Tuesday, December 29, 2009

Since morning, darah2 dalam badan terasa gatal2 semacam. If dilayan digaru memang seronok lah sesangat dan akibatnya pasti merah berbekas2. Mungkin effect dari kedatangan monthly bestfriend, so aku try tuk minum air suam banyak2 sampai by the time lunch, perut masih kenyang. Kembung kerana air! Breakfast tadi hanya 2 biji telur mata lembu dan teh O. Lunch dengan pau ayam dan kopi C.

Most of the time walau hanya keluar masa lunch pasti naik rimas dengan jammed dan orang ramai sekeliling. Area office ni memang jem memanjang lebih2 lagi bila musim perayaan. Tempat yang sangat strategic tuk beli barang2 keperluan. Banyak kedai runcit, market ikan, market sayur, banyak tempat makan, tempat beli barang kemas, beli kain baju, money changer, teksi station dan macam2 lagi lah.





Jalan raya pada siang hari memang tak pernah lengang. Dan 2 kali sebulan, ujung bulan dan tengah bulan, area ni pasti penuh dengan warga indon. Sebab mostly disini lah station mereka membeli belah. Terasa di negara seberang lah pulak. Aku paling worry if parking depan kedai sebab worry kereta terscratch. Bukan sengaja tapi bila diorang tu bawa barang takda nak tengok samada kereta yang parking tu kena or not, main terjah je. Kekadang telinga kereta pun boleh patah. Tu yang aku kalau boleh memang nak parking tepi2 office je.

Aha, ni walaupun agak basi dah tapi nak share gak. Masa visiting pergi rumah parent Matt masa xmas aku jumpa dengan cik comel2 ni.







Sebenar masa visiting hari tu, memang jumpa banyak kucing yang comel2 tapi tak sempat nak snap2 sebab hari ujan. Geram tengok tau. Yang kat rumah parent matt ni aku rasa nak curi je bawa balik. Nak pelihara kucing?? Takmo!! Takmo!! Taknak cam Mr Cegalo. Meninggal dan wat sedih sesangat. Taknak menghadapi perasaan tu lagi. Biarlah tengok dan meminati je tanpa memiliki.

Oh ya kan aritu aku dan adik2 convoy tengok wayang. Sesambil tu sempat gak buat menghancurkan aksi pelakon kat poster2 yang tersergam berdiri.







Hahaha!!! Bravo Bros! Bravo!!



And today, i just get my new 'eyes'. Tiap tahun pasti tukar. Ni aku tukar last minit. Hampir tak ingat, nasib tengok kawan hantar claim. Huh!! aku belum buat spek lagi ler tahun ni!! Next day cepat2 pergi kedai spek terus tempah satu. Hmm... tatau pa fesyen hah, so aku selamba je lah minat amoi dan lenlui kat kedai introduce kan fesyen terkini. Banyak yang try last2 beli yang ni. Yang lelain tu hampir sama dengan my previous spek yang style dia masih in.

K, got to go. Time to sleep. So U Think U Can Dance pun dah abis. Frust tengok Will, my favourite dancer keluar! Isskk!!! Issk!!! Don't forget, baca doa sebelum tidur..........


zzzyy-Sorry ek, n3 aku ceritanya lompat2

Monday, December 28, 2009

3 MOVIES

Hari ni aku menghabiskan 1 day last leave for the year of 2009! Takda pergi mana2, hanya duk di rumah. Makan, main games FB dan tidur. Sangat seronok!!! Takyah nak fikir tentang benda2 urgent tu semua. Tapi esok kena masuk office balik :( how i wish i still got a lot of leave. Tapi takpa, kerja hanya 3 hari je pastu cuti lagi kan. Best kerja bulan ni, 3 minggu berturut2 cuti on Friday plus weekend jadi lah 3 hari.

Semalam sebenar ada plan nak pergi visiting lagi dengan cousin2 tapi aku dilanda sakit kemalasan so tak pergi ler hanya duk rumah enjoy the rainy day. 3 hari since xmas hari ujan sesaja. Memang tak best nak keluar rumah but luckyly my visiting mood this year berkobar2 so ujan pun ujan lah, hentam saja lah labu....

Tapi semalam takda keluar siang, aku dan adik2 keluar makan malam dan terus pergi tengok wayang. Banyak show bagus2 sekarang ni. The lastest filem aku tengok ialah New Moon. Aku memang minat sangat dengan series ni. Suka tengok hero dan heroes dia yang cool.





New Moon ni, hero dia tak banyak sangat keluar compare to bestfriend dia Jacob. Slowly aku terminat dengan Jacob terutama after dia gunting rambut dia. Fuhh!!!! Handsome!!!!!!!!!! Aku suka!! Aku suka!!! If ler hero (lupa nama, tah camna leh lupa hah???? Isskk!!! isskk!!) ada alasan tuk tidak bersama Bella, memang aku nak Jacob bersama Bella tu. Issk!! Confius! Confius!! Cam nak suruh puan tu ber bf dua lak. hehehehe :) Hoh!!! ikut director lerrr



Kat Twilight, Jacob tak berapa menyerlah sebab dia belum jadi wolf. New Moon dia lebih banyak beraksi. Tapi aku suka, walaupun hero jarang bersama Bella, kita boleh menyelami perasaan cinta antara mereka berdua walaupun tak digambarkan dengan action. Sangat touching bila mereka tak dapat bersama dan terpaksa menipu tuk keselamatan memasing.



Aha! Semalam tengok chipmunks. Cait ada girlfriend ya mereka. Sangat comel terutama part gf tu menari. Lenggok lentok fuhh!!!!! comel sesangat! Dan seperti biasa, Alvin masih jadi troubles maker. Sesuai sangat ditonton sekeluarga. Family message yang nak disampaikan senang tuk difahami.



The heroes!



The heroin!

Lepas tengok chipmunks, tengok pulak Avatar. Fuhh!!! This movie really worth to watch. Sangat2 menghiburkan, mengkagumkan dan 2 jam 40mins seperti tak cukup tuk tengok. The scenery of the movie sangat2 canggih dan mengalpakan. Hutan2 yang glow in the dark dengan warna2 berkilauan yang sangat cantik. Huh! tak dapat digambarkan dengan kata2, if nak tengok keindahan alam yang digambarkan, sila lah tengok Avatar.



Hero dan heroin Avatar.

Sekian ulasan filem tuk hari ini. Terima kasih!

zzzyy

Sunday, December 27, 2009

XMAS VISITING

Semalam 2nd day xmas. Takda ler pergi visiting giler2 macam 1st day xmas. Pergi 2 rumah uncle. Mula2 pergi rumah yang berdekatan dengan my house sebab nak antar adik pergi airport. Takda le nak jejauh kan so sementara flight 8pm pergi lah visiting dulu.

By 6.45pm dah kat airport. Tapi bila adik nak check in, errkk!!!! Sepatutnya naik flight yang 6pm tadi!!!! Office bagi wrong information. Emel cakap 8pm tapi sebenarnya 6pm. Alahaii.. Guess mesti orang kat office adik tu confuse between pukul 18.00pm dengan 8.00pm. So terpaksa lah tunggu next schedule mungkin will get the info after office buka esok.

So apa lah since tak jadi pergi kita orang pergi lah terus ke rumah uncle yang about 20km from airport. Pergi ramai2! Sampai kat sana dah ramai cousin mousen yang datang. Langkah kanan terus menuju meja makan lepas tu baru lepak2 kat luar rumah. Antara pichas.....















Bila dah jumpa reramai memang memacam ragam. Almaklum lah jarang dapat berkumpul reramai camni. During hari biasa, memasing busy dengan kerja sendiri, bila buat gathering camni baru dapat jumpa.



Yang ni kat uncle yang 1st di visit. Family photo. Actually banyak picha lagi tapi belum upload dalam PC aku. Ni aku ambik dari FB adik.

There will be some more gathering have been planned for the new year cuma belum confirm nak buat apa. And wish all the best for this ended 2009! Semoga apa yang dilakukan akan merapatkan silaturahim, murah rezeki, sihat walafiat dan bahagia semua sentiasa.....

zzzyy

FACEBOOK GAMES

Happy Holiday alls!!! Sure ramai yang masih bercuti kan. So how is your christmas?? This year i do a lot of visiting. Well post about it in my next n3.

Today n3 will be talking about my favourite games in FB. Guess sure ramai yang main game kat FB kan. Aku dengan tak malunya declare that i've addicted to FB games. Antara games yang menjadi favourite aku:-



Sudah semestinya Mafia Wars!! Sekarang dah level 385 dengan 2941 mafia. Lately aku dah makin jarang menambah mafia, afterall hanya yang 500 teratas digunakan pun. Mostly kawan FB aku adalah kawan2 dari Mafia. Yang ni aku tak boleh kalah dengan Adat and Roy, my bros. So far aku masih jauh meninggalkan mereka berdua.



Ni pulak cafe world aku. Hari2 masak kan sini walaupun hakikatnya kat rumah dapur tak berasap langsung. Ni pun kena terus maju dan naik level dan tak boleh kalah dengan adik2 dan SIL2. So far, aku masih leading :)



Masa Xmas day aku bagi lah chef ni guna baju santa, secara drastik buzz rating (Indek kedatangan pelanggan) aku menurun dari max 105 ke 28!!! Since tu je amendment yang aku buat, cepat2 tukar baju ke baju yang ke 2 tu. Baru naik balik. Main cafe ni satu yang tak best nya, kadang2 kau deco lah cantik2 tapi rating masih menurun, tah pa sebab. Aku nah ambik masa berhari2 guess pa kehal rating aku menurun. Ingatkan server lagging. Ciss!! lagging ke menda, dia tak suka deco aku sebab tak smooth tuk pelayan dan pelanggan keluar masuk meja. Tak suka tempat yang too crowded.





Ni farm town aku. Dah besar dah sampai aku dah tatau nak buat or beli apa dah. Mostly perhiasan, pokok, binatang adalah gift dari kekawan hingga buat sangat crowded. Nak jual sayang gak, orang beri takkan lah nak jual teruskan. At least guna lah dalam satu jangka masa tertentu. Cam sekarang ni xmas, banyak deco dari snow, presents dan pokok pain yang di terima. Tu lah yang farm cantik semacam ada snow putih berselang dengan kehijauan. Paling mencabar aku buat kat FT ni ialah air terjun nya. Setengah hari aku buat! Masa tu baru belajar tektik2, tu yang slow. Tapi sekarang if suruh buat lagi, aku dah konfius, bukan lupa tapi tak ingat :)





Ni lak Farm Ville aku. Ni pun crowded. Banyak binatang dan pokok2 which was from gift too. Lately aku start jual sikit2 sebab dah takda space nak simpan dah. Ni pun since skrg xmas season so memang banyaklah deco xmas. Xmas tree tu mencapai 100/100 present which aku buka masa xmas, banyak rare item dapat tapi banyak gak yang kena jual sebab takda tempat nak simpan pun ataupun item yang berulang2.



Aha!!! kat FV pun aku ada pelihara 4 ekor kucing tau. Comel!!!!! Itam belang dan kelabu belang2, dikelilingi pink roses!





Yang ni pulak Countrylife. Mula2 tak ingin aku nak masuk sebab dah banyak sangat games main. Tak larat nak uruskan tapi since tetiap hari banyak pulak gift kekawan antar guna game ni. So aku cuba lah masuk, hmm... since loading tak selama yoville or restaurant city, aku start lah main. Lagipun grafiknya cantik2. Tengok tu, rabbit tengah senyum tengok camera. Comel kan??? So far level belum tinggi sebab main ala kadar je.

Sebenar ada lagi game2 yang aku main tapi sekarang dah jarang main dah. Tak larat lagipun if Restaurant City dan YoVille, slow sangat nak loading dan buat PC lagging. Pirate of Carribean pun ada main tapi dah jarang masuk. Begitu gak dengan Senority life. Kat Fishville ikan aku selalu mati, sangat jarang masuk. Tak koser sebab mula2 tengok, eh aquarium dia kecik lah. Tak best pelihara ikan ni. So tinggal camtu je.

Tu lah yang aku buat masa kat rumah, online main game sesaja. Berjam2 pun tak habis. Ni ngah main games sambil terima gift. Gift beratus2 tetiap hari. Banyak yang di ignore banyak gak yang di accept terutama gift dari Mafia, FT, FV and cafe.


zzzyy

Friday, December 25, 2009

Semalam buat BBQ celebrate birthday mak. Actually birthday dia ialah esok tapi since esok malam adik nak pergi Dubai so kena ler celebrate awal. So semalam aku adalah sangat kelam kabut. Kerja di office banyak, persediaan tuk BBQ belum sedia apa2. The nite before sempat beli 2 ekor itik dan sayur je. Nak beli chicken wings tapi dah takda lagi.

Dari office aku instruct adik buat semua perkara. Luckyly by the time aku reached home 6.15pm semua dah settle. Bersungguh2 mereka berdua buat arahan. Thank you bro!!!



Ni yang terima arahan dan list2 perlu di buat dari sms.



Yang rambut belang merah tu driver dan juga tukang perlaksana. Banyak buat persediaan prepare sayur.



Ni birthday lady dan tukang masak sayur <-- tu dia expert.
Menu sayur ialah pumpkin dan labu air.





Para pemeriah suasana. Adik2, cousin dan auntie.
Seronok bila berkumpul ramai2.



Yang baju hijau tu, SIL tukang masak itik. Resepi khas mami dia.
Tiap kali mami datang sini mesti masak itik berempah yang sedap!!



Itik berempah yang sedap!!! Iskk, terliur ingat. Nak lagi! Nak lagi!!
Esok aku try masak. Ada seekor lagi dah beli.





This is birthday cake. Ani yang tukang beli sebab dia cuti. If aku yang pergi after office sure tak dapat sebab mostly cake2 kat bakery licin!!!! Christmas eve memang susah nak dapat unless book awal2. Aku lak lupa tentang tu lagipun minggu ni memang busy sesangat. Takda masa berambu ramba langsung!!





Birthday lady!!! Abis je nyanyi, cousin yang baju belang dah belasah tiup lilin. Hahahaaa!!!!!! Dia pulak yang terover excited.



Ketika memanggang beef ni kat belakang rumah, ramai penjahat (stray cat) memerhati. Yang lelain turut dipanggang ialah wings dan some masuk oven gak.

K lah, nak pergi visiting rumah2 saudara mara ni. Merry Christmas all and happy holiday!!!

zzzyy