Wednesday, April 30, 2014

berlaku kat office tadi

customer masuk and menunjuk ke atas

dia tanya pak guard

tingkat satu kat mana?  (jari menunjuk ke atas)

Ataslah!!

rasanya pak guard dah fed up
dengan soalan2 abuden
dah nama tingkat satu
of course lah kat tingkat atas
takkanlah kat bawah tanah


berlaku kat rumah

tah apa topic aku lupa dah
(dasar banyak makan semut)

cakap dengan bapa and mak

bapak kata kat mak

betul!!! cuba lihat
takda ler aku nak bohong

mak jawab selamba
siapalah cakap kau bohong

aku menyampuk

biasanya orang yang selalu bohong
selalu cakap bersungguh2 dia tak bohong
sedangkan kita tak kisah pun
dia bohong ke
dia tak bohong ke
lantaknya

macam orang kentut
belum orang lain sound
dia (yang kentut) dah berbunyi
ehh baunya bau kentut
sapa kentut hah??

dah sifat semulajadi camtu kan


k nak tidur
benci tul!!!
time kerja susah nak tidur
ni esok cuti 
awal lak mata nak tidur
arrhh!!!!



zzzyy


Monday, April 28, 2014

It's MONDAY!!!!












pic credit to google





zzzyy

Salah Bahasa


yang ni keratan dari sebuah akhbar

nak mengajar Bahasa Iban lah konon
tapi 
membuat ajaran sesat!!!

yang betul hanya 2


Buku = Bup

Meja=Mija

yang lelain

semua salah!!!!


Ini yang betul

Letakkan = Engkah

Buku = Bup

Itu= Nyin

Di atas = Bak atas

Meja = Mija

Makan = Makai

Letakkan buku itu diatas meja makan

Engkah bup nyin bak atas mija makai



zzzyy

Sunday, April 27, 2014

Hari Minggu Ku

pagi ni
bangun awal dari semalam
kul 9am
minggu ni relax mencukupi
after a hectic month/weeks
dah berminggu2
aku busy semingguan
dan minggu ni ok lah
dapat bangun lewat
rehatkan badan

cadangnya nak duk rumah je
sementara tunggu kul 3pm
ada gotong royong
tanam bunga kat sekolah Ava

tapi diberitahu
kedai kasut Lea's Shoes centre ada discount
lagipun dekat je dengan rumah aku
so pergi lah sana
sebab lama dah nak beli kasut sukan tuk ava

so since ada discount 50%
beli kasut adidas comel pink colour



















 

pic credit to google

ada ler aku suka nike hitam
so comel juga
tau apa ava kata??
|
|
|
|
|
|
|
|
mami...
tu shoes lelaki lah mami
ava sikmau (takmau)
hah!!
tengok kau budak sekarang
kecik2 dah reti membeza 

petangnya kul 3pm
aku mak & ava pergi skul dia
gotong royong tanam bunga
majlis bandaraya baru je bagi 100 btg bunga



















 

berpeluh aahh
lama tak cangkul mencangkul ni
a good exercise
kebetulan cuaca mendung
sangat sporting

















 

sekolahnya besar
sebuah rumah single storey detached
dengan compound yang amat besar
since tahun ni baru beroperasi
tu ler banyak barang kena buat
tuk menjadikannya kelihatan
memang akan sebuah tadika kanak2

so far ni gotong royong yang ke 2
tak ramai yang datang pun
cikgu 2 orang
ayah2 - 3 orang
ibu - 3
nenek - 1 (mak aku)
lagipun murid memang tak ramai pun
hanya 17 orang je



















antara hasilnya
spoilt sebab rumput masih panjang
asalnya suruh tukang potong 
potong rumput tu semalam
tapi dia tak dapat datang
tu yang rumput masih gemuk2 tercacak

















sudah kerja
of course kena isi minyak kan
makan bun dan meehoon goreng
berselera semua :)

pastu balik rumah
memang meroyanlah ava tu
dia takda tidur siang
taknak mandi
paksa juga dia mandi
sebab dah comot sangat bermain
nangis2 marah aku
pas reda dan pakai baju
kurang dari 10mins terus tidur

ingatkan tidur sampai pagi
tapi terbangun juga
terus nak makan coki2





















 

pic credit to google



kebetulan stok takda
and tengok jam
nasib baik baru kul 8.30pm
cepat2 pii kedai runcit beli
yang berdekatan dah tutup
terpaksa pergi yang depan airport
nasib masih buka

ni dia tengah main game kat tablet dia
tah kul berapa lah minah tu tidur nanti
yang pasti aku dah mengantuk ni
lenguh mencangkul tadi

k lah semua
nak tidur
esok confirm malas bangun keja


pic tadika credit kepada FB- Page Tadika Akasia









zzzyy

Friday, April 25, 2014

Nyikang

Nyikang

=

Melangkah

=

Step forward



zzzyy

Thursday, April 24, 2014

rasa nak update blog sesangat
tapi takda idea nak tulis tentang apa
so aku akan tulis random lah ni ek
tulis apa yang terfikir kat fikiran

















ni aku celok dari FB
hairan aku
kenapa dalam zaman serba modern ni
masih ada orang yang berfikiran begini
terhadap rakyat Sarawak
tak habis2

ni tempat aku sendiri
Miri  tempat pembangkang
tak pernah lak aku tengok 
orang berjalan guna cawat kat kedai2
yang terlanjang bulat adalah
tu orang gila

selasa lalu
aku lalu satu lorong kedai tu
tengok orang gila ni
tengah mandi manda
kat pili air yang  bocor
telanjang bulat. lelaki
kuss semangat
nasib baik dia membelakangi aku
kalau tak, tak pasal2
tengok 'kuku' orang tua free















ni pun celok kat FB

alahaiii 
teringin sangat nak buat status terkini lah ni
sampai tak dapat membezakan siapa & siapa
dahlah kurang mengenali orang yang nak diisukan
tau2 salah
ramai orang tengok
tah camne reaksi karam singh walia tengok ni

both kat atas tu aku dapat dari page raban dayak baru
or translate in english
New Generation of Dayak

kat sini
dapat tengok post2 
yang kebanyakan menghina dayak/sarawak/pribumi sarawak
some hot diperdebatkan
but most of the time
they take it easy
yalah dah pendapat idea seseorang kan
sesiapa pun tak boleh nak control
meskipun 80% of it
memang tak masuk akal
tak logic

bagi aku 
aku tengok je meskipun geram
i won't comment
takut salah pengunaan ayat
kang mengeruhkan keadaaan pula
i love peace, aku suka sarawak
pelbagai bangsa dan agama
and yet still bersatu

seorang kawan baru balik dari Turkey
dia chinese and dia kagum
salah satu tempat yang dia kunjungi ialah
satu bangunan satu bumbung
sebelah gereja
sebelah lak masjid
dia kagum
negera islam seperti Turkey
menitikberatkan islam
tapi tetap menghormati agama lain

 






zzzyy
 

Wednesday, April 23, 2014

Happy Birthday to Me..




happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday tooo meeeee............

yea! hari ni birthday aku
yang keberapa
eeh secret
yang pastinya hati masih muda :)

syukur alhamdulilah
kerna masih dilanjutkan usia dibumi tuhan ini

takda ler celebrate besar2an

kat office kawan2 throw a simple birthday party
memang dah aku duga pun
it;s our tradition
akan celebrate birthday each other
kebetulan bulan ni aku seorang je
so tadi masa tiup lilin
cam memalu kucing lak
eh janggal tau
biasanya aku yang selalu organised
ni orang organised tuk aku lak

anyway
thanks so much buat kawan2
yang bersusah payah uruskan
with a very delicious chocolate cheese homemade cake
yang amat2 sedap
sangat moist dan yang best nya
tak manis
tu yang semua sangat suka

balik kerja terus jejalan dengan adik
while waiting for SIL balik kerja kul 8
lepas tu adik belanja dinner kat dynasty hotel
huh!!
kenyang sesangat!!!
makannya cuma 2 orang
order pelbagai
lamb chop, hainan chicken rice, something cam beef curry
salmon soup with garlic bread, lasagna
fuhhh!!
thank so much adik n SIL
sayang another SIL tak ikut
kebetulan dia outstation
if tak
confirm more happening

dengan family lak
semalam dah makan2 kat rumah
simple je pun
just seronok kumpul sama2
beside 2 orang adik takda, offshore
and SIL yang outstation

and for present
adik belikan broadband digi
so ni aku online guna PC lah
lama tak guna pun
sebab takda broadband
kebetulan masa balik tadi
ava dah tidur
so senang sikit nak guna pc
takda orang menyibuk

oklah
tu je 
nak tidur
dah kul 12.07am
nite2

 zzzyy

Tuesday, April 22, 2014

Makanan Simple




 kadang2 boring taktau nak masak apa
ni antara menu simple 
yang menyelerakan lately




Cili padi tumis dengan belacan
Bapa punya specialty
campur dengan ikan bilis
lagi lah power!!!



Cencaluk!!!
Sekarang kan musim bubuk di Miri
so selain dari buat belacan
dia tuk buat cencaluk yang sedap
campur cili 
campur limau
slurrrpp!!!!



zzzyy


Sunday, April 20, 2014

Alhamdulilah
Sakit tekak dah berkurang
Sebab mkn ubat batuk selang 4 jam
Dah tu rehat panjang2

Ni so far duk rumah saje
Terbaring je
Skejap tido sekejap tak
Badan really need a rest
Tapi anak dah ajak pi bjln2
Tengok lah camne nanti
Masih panas terik ni

Baru dpt msg dr colleague tadi
Suruh datang office kul 4
Ada system testing
Nasib floor aku tak involved
Hanya grd floor je
Esok cfrm kucar kacir office
Kan sekarang tengah renovation
Penuh dengan debu2
Tu lah salah satu dr penyebab aku sakit
Eye infection dek debu

Nak pakai mask tp tak tahan
Sesak bernafas
So redah je le keadaan camtu
If tak tahan, MC





zzzyy

Saturday, April 19, 2014

sakit

Arrgghh!!!
Sakit tekak yang teramat sangat
Ni kali ke 2 aku alami

Sakitnya
Nak telan airliur pun
Terpaksa pejam2 mata
Gara2 batuk berkahak
Yang susah nak keluar
Tambah lagi
Lately kurang rehat

Minggu ni
So far 2 hari berturut2 dah berjalan
Even panas n sakit sikit
Tu bukan penghalang
Tetap terjah
Almaklum test try drive pandoo
Sudah semestinya excited
N kesudahannya
Ni aku rasa flat sangat dah

Mata sakit
Berair n menjadi taik mata
Tekak rasa cam disiat2
Sangat sakit menelan
Dahtu nak batuk sesaja
Rasanya
Lepas mandi aku nak tidur terus
Hopely wake up pagi esok
Tekak dah tak sakit






zzzyy

Friday, April 18, 2014

Ngarap ka nuan gerai jampat

Ngarap ka nuan gerai jampat

=

Semoga cepat sembuh

=

Get well soon


zzzyy

Thursday, April 17, 2014

Honey Dew Juice = Jus Tembikai + Susu

Peristiwa  a few weeks ago
masa aku pergi kursus hari tu
lambat nak update
sebab tak dapat upload picha

so hari ni pii rumah adik
dapat upload pic

pergi makan dengan kawan
order kat minah tu
tah dia local or dari seberang, Indonesia

tengok menu

emmm... honey dew juice

ok
order honey dew juice
minah tu cam tak dengar

so aku translate lah
jus tembikai susu

sekali datang



pehal honey dew ni pink??
meh rasa
sekali sedut...... confius
pa rasa ni ek
yang pasti bukan honey dew juice
sedut lagi.......
menghayati........
cuba2 amati rasa kat lidah
tangkap pic closer look



confirm memang pink
walaupun cahaya lampu kat tempat tu samar2
sah!!!
confirm!!!
kawan kata
tu tembikai lah
dia campur dengan susu!!!

honey dew juice
versi bahasa melayu
jus tembikai susu

bila order
kedengarannya

JUS TEMBIKAI + SUSU!!!!!


hoh!!! 
first time aku minum
dan
diumumkan

TAK SEDAP!!!!!!!!





Wednesday, April 16, 2014

Kekasih GelapKu







My blackie 07-10-2007 to 14-04-2014





My Pando 14-04-2014 to ........



*gambar celok dari google.






zzzyy

Tuesday, April 15, 2014

FB games

Tengok SIL post kat fb




















Hahahaa!!!
Teringat masa ava belum ada
Aku memang peminat tegar
Games kat FB
Antaranya:-

Mafia war













Bangun pagi cepat2 bersiap
Pastu ngadap pc main game ni
Yalah dh masa tidur tak main
So berlambak lah 'life' dia
So main before turun kerja
Habiskan life
Nanti, petang balik kerja
Life dah banyak lagi

World cafe















Pun mesti main pagi
So masak lah memana masakan
Yang akan masak masa aku balik nanti
Selalunya plilih yang 8 jam keatas


Farm Ville












Juga melekakan
Betcucuk tanam
Pelihara binatang

Tentang neighbour tak perlu risau
Aku ada lebih dari 1700 kawan fb
Yang di add semata-mata tuk games
Ramai tak pernah bersapa pun
Tapi bila main games reti lak bersatu
Saling membantu

And alkisah yang aku nak cerita sebenarnya
Alu pernah terlalu leka main game
Hingga lupa masakan di dapar
Periuk hangus sampai bocor!
Nasib tak terbakar





zzzyy







Monday, April 14, 2014

Perpisahan

7 oct 2007
Aku berkenalan dengan dia
Sejak itu
Susah senang
Riang gembira
Kami saling bersama

Dia amat memahami
Banyak menolong aku
Pernah sekali je
Berpisah agak lama
Dalam seminggu gitu
Itu pun sebab dia masuk hospital
Pas sembuh kami tetap terus bersama

Dia amat berjasa
Umpama badang
Gagah perkasa
Kuat! Gigih berkhidmat


Tapi........




Hari ini
14 april 2014
Pagi tadi
Buat kali terakhir
Kami bersama
Kami ucap selamat tinggal
Walaupun sebak tetap aku tabahkan hati
Harapan hari-hari mendatang
Kami bahagia dengan pasangan masing2


Selamat jalan
Selamat berpisah
Blackie'
Selamat tinggal QML7187....





zzzyy

Sunday, April 13, 2014

Seharian
Temankan makcik bidah
Yang kebetulan datang melawat miri

Dimulai dengan mengisi 'minyak'
Aku pekena mee kolok special
Kwn makan laksa
Dengan 3 jenis dimsum
Kenyang!

Pastu meronda2 miri
Dari shopping mall
Ke shopping mall lain
N for the first time
Pii tengok mini movie 6D
Fuh!!!
Naik mual aku
Terutama yang roller coaster tu
Rasa cam betul2 naik roller coaster
Kejang tali perut!!!

Pastu tengok office petronas & shell
Tengok sekolah rendah & menengah
Tempat aku belajar dulu
Semua kat pekan kecil called Lutong
Tengok golf course
Car drive

Then isi minyak lagi
Pekena cendol
Rojak buah, sotong tauhu
Fuhhh!!! Segar rasanya

Lepas tu
Ingat nak nyanyi karaoke
Yg kat amusement park
$1 per song
Sekali tengok dah tutup lak tpt tu

Last2 tengok wayang
captain america 2
Sambung dengan Rio 2
Diakhiri dengan makan nasi lelapan
Car drive sekejap
Then hantar kawan balik otel
Aku heading home
Jam dah kul 10pm+++

Datang kat rmh
Disambut senyum lebar ava
Peluk cium semua
Then baca kan dia buku cerita
Mampu baca 1 1/2 buku je
Dia dok ternguap2
Suruh tidur angguk je
Ambik pepet n pua(selimut)
Tengok tv sambil dipeluk
Tak lama pastu tidur
Then baru aku dapat mandi
By that time dah dekat pukul 12
And here i am
12.34am

Nite2






zzzyy



Friday, April 11, 2014

Ngasi

Ngasi

1. Ubat nyak ngasi amat bak aku

2. Anak ke ngasi ke jako apai indai


=


1. Berkesan

Ubat itu sangat berkesan kepada saya

2. Mendengar kata

Seorang anak yang mendengar kata
Ibubapa

=

Effective

1. That medicine was so effective.

2. He listened to his parent advice.







zzzyy

Sunday, April 6, 2014

Cirit Birit

Semalaman jumaat
Aku cirit birit
Betis pun kram
Akibatnya
Sabtu
badan rasa cam dipijak gajah
Seharian terlantar
Mkn nasi kosong n soup saja
Yalah if tak mkn lagi sakit
Badan lemah n mengigil
Kepala berdenyut2

Tambah ler ava
Asyik nak tidur bawah ketiak
Sesekali minta peluk
Ni sekarang pun sama
Kepala bawah ketiak
Nak share selimut kita juga
Makin sempit tempat
Makin suka lah dia
Dah tu kena timbun bear2 atas kepala
Sebab mana nak biar
Aircond tertumpu kat kepala dia

Ni dah rasa ok
So nanti bolehlah
Sambung projek yang harus dibuat semalam
Tapi tertunda
Cari kain tuk buat baju sekolah ava
Yang sekolah buat
Mak aiiii besarnya!
Baju kurung je boleh buat jubah
Size S tapi memang besar sangat kat ava
Cikgu pun tak boleh buat apa2
So aku cadangkan buat sendiri tanpa logo
Cikgu kata ok je
Sebab belum ada kes camni
Lagipun branch tadika tu baru buka
Soo lantak je le





zzzzyy

Friday, April 4, 2014

Enda Ninga Jako

Enda ninga jako

=

Tak mendengar nasihat

=

Don't listen to advices




zzzyy

Thursday, April 3, 2014

Jumpa kawan lama

This afternoon
Meeting an.old bestfriend
Ex-colleague
4 5 years ago
Since last jumpa dia

Masa tu anak2 dia kecil lagi
Sekarang dua2 dah teenager
Umur 12 & 11
Tinggi lampai cam ayah
Yang kecil dah primary 1
Dia lak expecting new family member this june

Tak perasaan
Bila jumpa baru sedar
How i miss her so much
Masa peluk dia susah nak tahan airmata

Dulu masa muda2
Masa kerja bersama
Sering buat apa saja sama2
Sabtu kan masa tu masih kerja
Pas kerja pi makan kfc
Pastu pi tengok wayang ramai2
Kerja OT sama2
Buat nakal pun sama2

Ada satu time tu bulan puasa
Dia muslim so of course puasa kan
Tapi kebetulan dia tak puasa/uzur
Kita pi bazaar ramadhan
Then makan dalam kereta
Kereta parking betul2 depan majlis islam!
Hah! Kena tangkap baru tau!!

Banyak ah kenangan dengan dia
Antaranya 1st time aku makan telur angsa
Dia rebus dulu then masak kicap
Besar & keras ah telur tu
Pi beraya kat rumah dia
Bertempiaran lari
Kena kejar ngan angsa bapa dia

Pas kahwin
Dia ikut suami pi kerja kat riyadh
Hinggalah sekarang ni
Ni dia balik pun
Nak uruskan visa
Buat ic anak dia
Nasib baik sempat jumpa
Malam tadi aku balik dari kl
Kebetulan hari ni cuti
Tu le yang sempat jumpa
Esok dia dah balik kpg suami dia

Sebelum balik tadi
Dia bagi angpau kat Ava
Such a big amount!
Aku taktau nak kata apa
Selain terima kasih
Dan doakan kesejahteraan dia
Semoga tabah hadapi apa jua dugaan

Dalam kereta berlinangan terus airmata
Ingat tika susah senang kami dulu
Syukur sekarang dia bahagia
Dan seperti aku
Tetap menghargai persahabatan kami dulu
Sekarang aku masih rindu dia
2 jam berjumpa memang tak mencukupi
Banyak perkara yang kami nak kongsi bersama
Tapi apa boleh buat
Masa tak mengizinkan
Suatu hari nanti
Pasti kami banyak masa untuk bercerita lagi




zzzyy