama dipasaran
so...... terbengkalai begitu saja le

tu lah aku dah serik
orang yang memulakan sesuatu business ni
bukannya bertujuan dalam jangka masa panjang
setahun dua bila dia dah kaya raya'
business tu terbengkalai je
licence tak renew lah
product ada masalah lah
memacam lagi

takkanlah kita yang mengikut ni
nak melompat dari satu direct selling
ke satu direct selling
pelanggan pun susah nak percaya
mana tak nya
last month beriya2 introduce product tu
ni bulan ni introduce product lain lak
mana yang baik nie?
mana nak beli nie?
so bila dah confius,
baik takyah beli kan

satu lagi yang aku hairan
dan secara automatically tak menarik minat aku
bila seseorang ni ajak kau joined
bukan main lagi dia kata
yang orang ni dia buat amat berjaya
dapat kereta dapat duit 4 angka
bla bla bla bla..
if sebulan dua camtu ok lah
ni if dah bertahun2 dia joined masih gak camtu
what the point??
kenapa dia tak juga berjaya jaya???
camne nak percaya?
camne nak convience aku?
jenis yang camni
sering buat aku senyum manjang
kekadang if banyak masa
suka gak perhati cara dia bercakap
which banyak tin kosong pung
kuang! kuang! kuang!!

ok back to orang yang dia kata berjaya tu
camna ler tak berjaya oiii
mungkin tu salah seorang dari director company
yang korang semua2 joined tu
semua under downline dia
alahaiiiii.... malas dah nak tertipu lagi

memang ada lah yang berjaya
buat kerja direct selling ni
tapi bagi aku yang pemalas ni
a very big NO tuk sesapa yang nak introduce
baik takyah buang air liur membebel
aku takda wawasan langsung
dalam bidang direct selling ni

zzzyy

Wednesday, October 12, 2011

line berukben slow nak mampus
semua tak boleh buka
FB pun nyawa2 ikan je nak dibuka
asyik kena meloading je
boring, sangat2 boring

mungkin sebab seharian hujan
walaupun tak lebat
tapi cukup tuk membasahkan bumi Miri
malam pun elok je, sejuk.......

ni semalam pergi lah makan kat satu clubhouse tu
clubhouse tempat mat2 salleh lepak
sebenar piasau boat club tu adalah private club
tapi manager club tu adalah suami colleague
so boleh lah kitaorang masuk

dinner sempena meraikan perpisahan
tuk 2 orang colleagues yang transfer ke branch lain
tuk 1 yang retired
tuk secretary kita yang terpaksa berhenti
sebab mengikut suami bekerja di China

clubnya sangat selesa dan cantik
tepi pantai ditiup angin sempoi2 bahasa
kebetulan cuaca semalam elok
sempat tengok sunset yang amat indah



terpesona seketika
menikmati, menghayati bertapa indahnya ciptaan tuhan
permandangan matahari terbenam yang sungguh indah
hari ni bila diamati lagi
seumpama didalam lukisan



ni adalah antara pemandangan sekeliling club house
ada playground yang besar
tempat duduk2 sambil menikmati angin pantai
ada boat2, yatch kecil
decor yang sangat cantik, kayu2
dihiasi dengan downlight
yang menyemarakkan lagi suasana
ruang makan yang open air
sambil makan2 boleh menghidu bau air laut
tapi................

banyak sand fly!!!!!!
aduhaiiii sungguh seksa dimakannya
hingga sekarang sekeliling pergelangan kaki
masih gatal sesangat
yang bila digaru feels like heaven!!!
mungkin sebab jarang makan kaki orang asia kot
asyik makan tubuh mat salleh sesaja

pulang by 8.30pm
bos ajak stayback tapi malas
sebab tu ler sand fly yang banyak
dan kurang selesa sebab belum mandi
direct flight dari office!

zzzyy

Sunday, October 9, 2011

hari minggu

saturday nite marathon tengok wayang
lama dah tak tengok camni
memula tengok cerita nasi lemak 2.0
not bad unsur komedi yang menjadi
dan jalan cerita yang selamba tapi bermakna

then tengok fright night
main hentam je nak tengok tapi taktau cerita apa
bila dah tengok
rupa2nya cerita pontianak lelaki
ok lah juga
bisa buat jantung berdebar2

then tengok conan the barbarian
cam biasalah cerita camni
mesti cerita gaduh2 perang2
balas dendam sokmo
jalan cerita yang memang dah diduga
tapi aku suka tengok cerita camni
sebab lokasi biasanya cantik2
boleh buat angan2
kekunun nak melawat tempat tu
padahal ada segelintir lokasi tu
lokasi buatan

takda complain dari mak n bapak
yang jaga ava malam tadi
malah kata ava such a good girl
biasanya memang bapak selalu membebel
asyik tinggalkan anak berjalan sesaja
ni ava memang good girl
main dengan mainan dia
pastu bila cukup jam dia tidur

dan sebagai balasan aku tinggalkan ava semalam
hari ni aku dan ava ditinggalkan setengah hari
mak and bapak pergi berjalan dengan adik2 n SIL2

apa aku dan ava buat
2 jam dia tidur
aku kemas dapur masak memana yang perlu
bila time nak makan, dia bangun lak

pastu main bersama2
tengok tv, baca buku
bila nak start tidur tuk 2nd round
diorang datang lak
terus tak jadi

petang pergi esplanade
tapi tak boleh keluar dari kereta pun
sebab hari hujan renyai2
takkanlah nak bawa ava kan
so lepas mak beli makanan di gerai2
terus balik rumah
minggu ni ava takda pergi berjalan2
tunggu lah next week yaa...

zzzyy