Sunday, May 13, 2012

hari hari busy

weekend yang agak busy
kan aku khamis dan jumaat cuti
tambah 2 hari during weekend
jadinya 4 hari
ingatkan cuti2 ni relax
tapi lagi busy dari hari bekerja

jumaat, 
adik yang kat offshore about more than 3 mths balik
semua excited, sebab dia kan singgah seharian kat Dubai
so memacam lah pesanan penaja
dan bila dia balik semua excited nak tengok apa dia beli
which ending, dia takda beli apa sangat pun
sebab.... rambang mata tengok barang2
which agak mahal, tapi variety
beli iphone 4S tuk diri sendiri saja

aku dan SIL dapat perfume, macam biasa
pesanan tiap kali adik yang kerja jauh balik
adik sampai dalam 11.30 malam
so malam tu excited lah diorang bercerita
mak dan adik tidur kul 5 pagi
ava lak tidur kul 2 pagi
aku...emm awal sikit lah dari diorang

sabtunya pula, my favourite aktiviti
shopping!!!!!!
sebenar takda apa sangat pun
temankan SIL beli handphone
adik belikan handphone tuk adik yang sorang lagi
birthday present

aku dan lelain jejalan saja
makan kat KFC
shopping groceries
pampers dan susu ava
dan yang bestnya, adik sponsor!!!! :D
groceries tu aku paling suka...
aku ambik saja.. apa yang perlu saja lah
takda lah main ambik yang tak penting 
semua keperluan dapur
yang seronoknya, semua boleh dapat :)

malam nya makan kat tanjong lobang
sempena birthday adik dan motherday
aku makan sangat banyak!!!!



hanya ni saja gambar yang aku ada
tu pun aku ambik dari FB SIL
tak sempat tangkap gambar
busy makan cepat2
bertukar2 jaga ava yang dok nak bermain saja

oh ya... satu lagi yang menghappykan aku
aku dapat monitor PC!!!
lama dah rosak dan semalam adik n SIL belikan baru
sangat suka!!! 
aku ciom2 adik n SIL
dah lama aku tak on PC sendiri
dan officially ni n3 yang pertama
direct dari PC aku sejak monitor rosak 3 4 bulan yang lalu

sebenar dua tiga hari ni agak busy juga
sebab melawat atuk/mentua adik mak
yang sedang sakit tenat di rumah uncle
mostly persediaan dah ready
dah lebih 10 hari dia terlantar
tak makan tak minum

ni pun sekejap lagi nak pergi melawat
tunggu adik dan bangun tidur
dan sedia semua
lepas tu malam sikit
aku nak tengok wayang
layan minda sebelum kerja esok





zzzyy

No comments:

Post a Comment

tq, peace :)