Wednesday, February 29, 2012

wah hari ni 29hb
hanya akan menjelma lagi
after 4 tahun nanti

hari yang seperti hari2 biasa
bangun tidur lepas kemas mandi semua
turun kerja
seharian busy sana sini
then balik rumah

bawa ava jejalan
orang ni if dia boring kat rumah
she intend to easily get bored dan marah2
dah lah garang
macam ibu ayam!!!!
tambah lagi favourite dia adalah ayam

seriously ava really suka makan ayam
if kau bawa dia makan kat kedai
kau bagi dia ayam gerenti senyap dan terus makan
tadi aku bagi daging n ayam kat pinggan dia
selamba je dia ambik daging dan buang

sikap buruk dia
suka buang makanan or barang bila taknak lagi
of selepas dia guna
terus lempar begitu saja
memalam sering kecoh
dia hilang petpet (soother)
tau2 terpelanting dilemparnya
harus tekankan kat dia tak baik bersikap begitu

oh oh dah kul 11.54 rupanya
nak tidur awal dari biasa ah
rasa cam flat semacam je badan ni
goodnite semua


zzzyy

Tuesday, February 28, 2012

kan dah kata
nak fikir tentang monday pun malas
monday yang busy
kaki jadi tangan
tangan jadi kaki

dah lah dalam perjalanan kerja
3 buah kereta rosak
dan yang paling bahaya
yang rosak kat kaki bukit
tetiba je semua emergency break
yalah dah kereta tu berenti
kat tempat after corner
hanya kelihatan bila dah dekat
nasib pagi ni semua driver berhati2
if ada yang gegila confirm accident

datang office lak kawan kata
kereta dia cam kena demam malaria
sendu senda je nak berjalan
engine bergegar, taknak laju
dah cek engine takda lak apa2
suspected minyak yang dia beli
last friday ada bercampur air

dah mula ragu2 dengan station shell
yang terletak dalam perjalanan pulang tu
lately selalu je diorang tutup
then yang kawan ni
last friday dia beli kat shell ni full tank
sabtu tak berjalan
ahad dia berjalan dah mula deman kereta dia
hari ni lebih teruk
aku advise pergi workshop cek minyak dia
if betul ada air, mesti complain
bukan apa, ada satu station shell kat sini gak
dihentikan operasi sebab didapati minyak bercampur air
most probably diorang sengaja
tu ler kalau berniaga nak menipu penguna
lambat laun pasti keluar gak taik tu

k lah
nak tidur
goodnite

zzzyy

Sunday, February 26, 2012

bercelaru otak bila fikir esok kerja
dah dua hari bangun lewat pagi
meskipun ava tetap menganggu
sekarang tengah fikir,
can i turn back to saturday again?
in another thought
harap masa cepat berlalu
so boleh lah terima gaji lagi
hahahaa!!!
dasar pemalas kan
kerja malas tapi nak gaji sesaja :)

lately letih sesangat dengan office politic
memacam berlaku
perasaan menyampah sana sini
ada sekumpulan manusia tu
asyik mengharapkan bantuan orang sesaja
asalnya kita hanya menolong sekali sekala
then dah cam jadi kebiasaan lak
tanpa tolongan kita, diorang tak boleh kerja
very bad management...

kerja kita terbengkalai tiap kali tolong diorang
yang tu diorang tak kira
yang diorang kira, masalah diorang saja
very irratating!! benci! menyampah!
diorang yang tak buat kerja
menyalahkan orang lain lak
sangat bosan dengan alasan diorang
semakin lama diorang camtu
semakin gugur kewibawaan mereka
semakin jatuh...

zzzyy
hujan! hujan! hujan!!
hujan lebat baru melanda
sangat best if layan tidur
tapi mata belum mengantuk
tengah seronok tengok ulangan 'On Air'
tapi astro buat hal lak, takda service!!
cissshh!!!!
service teruk tapi if minta payment
bukan main nak cepat
lepas je due date shari dua terus kena potong

abang kawan kena kes camtu
dia kan duduk kawasan pendalaman
kebetulan ada astro
so malas lah dia pergi town duk tetiap bulan bayar bil
dia dump lah 1k kat dalam account tu
tapi masih gak kena potong
?????? sadiskan
dah elok orang bayar upfront
tak faham aku
takkanlah bayar upfront pun kena habaq diorang
pepandai lah diorang cek account customer tu kan

semalam kan plan nak pergi balik kampung
tapi tak jadi
sampai menangis2 mak merajuk
mulanya aku tau lah dia marah sebab tak jadi
setengah rela aku ajak gak pergi
kemas barang2 ava
then mak kata bapak tak suruh
first time kata camtu, aku berdegil nak pergi gak
then second time mak kata bapak tak suruh gak
so tak jadi lah kita

kan ada ular masuk rumah semalam tu
mana ah tau orang tetua kan
kot2 ada pertanda tak elok ke apa ke
tu yang bapak tak suruh
then tengok mak baring sembunyi muka teresak2
isshh biar betul
ni nangis merajuk ke nangis kesal tengok ular tadi?
tahh.. tak koser gak aku nak layan

sebenar, the issue camni
mak memang lama sering nak balik kampung
last balik masa xmas aritu
seriously lama
tapi masalah sekarang kan musim hujan
bila hujan jalan raya kampung memang confirm tak elok
aku malas nak bawa blackie
tak pasal2 ada terkoyak rabak badan dia

lagipun if balik kampung
nak guna $
$ petrol $ tuk beli kudap-kudapan
paling2 koman pun pasti terbang $100
dah lah aku tengah dalam keadaan ekonomi meleset
$100 tuk spend sehari semalam
adalah tidak worth okay
if kat sini beli makanan masuk fridge $100
boleh tahan jugak banyaknya
boleh makan seminggu
tu ler pasal kekadang aku malas nak balik kampung

lagipun if balik kampung gereti kereta kotor
dan aku malas nak cuci serta malas nak hantar cuci
sebab dah letih malas nak menunggu
tapi tak suka kerja dengan kereta kotor

dah orang2 tua ni mana fikir tu semua
yang diorang tau selamat sampai kat kampung
pastu ada lah orang datang ziarah
kan dah nama jarang balik kampung
pasti ramai kekawan ziarah
and yang ziarah tu takkanlah ziarah kosong kan
sudah semestinya kena bagi minum lah kan
tu lah yang mesti sediakan kudap-kudapan

ni aku faham lah mak rindu kampung
tu ler aku cuti next week
balik kampung lama lah sikit
dah kata kat dia berkali2 tunggu aku cuti
baru kita balik

bukan tak faham perasaan orang tua ni
bukan sengaja buat camtu
ni jalan raya rosak cam takda kerajaan
dari aku kecik sampai hampir 40 tahun ni
masih begitu jugak jalannya
hari tu PM ada datang
kata nak repair jalan tu
sampai sekarang pun tak gak repair2
tunggu election kot baru nak repair
tah lah.. tak suka aku mainan politik ni

zzzyy

Saturday, February 25, 2012

pristiwa baru berlaku sebentar tadi

bagitau kat mak
rasa malas lah nak balik kampung
so dia cam merajuk lak
membebel sambil basuh pinggan mangkuk

5 mins pastu dengar dia teriak2
mula2 tak jelas then makin jelas
aku yang tengah baring tengok tv
menjenguk lah dia
rupa2nya ada ular masuk dari bawah pintu

tu yang dia ular!! ular!! ular!!
pastu marah ular tu tak suruh masuk
jangan! jangan! jangan masuk!!

kelam kabut sekejap
then ular tu keluar balik dari bawah pintu tu

tiba2 dapat idea nak kenakan mak
tanya dia
apa mak buat sebelum ular tu masuk tadi?
mak membebel kan??

terus aku gelak besar2!!
tu ler membebel je
ular pun boring dengar
tu ler yang dia tayang diri tu

hahahhaaaaaaa!!!!

zzzyy
mak kata esok dia merempit dengan bapak
merempit pulang hari balik kampung
aku kata why not nanti kita pergi sama
kebetulan memang lama tak balik kampung

bukan apa
jalanraya balik kampung
adalah sangat tak elok
musim hujan, berlubang2 tanah lembut
bila lalu confirm dada kereta akan mengesot

sebenar malas je rasa nak balik
tapi kesian mak
dia rindu kampung, kawan2 kat kampung
kan mak ni kaknam so
lama lah dia dah tak bergossip sakan
asyik ngadap cerita indo je kat rumah

eehh tu pun sesekali dia bergossip gak
dengan kakak tua dia yang sering calling2
eemm malas nak masuk campur

k lah, simple update
aku takda idea ni
happy weekend semua!

zzzyy

Friday, February 24, 2012

gara2 selalu tengok
money drop 1 milion
selalu fikir
kalau lah aku dapat satu juta tu
camna nak spend ya??

buat seketika
tentu bercelaru kepala otak ya
excited banyak duit
tapi tak pasti pa nak buat

if aku lah ada satu juta........

bayar hutang rumah, kereta
serta apa2 saja utang yang ada
renovate dan repair rumah
rasanya if nak beli baru tak cukup
sebab pasti rumah idaman aku mahal
sebab market value landed property kat Miri
adalah sangat2 mahal

even teres bertingkat je ada yang setengah juta
camna nak beli rumah idaman aku kan

rumah idaman aku
rumah berdinding kaca
terletak kat pinggir bukit tepi pantai
kat sini ada rumah tu cuma mostly private property
bukan housing estate

bila kau taknak furniture
ianya boleh disembunyikan sebalik dinding
main tekan suis je

ok balik kepada perkara nak buat dengan sejuta tu
belanja kekawan sudah semestinya
dan time ni
makan banyak mana pun gerenti tak gemuk
sebab banyak duit tuk beli apa saja keadah
yang digunakan tuk kuruskan badan

aku akan masih berkerja
saja tuk belanja seharian
sejuta tu bukan banyak mana pun
bagi cost living yang semakin meningkat sekarang ni

lepas tu aku akan pergi melancong
shopping, makan, shopping

dan 2 tahun kemudina
sejuta tu berkemungkinan dah abis.............

zzzyy

Manchal

Manchal

=

Nakal

=

Naughty

zzzyy

Thursday, February 23, 2012

Top 10 Most Beautiful Korean Women 2011






Lee Da Hae



Jun Ji Hyun



Boa Kwon



Grace Park



Kim Tae Hee



Honey Lee



Chae Rim



Lee Hyori



Song Hye Kyo

and my favourite are:--





Choi Ji Woo

and............




Jang Nara



zzzyy

Wednesday, February 22, 2012

uhh... letih!! letih!! letih!!
letih dengar briefing
petang semalam briefing
pagi sebelum kerja tadi briefing
petang selepas kerja pun briefing
huhh... kerja tuk briefing

dan hakikatnya
satu hapak pun takda yang masuk otak
malah semua jadi bercampur aduk
dan buat aku confuse
nasib baik tu semua tak penting...
just tuk pengetahuan am je

if tuk exam
confirm 201% aku failed
ngadap tukang cakap pun masih tak faham
dah sunset ni, susah nak memahami
lain lah if apa yg dia cakap tu
menarik minat
mesti dapat process masuk kepala otak kan

ok.. malas bcakap tentang kerja
ni kisah anak dara aku lak

sudahlah sangat naughty sekarang ni
semalam mak nak pengsan kekesalan
dia nak terjun upside down dari sofa
nasib mak sempat tangkap paha
if tak sure accident
kepala landing dulu kat lantai



since 2 malam dia dok bangun kul 2 3 pagi
lepas nangis tengok baby tv
mana larat if tetiap malam camtu
agak mungkin kurang raun2 kot
tu lah semalam ajak dia makan ayam sugarbun
(favourite makanan dia, ayam)
sambil jejalan kat shopping mall

lepas tu lepak kat tempat kerja SIL
aunty kat dia bagi sebungkus cheezel
mami gendut bagi sekotak popcorn
duduk leka makan
masa nak seluk kropok dia
dia berderum cam kucing menahan makanan
aduhaiii anak sapa lah tu

yang keropok ni memang jarang aku bagi
last sekali makan pun a few month ago
which buat aku terkejut
selamba je dia makan twisties kari
takda rasa pedas langsung
oklah tu nanti dah besar sikit
takda problem nak makan makanan pedas

and lately masakan aku semua tak bercili
memula janggal gak rasa
tapi demi dia, kena gak biasakan
dan sekarang dah ok
if nak makan gak pun buat sambal cili sendiri
yang tu if kau kata pedas memang dia tak minta

k lah nak masak
tapi dah hari2 masak
sering buntu taktau nak masak apa
bukan takda makanan dlm aisbox
tapi selalu rasa nak masak kelainan
which at the end tak juga masak2
sebab letih dah kerja seharian
tambah lagi malas

zzzyy



lagu yang sentiasa menusuk ke kalbu
dulu dan sekarang
aku tetap mengilai cerita 'Winter Sonata"
aku ada CD lagu dan cerita
tapi errkk... taktau mana aku letak

soundtrack nya semua menyentuh kalbu
if tak reti pa makna tapi tetap menyentuh kalbu


zzzyy

Tuesday, February 21, 2012

monday again
dalam keadaan tak cukup tidur
(tidur kul 2am bangun 7am)
terpaksa gagahkan diri bangun juga
bersiap sedia tuk kerja

semalam ava meragam
tu yang tak cukup tidur
dia nangis dan taknak tidur
tapi dia taknak dengan aku
kawan dengan mak
tu pun kekadang merajuk juga
rasanya perut dia kembung
sebab seharian ada gak cirit birit 4 5 kali

malam ni harap nya dia nyenyak
tadi dia tidur lewat, about 11pm
sebab lewat petang dia dah tidur

such an active girl
tengok youtube dengan aku
pastu aku ngantuk dia masih segar
baringkan dia kat tilam
tapi masih segar lak matanya
minta buka peti sejuk
makan anggur

lepas makan dia main sendiri
ada kala nyanyi sambil berjalan2
so cute
hampir je dengan aku
pasti kena cium
eehh geramm!!!

kerja lak
monday memang selalu tak best
busy
tambah lagi monday blues
eemm.. tak boleh tertekan sikit
terus blood go upstair

k dah 12.33pm
aku nak tidur...
papaii

zzzyy

Sunday, February 19, 2012



tetiba feeling nak layan lagu anuar zain
yang begitu menusuk kalbu
dia tak pernah kecewakan aku
sejak lagu kain pelikat dulu lagi

aku tak kisah pa orang nak kata tentang dia
bagi aku anuar memang seorang yang berbakat besar
2 3 orang je penyanyi lelaki malaysia ni setanding dia

ni lagi seorang penyanyi yang aku minati
hazami, another suara yang mendayu2
again orang kutuk camna pun aku tetap minat



yeah tak kisah lah if nak kata aku jiwang
tapi lagu diorang ni baik rancak or slow
aku tetap minat, tetap menusuk ke kalbu aku

jum layan....

zzzyy

Saturday, February 18, 2012

good morning
n3 laju2 ni
selagi ava tak menganggu
selagi tu masih boleh ngetop

bangun lewat about 9+++ gitu
tu pun kerana ava
if tidak, sudah semestinya aku masih bergulung

lepas lepak2 tengok bbtv
bagi dia makan
tapi lately selera makan dia tak menentu
mungkin dah boring makan bubur kot
tapi memang ada gak disuapkan nasi
memula dia taknak
then suruh dia suapkan sendiri
memang belum pandai
pegang sudu pun tak betul
tapi bagi je asal dalam sudu tu
ada nasi so gembira lah dia suapkan sendiri
taktau jadi tipah tertipu :)




ni dia budak dah start nakal
1 yrs 3 months lil Ava
dah suka jadi pengacau
semua orang buat dia nak buat gak
a few days ago dia accident
bermain di jalan raya
terjatuh dek batu batan kecil
lebam muka injured siku dan lutut
hidung tercakar skit
tak pasti kerna accident tu or
kena cakar dek anak kucing

tak dpt naip lagi ni
dia dh duduk atas riba dlm process nak menaip gak ni

zzzyy

Friday, February 17, 2012

Bergerah

Bergerah

=

Pengumuman

=

Announcement

zzzyy

Wednesday, February 15, 2012

tengok balik n3 tentang top 10
most handsome korean men tu
terfikir aku
camna ek if diorang ni tak guna make up
tak guna photoshop
rasa2nya handsome juga ke?

if memang handsome lah
pa diorang makan hoh?
pa secret nya?
baka memang baik punya ke?
kenapa if kita jumpa in real life
orang2 dari korea takda pun handsome mana
ek.. sibuk je aku ya :p

ingat organ/piano yang aku beli tuk ava?
hah... benda tu bukan ava yang suka main
tapi mak, bapak even SIL pun suka
semalam mereka lak yang excited main
aku suka gak tapi takda chance sangat
tiap kali nak main, ava pun sibuk nak main sama
yang geramnya
orang lain main takda lak dia sibuk
hanya if aku, so dia pun nak juga
alahaaiii...

....sekarang season seronok tengok money drop
yang bestnya bila berkumpul tengok
disamping sama2 try meneka
yang paling hebat ialah...
mengutuk para peserta
ada2 je yang tak kena
lembab lah
gigi terlalu banyak lah
ada2 je tak kena
ni aku tengah imagine pun senyum seseorang
apa2 lah kan

.................................................................................
(break for supper)

im back!!!
akaidai...
tersangat lah kenyang
tadi dinner makan kat dave deli
3 orang 4 termasuk ava
makan ayam setengah ekor
satu lasagna, satu sherperd pai
tersangat kenyang, bloated!

plan awalnya nak makan ketam
then cancel
nak pergi dave deli
then cancel lagi
nak pergi kenny roger's yang baru buka
sekali tengok ramai orang que
malas ler nak ikut

lepak parkson
beli gaun n baju tidur tuk ava
(baju banyak dah mengecil)

then back to original plan
pergi makan kat dave deli
takda customer pun
masa kita datang,
we 're the only customer
then sehingga balik
adalah menambah 2 couple
wonder how they survive
if hari2 camtu, takda customer

sebelum balik
tapau ketam goreng telur masin sekilo
ni dah makan, nyesal beli hanya sekilo
rasa cam tak cukup lak
tadi taknak beli banyak
sebab worry takda yang makan
sayang if masuk peti sejuk
sebab bila dah camtu, memang jarang nak habis pun
mana lah tau berselera lak
now perut kembali bloated

zzzyy

Korean's Top 10 Most Handsome Men 2011



1. Won Bin



2. Kang Dong Won



3. Hyun Bin



4. Jo In Sung



5. Gong Yoo



6. Go Soo



7. So Ji Sub



8. Nichkhun



9. Song Joong Ki



10. Jung Woo Sung

But my favourite





Bae Yoon Joon

zzzyy

Monday, February 13, 2012

Happy Valentine's Day



selamat menyambut hari kekasih semua
semoga berbahagia disamping orang2 tersayang
hari ini, esok dan selamanya :)

seharusnya bukan hanya mengingati orang tersayang
pada hari valentine ni saja ek
hari2 harus ingat
hari2 harus sayang

bagi aku hari ni biasa saja
sama seperti hari2 yang lain nya
kasih dan sayang harus tersemat setiap hari
isnin ke ahad
january ke december
selama lamanya




yang ni valentine's day present tuk dear ava
dibeli petang isnin
malam ahad dan mengintai2
tapi belum decide nak beli
tak pasti nak beli kan anak patung or organ
tapi tadi tengok leka je di bermain
tapi bila dah beli tak sempat main lagi
dia tidur
tapi semua dah pasang
esok dia bangun boleh main terus

k lah semua
tu dia dah berbunyi
tengah ditenangkan oleh mak
good nite ek

zzzyy