Saturday, September 29, 2012

baru dah tidurkan ava
if dia tak tidur
confirm tak boleh nak pegang computer
tiap kali on pc 
confirm akan ada sesi gaduh mengaduhi
kau nak tekan keyboard
dia lebih lagi nak tekan
most of the time
tau2 pc off

dah lama tak buat n3
aku tetiba blur lak
takda idea nak tulis tentang apa

aktiviti lately takda yang penting
kerja dan kerja
if kat rumah of weekend
makan dan makan dan makan

ni kat rumah SIL
melawat Timmy since tengahari tadi

oklah weh
happy weekend semua





zzzyy

Friday, September 21, 2012

Ambai Lalai

ambai lalai

=

kekasih gelap

=

Secret lover





zzzyy

Thursday, September 20, 2012

pagi dah ready tuk kerja
breakfast kat rumah
since semalam dah sediakan bekal
sebab dah janji dengan kawan
nak bawa bekal dan lunch sama2

buka gate
then bila nak start kereta
blackie tercekik!!!
takmo start!!!
try lagi dan lagi dan lagi
masih taknak hidup
kekadang keluar bunyi hon dia

eemm.. bateri abis??
hopely lah bateri
yang tu ok skit
jangan je engine rosak
last week ada gak tercekik sikit2
check kat workshop
diorang kata bateri ok
eemm..

first thing
call Ani nak minta bawa pergi kerja
dia dah breakfast pun kat pasar
call another kawan yang dekat rumah
tak berjawab
malas nak fikir banyak
call bos tapi tak berjawab
sms je dia bagitau EL
tak lama pastu dia reply, noted

dah bateri bertukar
dengan  berdebar2 start kereta
bismillahirahmannirrahim
engine hidup!!! yes!! yes!!!
rasa nak cium2 blackie
nasib hanya bateri
if engine...
mampus!
dahlah next month birthday dia
nak duit, ni lak duit lagi

lepas tu aku terus plan pergi melawat Tim
call another SIL, ingatkan dia cuti
dia kata kerja
eehh tak bestnya 
sebelum pergi rumah SIL
stop kat supermarket
bila baru je nak balik
SIL called minta ambik
sooo... project on dengan lancar
and here im 
kat rumah SIL
sambil baring2 makan2 relax2


Tuesday, September 18, 2012

friday hari tu
masa balik kerja 
masuk kereta
pintu masih terbuka 
sebab kan seharian dah parking
so kena panaskan engine
tanggalkan sunsheild

sebuah kereta tunggu nak masuk parking space aku
fine oklah
tapi tunggulah aku dah setelkan semua kan
dia horned
aku baru tutup pintu
tak tutup pintu cos
to show the next driver
that i wasn't ready yet to take off
sunsheild belum abis dibuka pun
dia horned lagi
huh!!! darah naik!
tak sabar betul lah driver ni
semua dah ready 
tapi aku tak jalan pun
lantaklah sapa suruh horned

aku selalu geramlah dengan driver2 ni
terutamanya if nak keluar dari simpang
bukan main rushing 
tak sempat nak tunggu kita melintas
then slow je depan kita
buat susah kita je brek berabisan
yang sakit hati lagi
tengok belakang takda pun kereta lain
kenapa mesti nak depan aku!!??
kenapa?? kenapa??
lama sangat ke tunggu aku melintas???

then guna lorong laju
drive sambil makan angin
pandang kiri kanan, merokok
tak sedar belakang kereta dah bertali arus
nak guna lorong sebelah
memang dah ada yang drive slow
tu oklah memang guna lorong yang betul pun
tapi ni drive slow guna lorong laju
why??!! why?!! why?!!

satu lagi
guna lorong laju
sekejap2 brek sekejap2 brek
tak confident drive laju
abis tu kenapa nak guna lorong tu juga??
why??!! why??!!!

if kita guna lorong slow
tetiba memotong dengan laju
then cukup2 je terus masuk depan
sebab nak masuk simpang
kau kena tekan brek sampai berbunyi
kenapa?? kenapa??
tak rancang ke sebelum masuk 
sebelum drive
tak rancang ke jalan mana nak lalu
supaya ikut haluan yang betul
why??!! why??!! why??!!!

im not a good driver
but most of the time 
aku cuba tuk ikut peraturan
sebab taknak menyusahkan orang lain
takda kereta di belakang pun
if nak masuk simpang
aku tetap bagi signal light
takda susahnya pun
takda mahal pun
just tuk keselamatan

even takda orang
if traffic light merah
harus berhenti juga

so far aku accident 3 kali
bukan kerana salah aku
sekali masa parking
orang reverse terus hentam pintu depan aku
kedua masa jalan lurus
orang dari tepi terus hentam pintu passenger juga
ketiga nak mengelak kereta self accident
aku terbabas 
terus hentam kereta yang dah pun self accident
tu pun kerana tuk mengelak kereta yang satu lagi tu
kuss semangat..
harapnya lepas ni dijauhilah

kat jalan raya
kau jalan berhati hati
ikut peraturan
tapi orang lain tak
kena juga kita
so if dah nak jadi tu
camna careful pun kita
jadi juga





zzzyy

Monday, September 17, 2012

pada 4 sept 2012 yang lalu
kami sekeluarga mengalu-alukan
kedatangan keluargan baru
my nephew, lil Tim Perseus

anak kepada adik yang no. 3
dilahirkan secara perbedahan
around 5pm dengan berat 3.30kg







dearest Tim yang comel
welcome to world sayang
bila besar nanti
semoga menjadi orang yang berjaya, berguna
amin..


bersama kakak nunup
yang sering nak cium Tim
yang sering isap pipit Tim
yang sering cemburu akan Tim





zzzyy

Sunday, September 16, 2012

seawal 8am hari ahad
aku dah turun dari rumah
misi ke rumah adik yang tak jauh
then membawa dia ke airport
juga tak jauh dari rumah
malah lebih dekat dari rumah adik
tuk ke rumah adik
aku melepasi airport
so journey yang dekat2 saja

adik balik offshore
flight yang jauh, ke Dubai
kali ni dia guna airasia
yang buat darah dia meletup2
tak pasal2 perempuan iran yang booked
kena bakar free
apa taknya
book flight dengan beg 20kg saja
apa yang kau dapat bawa?
spender dan berus gigi je
bag tu saja dah almost 10kg
orang ni kerja jauh harus bawa banyak gak bekalan

tambah lagi isteri kawan dia suruh bawa bag kawan dia
yang sekarang ni kat offshore nun
berat bag adik 24kg
kawan dia 16kg
kena bayar extra RM700!!!! 
so bag tu ditinggalkan
tak dapat nak dibawa
malah bag adik terpaksa dikosongkan 4kg
airasia makin tak convenience
kekadang tak murah mana pun
if mula2 dulu mungkin
sekarang dah no no

cek in guna kiosk
then kena que gak tuk cek in bag
so double job
dalam 5 orang kena tunggu about half hour
ssshhhhh*t!!!!
sangat2 tak reasonable

after hantar adik 
aku balik rumah dia lagi
hantar bag kawan dia
dan barang2 dia yang ditinggalkan
cium timmy puas2 juga :p
then baru ke pasar 
misi kedua, mencuci blackie
alang2 dah di pasar
teruskan misi ke 3
mencari screen proctector phone

semalam tengok kat parkson
biasa je RM49.90
yang bling2 RM39.90
dia kata bagus punya
boleh guna lama
eeh tak koser
amat mahal
tadi beli RM10 je pun
elok tak elok if boleh guna setahun dah ok
mana ah tau next few months aku kaya
beli phone baru :)

sekarang adik dah ke offshore
part of kerja dia uruskan keluarga
will be take over by me
SIL belum dapat drive
tak biasalah
all this while pun sama
just kali ni ada timmy
ada mainan baru yang men'excited'kan





zzzyy

Saturday, September 15, 2012

bingung dengan pc aku ni
guna chrome tak boleh nak  buat n3
so guna mozilla boleh buat
mozilla pula tak boleh buka youtube
chrome boleh

tadinya aku buat lah n3 yang ada youtube
as usual buka guna mozilla
gelabah tengok kotak hitam je
ingatkan aku salah paste
then buat sekali lagi
masih sama
tak puas hati aku buka guna chrome
eh ada pun video favourite ava tu
ooohh baru sedar
kan mozilla tak boleh buka youtube
tu pasal lah takda youtube
alahaaiii.. 
buat bingung sendiri saja

mungkin sebab over kenyang kot
makan nasi beriani ayam daging madu
dasar tamak!
lepas tu rasa nak berjalan pun tak larat
terlalu kenyang

lepak ke parkson
lega sebab tak jammed masuk parking
biasanya bersusun2 kereta nak masuk
minggu ni Miri lengang je
sebab mostly orang2 government pergi Bintulu
Bintulu kan pusat menyambut Malaysia Day
lepak sana about 3 hours
masuk je kereta nak balik
kurang dari 5 minits ava terus tidur
dah over masa tidur dia pun
sekarang pun masih tidur
kejap lagi aku pun nak tidur

oklah ah
petang karang nak pergi rumah adik
makan2 simple kat sana
esok adik pergi offshore
2 3 bulan kemudian baru balik
kesian timmy kena tinggal





zzzyy
Morning!!
mari mulakan hari kita
dengan exercise bersama music kegemaran ava
aiyookk!! 










zzzyy

Friday, September 14, 2012

Sepiak

Sepiak

=

Bersebelahan

=

Next To




zzzyy

Tuesday, September 11, 2012

yelooo :)
semangat sikit nak update hari ni
ada picha yang nak dikongsikan bersama
ada yang dah basi
ada yang baru

meh menjamu mata


















durian!! durian!!!
tadi bapak bawa 2 biji durian besar dari kampung
sebiji adalah sangat sedap dan sedap dan sedap
dan sebiji pula mengecewakan
belum masak doohh...
tapi puas lah
yang sebiji tuk cukup besar 
tuk memuaskan nafsu setakat ini















dan balik2 je kerja tadi
mak dah masak sedap2
ayam kari lemak campur cili hijau
yummy!!!
langkah kanan
aku dan SIL terus dinner
tak perlu nak berpeluh2 masak cam biasa
suka!! suka!! suka!!


















Ini dinner malam sabtu
ikan perahan stim yang sangat sedap
suka!! suka!! suka!!
puas hati setelah akhirnya berjaya gak makan ikan stim

sebenar ada kisah bila sebut tentang ikan stim ni
hari tu tah malam apa
aku cadanglah nak makan ikan stim
pergilah kat tanjung lobang
tempat makan tepi pantai
nak order ikan
so aku pergilah pilih

aku: ni ikan berapa sekilo?
waitress: dia tak guna kilo
aku: ohh... abis tu dia guna apa?
(dapat hati fikir gak mungkin kira per ekor)
waitress: tu dia guna timbang
(tunjuk kat alat penimbang)
lerrr..... tu timbang dalam ukuran kilo lah
nak pecah pala fikir! hahahaaa :)














ini juga favourite
sotong sambal
piung! piung! recommended














sayur campur
yang ni mak suka
aku tak suka sebab tak sedap
rasanya if aku masak lagi sedap
bagi banyak kulat, pedas sikit
fuhh! heaven!


















yang ni satu kemestian
if makan kat seahorse tanpa pekena ni
memang tak sah
half dozen fried chicken wings
sayap tu dia potong kecil2
then di goreng
pasti ada secret ingredient
yang dia guna tuk marinate
tu ler sedap dari if buat sendiri kat rumah


















aha!!!
yang ni menu terbaru menjadi favourite
homemade wantan soup
aku  buat sendiri
daging ayam dicincang 
campur garam, aji no moto, lada
pastu gulung dengan kulit wantan
masak air bersama bawang goreng
bila mendidih masuk wantan
campur sayur hijau
yummy!!
aku suka campur telur juga
so soup dia adalah pekat 














ok... pencuci mata kita hari ini
diakhiri dengan satay
dari 3 jenis, ayam & kambing & daging
and as usual
sate never let me down :p





zzzyy

Monday, September 10, 2012

monday...
mood memang malas
tapi suprisingly
pagi tadi aku sampai office awal dari biasa
bukan apa
kebetulan bangun awal dari alarm
so terus bangun
takut kang if tidur balik
nanti susah nak bangun lagi
risau tabiat dua hari cuti berjangkit

kerja pun tak busy
banyak kan relax dari  bekerja
tambah memasing memang layan monday blues
dan big bos pun takda
so bila kucing takda
tikus pun berjogetan

k just simple update
takda idea ni
sebab kebetulan
tengah tengok tv juga
nite2





zzzyy

Saturday, September 8, 2012

happy weekend!

bangun tidur kul 9am exactly
tu pun ava yang bangunkan
dia tu bangun je terus tengok kartun
then terus mulut ngap ngap ngap
pagi tadi aku buka mata
tengok muka dia disaluti cokelet
dia tengah makan m&m

then mandi semua
by 10 dah ready tuk keluar
hantar tv yang rosak
cadangnya tuk kegunaa ava
tuk dia tengok dvd
if tak mahal dibaikilah
if mahal, baik beli baru

pas hantar tv cadang nak pergi permymall
jauh gak perjalanan tu
dalam 10 km tambah traffic jam
(sekarang dah tak teruk since jalan
ada dua lane sebelah menyebelah)
tapi sebelum pergi nak stop bakery
beli buns
then bila nak start kereta balik
first start taknak
second pusing kunci pun taknak
oh oh oh...
could be the battery flat
third pun taknak
cadangnya nak cari battery kereta
so keluar lah dari kereta
tapi sebelum tutup pintu start lagi
ehh hidup lah

so cepat2 pergi bengkel
check battery, ok pun
cuma a bit loose lah wayar dia
ketatkan, pam tyres too
selamat duit!
then aku fikir lah
could it be
sebab masa keluar dari kereta ke bakery tadi
aku cadang taknak tutup dvd yang tengah menyanyi
tapi tak boleh kunci lak kereta if tak tutup
so tutup juga
then bila nak start balik tu
agak segan nak hidup
could it be sebab tu??
tahlah
janganlah ada penyakit lain sudah

then pergi bengkel aircond kereta pula
sebab aircond lately tak sejuk sangat
or lama pickup tuk sejuk
check2 semua
again aircond belum abis pun
mungkin dalam dia kotor n sumbat
if nak buka semua ambik masa at least 4 jam
oohh tidak!!!!
ava dah nak tidur tu
lain kali je lah
reload aircond, ganti cover tyre
selesai!!

meneruskan misi ke permymall
tak boleh bantal sebab dah berniat
(pada hal memang hati gatal nak berjalan pun)
datang kat sana
first thing buat
hantar ava main buaian
main kereta
then makan

and salah satu niat aku ke sana
nak makan mee kolok kat satu gerai tu
hari tu aku pergi masa puasa
so tengok ava je lah makan
sedap sesangat
hari ni makan mee kolok tu juga
tapi mengecewakan

mee kolok special
tanya campur apa?
dia kata ada ikan
ok RM6 instead of biasa RM3.50
sekali datang mee kolok biasa
aik kan order mee kolok special
dia ambik fish fillet kerat 3 4 hiris
letak kat plate, sudah!

and another order nasi ayam roasted
ok fine nasi ok ayam pun okay
tapi bila minta cili, takda!
hoh!!! makan nasi ayam tanpa cili
memang takda ummpphh lah
begitu juga mee kolok tu
takda cili rasa bukan mee kolok
so keseluruhannya
tak worth aku datang jauh2 tuk makan mee kolok tu
sangat mengecewakan

balik dari permymall terus direct ke rumah
ava pun dah longlai tidur
reached home about 2.20pm
relax sekejap 
then joined ava tidur hingga 4.30pm!
bangun tidur terus makan buns
begitu juga ava
takda salam takda semua
ngap ngap makan

sekejap lagi pas mandi semua
nak pergi melawat Tim, my nephew
papaiii..





zzzyy






Friday, September 7, 2012

Pedis

Pedis

=

Sakit

=

Painful





zzzyy

Thursday, September 6, 2012

busy busy busy
balik rumah then keluar balik
sejak 3 hari yang lalu
begini lah jadual aku

SIL pagi 4hb sakit perut
nak melahirkan
pergi hospital kul 4.30am
then by 5.07pm 4 aug 2012
aku mendapat seorang nephew
seberat 3.30kg!!
Tim Perseus nama diberi
lahir dari ceaserian
tak dapat normal birth
sebab dia agak melintang sikit

then tadi aku  pergi shopping sikit2 tuk Tim
baju semua dah banyak
cuma perlu cari pepet dia
pepet yang mami dia beli adalah besar
cari yang kecik 
tah ok kot yang aku beli tadi
esok baru bagi dia

kerja lak 
tak busy
banyak mengular dari kerja
sshshhhhh!!! jangan info bos aku tau
tadi aku dan bestfriend download game
game My little farm kat phone
addicted main
sebab nak challenge 
sapa yang dapat buat farm besar terlebih dahulu

lepas main masa lunch
then kena kerja kan
so colleague tu pergi floor aku
dah besar ke farm kau dia tanya
aduhhh!!! aku tengah sakit hati ni hah
sakit hati sebab teringin sangat main
addicted! addicted!
dah sampai rumah banyak kerja lak
ni lepas update blog ni aku nak main sungguh2

next monday nak compare sapa farm lebih besar
sebab esok colleague tu cuti
dia kata nak main puas2 masa anak sekolah
eehh aku kerja lak
tak boleh bagi chance dia buat lebih besar
nak menang juga!!!
hahahaa!!!
sot kan!

k nak main game
nite2





zzzyy