Friday, October 29, 2010

dah kat KLIA
flight 8.40pm ke Miri
abis kelas 4.30pm and
by 5.15pm dah kat airport pun
dah booked teksi masa
sampai aritu
senang, tak payah nak
sibuk calling3 teksi

lagipun if awal booked camni
teksi cepat sampai
tak payah kita yang tunggu
driver tu yang tunggu
sangat seronok kan
sebab aku benci menunggu

sampai airport terus check in
tak larat lah nak heret bag cikai
aku tu ke sana ke sini
aritu masa pergi
zip poket dia rosak masa
masukkan slipar jepun
nasib tak terburai dalam cargo

ni tadi sampai je kat airport
aku sandang, tali putus!
cisss!! ciss!! dasar bag murah RM16.90!!!!
ni balik nanti aku buang dalam tong sampah trus!!!!
aritu emergency beli
nak bawa bag yang kat rumah
adalah sangat besar
tak sesuai tuk business trip 3 malam

kat hostel memang tak sah
if takda cerita hantu
lelebih lagi hostel kita tu
memang ada penghuni2 comel

dulu kat lower ground,
ada one of the room, keras....
2 colleagues lelaki check in
pastu seorang keluar
seorang lagi tu tidur
dengar cam orang mandi
tgh-tgh seorang tu tidur
dengar orang mandi shower
tak kisah sebab ingatkan
kawan yang berjalan tu mandi
then bila kawan tu balik bilik
another tu cam hah.............????
sapa yang mandi tadi ek????
tengok bilik mandi
basah, memang cam lepas orang mandi
eemmm.......

then ada gak yang perempuan
kena check in di bilik tu
takda lak kena kacau
so kiranya
penghuni ni memilih ek
suka orang lelaki :)

ada kat 2nd floor lak
kena ketuk dengan couple tua
cam trying to buka tombol pintu
tapi colleagues yang dalam tu
tak buka pintu
jenguk dari lupa tengok ada couple tua
cam...
aikk camna orang luar masuk kan
tanya ngan security guard
tengok CCTV memang takda orang pun
hantu yang tak canggih
tak boleh go thru wall

ada lak yang kena
masa tidur, roomate berjalan
dengar pintu buka
then kedengaran suara budak-budak
cakap ada orang
then dia tutup pintu balik...
hmmm....

dan course mate pun kena
first day check in
pintu asyik terbuka
dia tutup benda tu tarik lak
quite a few times happen
then dia kata lah jangan kacau
dia letih dan nak tidur
terus lampu blackout!!!!!
if aku yang kena????
tah camna ah...
syukur bilik aku takda yang
pelik-pelik berlaku

opss!!! dah 7.25pm
nak masuk boarding room
back home...
family ngah relax-relax BBQ
kat mini resort
yang tak jauh dari rumah
sampai nanti aku nak joined

zzzyy
lunch break 2 hrs
sangat suka if course on friday
masa course sikit je
disamping break 2 jam,
balik pun sejam awal dari biasa
and the good thing is
hari ni last day course
boleh balik miri
yes!! yes!!!

dah rindu ngan my own bed
tidur kat sini buat aku makin sakit
flu sampai suara pun dah nak
bertukar jadi jantan
bantalnya lembut sesangat
kau lipat dua pun masih
takda feel nak tidur

roomate aku masih excited
berkumpul di bilik kawan dia
budak baru 5 bulan keja
first time datang course sini
sudah tentu lah excited kan
dulu aku pun camtu
asal kena hantar je course
mesti suka sebab dapat shopping
dalam kelas seawal after abis lunch
dah plan mana nak pergi malamnya
kumpul group then jalan reramai

sekarang dah takda camtu lagi
lebih suka lepak relax duk bilik
if pergi berjalan sure kena belanja banyak
disamping tu, dah biasa pergi KL
takda pa sangat nak dibeli
lagipun apa yang ada kat kl
mostly ada kat miri

breakfast atau dinner atau lunch
if dulu mesti berteman
cari click janji itu ini
sekarang, takda kawan pun
tetap maintain makan seseorang
selamba je lah
bukan mencuri pun kan

well, usia dan masa merubah segala kan
dulu masa muda-muda
lebih takut, tak berdikari
buat itu ini nak berteman saja
sekarang dah lebih memahami kehidupan
tak seharusnya kena sentiasa
bergantung pada orang lain
esok lusa mati pun sendiri juga kan

zzzyy

Thursday, October 28, 2010

2nd day course
mak aiii
start je course pagi tadi
terus mengantuk tahap maksima
rasa cam digam kelopak mata
lepas lunch lagi lah mengantuk
dah buat assignment yang mengexcitedkan
baru lah segar
tu pun nasib baik reti buat
if aku tak reti sure makin mengantuk

secara keseluruhannya
course hari ni aku memang
banyak mengantuk dari concentrate
esok ada open book exam
ni ada buku depan mata
jangankan nak belajar
buat aku sebagai mouse pad :)

aha!!! misi mencari gaun dinner dah tercapai
semalam aku beli 2 helai gaun
sangat lah da comel
tapi errrkkk........
janganlah gamaknya bila dipakai
aku secomel anak gajah :O
ooohhh tiiiidakkkkk!!!!!!!!!!!!!!

ni perut dah lapar
another half hour to go
camna nak kurus kan
k nak ready tuk makan

zzzyy

Wednesday, October 27, 2010

First day course
not too bad
tapi yang bencinya
bestfriend datang masa class
arrggghhh!!!!!!!
tension!!!
kena hati-hati bila berdiri
takut ada extra ordinary colour
kat baju kurung :)

malam ni plan beronggeng
bersama dengan makcik bidah
ni masih kat bilik buat n3
sambil tengok kartun spongebob

yang bestnya kelas hari ni
abis 45mins awal dari biasa
topic pun agak senang
sebab tetiap hari buat
cuma yang kena concentrate
detail-detailnya which
if buat kat branch
most of the time watde je
tak kisah pun

kat sini at least aku belajar detail2nya
should send me earlier
masa aku lebih fresh belum tau banyak
ni dah bercampur aduk
ada yang men confuse kan
sebab buat pratikal tak sama
dengan apa yang in the book
semua nya base on
case on case basic

tapi aku suka lah course ni
sebab course ni penting
tuk diketahui lebih detail
dalam scope kerja aku
lebih banyak aku tahu
lebih berfeadah tuk pengetahuan

k lah nak mandi dulu
lepas tu dinner sikit
nanti 2nd round dengan makcik bidah
luckly lunch tadi makanannya
not bad
tak seperti yang dikabar-kabarkan
aku suka dengan menunya
ada ayam kurma, ikan pari panggang
meehoon goreng, ulam-ulaman
salad dan buah-buahan

tapi aku tak makan banyak
tak berani kenyang sangat
sebab takut nanti terngantuk masa kelas
dan hari ni aku masih boleh ngelat
tuk buat presentation
dengan alasan aku tukang tulis
hahahahaaa!!!!
esok lusa aku pasti kena juga

aku ni nak kata tak reti bercakap
riak lak malah amat riak
tapi bila buat presentation
boleh tersekat-sekat
sejuk seram seluruh badan
darah gemuruh melanda!!!!!!

zzzyy

Tuesday, October 26, 2010

dah kat training centre
quite a long journey
guna flight suppose to be 4.10pm
tapi rasanya tadi
berangkat dalam 4.30pm
lately if guna flight
memang dah jadi kebiasaan
delay dan delay
baik MAS ataupun Airasia

sampai kat KLIA bout 6.30pm
terus ambik teksi ke training centre
yang terletak kat
kawasan yang dipanggil
pusat penyelidikan dan latihan serdang
sekarang aku confuse
ni kat bangi
ke
kat serdang ke
ataupun kat kajang

tak kira lah
yang penting tadi
driver teksi bawa laju
suka! sebab cepat sampai
biasa boleh cecah sejam baru sampai
tadi hanya 40mins dari KLIA
driver muda darah muda
bawa laju, lebih kurang cam aku "_"

esok course sure boring
memang selalu camtu
yalah masa kerja kita bebas
boleh jejalan boleh ngular
ni course, duduk je
dengar fascilitator berhujah
sure bakal mengantukkan

ni roomate dari tanah merah, melaka
banyak gak cerita cuma aku kurang layan
bukan apa, aku ada laptop depan mata
lebih concentrate kat internet dari dia
last-last senyap je

ehh aku menyombong ke?
tak ah cuma need a space alone
kan aku ni biasa menyendiri
dalam sehari tu mesti ada masa sendiri
especially malam after kerja
sudah semestinya dah jadi kebiasaan

k lah nak layan games FB dulu
selamat malam and jangan lupa
cuci kaki tangan
baca doa sebelum tidur
tata titi titu.....

zzzyy


petang nanti kena turun kl
tuk course selama 3 hari
boring!!!!
dulu aku excited if sebut ttg course
sebab nak shopping nak cuci mata
sekarang, sebab dah kerap sangat
aku dah malas
pergi kl sure kena belanja $ banyak
lagipun perjalanan sure memenatkan
ni guna flight 4.10pm
silap-silap datang kat hostel
around 8-9pm!!!
boring kan
by that time if tak ramai yang dah sampai
hostel sunyi....
ngeriiii :O

tempat course tu bukan kat kl pun
kat kawasan bangi
isolated area
yang teksi pun ragu-ragu nak hantar
if pergi berjalan malam

tambang pergi balik dari KLIA
je dah beratus!

k nak turun kerja
kena kerja setengah hari dulu

zzzyy

Monday, October 25, 2010



pejam celik pejam celik
hari berganti hari
bulan berganti bulan
dan hanya tinggal 2 bulan lagi
akan berakhirnya tahun 2010
yang tak mungkin akan berulang lagi
dan menjelangnya tahun 2011
yang bakal menyajikan
kita dengan pelbagai
corak kehidupan mendatang

deretan-deretan peristiwa yang berlaku
baik terhadap kita sendiri
maupun terhadap orang sekeliling
meninggalkan kesan
tak kira sikit atau dalam terhadap kita
namun semua itu harus.......
yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan pengajaran

apa yang telah kita capai?
adakah azam setiap tahun baru itu
telah dapat dilaksanakan
atau bakal dilaksanakan
atau...
bakal menjadi azam tuk tahun hadapan?
bakal di ulang

bagi aku
kehidupan aku simple
ada kala ketika fikiran goyah
terpengaruh dengan persitaran
aku ingin menjadi orang lain
aku ingin hidup dalam kehidupan
orang lain, cara orang lain

namun bila kesedaran kembali
fikiran menjadi waras
aku bahagia menjadi diri sendiri
bersyukur dengan apa yang ada
meskipun tidak semua dapat
dimiliki dicapai digapai

keinginan....
impian.....
kemahuan...
bila kita terlalu menginginkannya
ia akan menjauh
bila kita berkemahuan sederhana
tidak terlalu mengharap
dan redha
jika rezeki, adalah iya
jika tidak, maka tiadalah iya

orang sering kata
hidup tidak adil
aku mahu percaya
setiap ketidak adilan itu
ada hikmahnya
ada kesudahannya

zzzyy

Sunday, October 24, 2010

Seperti yang di plan
tengah malam tadi konvo balik kampung
bertolak around 12midnite
sampai kampung dalam 1.30am
takda apa-apa
saja kumpul makan reramai
seperti biasalah

kat kampung bukan ada aktiviti lain pun
hanya makan tidur makan tidur
aku masih sibuk menelan ubat flu
ni asal malam je sure hidung sumbat
benci!!! if abis stok kena minta lagi la ni
lagipun aku ada another appointment
kena jumpa doctor lagi after 1 week
ehh... aritu ambik darah
belum tau result
esok if sempat
lagipun esok banyak task nak buat

nak renew roadtax yang dah over 2 hari
nak reinstall PC yang tetiba tak boleh start
nak beli bag tuk aku pergi course
nak pergi clinic ambik result
blood test
oiii!! banyaknya benda kena buat
aku hanya ada masa sehari je
tuk settle kan semua

hah! idung dah sumbat lik
dah telan ubat pun
tunggu masa blackout je ni..
tata titi titu...


zzzyy

Saturday, October 23, 2010



awalnya panas tapi petangnya hujan renyai-renyai
nasib kain baju sempat kering
asalnya boleh awal di angkut tapi
tadi tengahari pergi makan
dengan family then temankan
adik shopping tuk mak dan apak

hasil tangkapan yang hebat
shopping barang makan dan dapur
ongkosnya dalam RM562!!!
hanya 1 trolley....
ternyata barang makin mahal
camna nak shopping 3 trolley
seperti yang adik Drin impikan???

Malam nanti konvo balik kampung
terpaksa tunggu SIL balik kerja 11.30pm
harapnya hari tak hujan ek
dan harapnya juga takda road block
kerana esok roadtax aku mati!!!!!!!!!!!!!
ooohhh tidak!!!

sakit dah ok tapi bila malamnya
hidung ni masih gak nak sumbat
masih perlu telan ubat yang mengantukkan


zzzyy

Friday, October 22, 2010

SAKIT DAH OK TAPI SENDI2 MASIH LEMAH. TAPI YANG PELIKNYA, WALAUPUN SAKIT, SELERA MAKAN TETAP MAINTAIN BERSELERA MALAH XTRA ORDINARY BSELERA LAK. HAIRAN TUL AKU.  PAGI TADI MASA DRYER RAMBUT, TIBA2 RASA NAK PENGSAN. SELURUH BADAN BERPELUH DAN RASA CAM AURA PANAS KELUAR DARI BADAN. TERUS FIKIR NAK KEJA KE TAK NI EH?  IF AMBIK MC. MALAS LAK NGADAP DOC 3 HARI BTURUT2, IF AMBIK LEAVE, LEAVE TINGGAL 5 HARI JE. TU PUN DAH KENA BOOKED. FIKIR PUNYA FIKIR, KEJA AJA LAH. HARI NI BALIK AWAL SEJAM DARI BIASA.      SEMALAM AKU KENA AMBIK DARAH TUK CEK 3 THINGS, AFTER RELAX SETENGAH JAM. DRIVE LAH BALIK RUMAH. MASA DRIVE TU. MAK AII BADAN LEMAH DAN BERGEGAR, MATA NGANTUK NAK TERPEJAM SAJA. BIASANYA DRIVE CAM LARI DARI HANTU, NI BERTUKAR JAM NENEK2 YANG DRIVE TAPI SIKSA TAU, LAMBAT SANGAT NAK SAMPAI.   PENGAJARANNYA, NX TIME IF ADA KENA AMBIK DARAH, SILA2 LAH BEREHAT DULU. JANGAN TUNJUK STARING TERUS AKTIF. PERNAH BERSIKAP LAGAK MINTA PUJI SEKALI. LEPAS DERMA DARAH, TAKDA RASA APA2 TERUS SHOPPING. SEKALI, SHAKING SELURUH BADAN N TERDUDUK. MUKA PUCAT LESI. NASIB BERJALAN RAMAI2, IF SEORANG2 SILAP2 BOLEH JADI ALMAHUM

Thursday, October 21, 2010

First time kena tag, by Makcik Bidah . Selalu gak tengok orang tag mengetag kat blog ni tapi aku tak pernah kena tag atau pun di tag, sebab aku tak ramai kawan blog pun :(

eemmm.. meh try tengok camna nak jawab tag ni ek..


1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda?

• Kehidupan itu sendiri. Aku hargai apa yang aku ada, dapat,
pelajari dari pahit manis kehidupan ini.

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit anda sendiri.

• Sekilo chicken wing!!! I addicted to chicken :)

3. Di manakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema
perkahwinan idaman anda?

• Disebabkan takda perkahwinan yang dilangsungkan mata takda
tema yang di idamkan.

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?

• Mencintai diri sendiri kira ke?
5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?

• Tak pasti. Ajal jodoh di tangan tuhan. Tapi if turutkan keinginan
semestinya till death do us apart.

6. Novel/buku/majalah terakhir yang anda beli?

• Dah lama tak beli novel @ buku @ majalah. Takda masa nak
baca.

7. Di manakah anda selalu berjumpa kekasih/suami anda?

• Dalam mimpi kira ke? heheheee........

8. Apakah nama penuh anda?

• LILLY jangan lupa ek, double L <- tu selalu orang silap.

9. Antara mak dan ayah yang mana anda lebih mesra?

• Dua-dua rapat. Mak bestfriend. Ayah kawan ngumpat mak :)

10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup
anda.

• Tun Mahathir Mohamad.

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?

• Tak, mesin yang basuh. Aku masukkan dalam mesin je :)


12. Di manakah tempat yang betul-betul anda ingin pergi?

• Lokasi pembikinan drama Winter Sonata.

13. Pilih satu, peluk atau cium?

• Cium. Ciuman di dahi dengan penuh kasih sayang tanpa rasa
nafsu sex sangat memberi makna.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.

• Orang ni, makcik bedah aku jumpa dalam internet melalui
mIRC, hingga kini asih boleh mempertahankan persahabatan
meskipun jarang bertemu. Ini membuktikan perkenalan di
internet tidak semuanya tidak boleh dipercayai.

• Sama-sama mencintai makanan. Antara kenangan makan yang
lucu, order 50 cucuk satay kajang tuk dua orang dengan ABC
special. Masa order tu orang kedai taknak bagi, last-last order
30 cucuk je which rasa nak pecah perut akan. Apa taknya satay
kajang tu besar jika dibandingkan dengan satay di miri.

• Sama-sama peminat Perodua! eeehhaaa!!! give me five makcik!!!

15. 5 benda yang anda sayang dalam hidup.

♦ Rumah
♦ Blackie
♦ SpongeBob dalam Blackie
♦ Tahlah takda lagi benda yang sayang rasanya


16. 5 lagu yang selalu anda dengar.

• Love the way you lie - Eminem feat Rihanna
• Airplanes - B.o.B feat Hayley Williams
• Beautiful lie - 30 seconds to Mars
• Taubat Maksiat - Wali Bands
• What da' want from me - Adam Lambert

17. Bilakah tarikh lahir anda? Dan di manakah anda menyambutnya
tahun lepas?


• 23 April, tahun lepas tak ingat mana tapi tahun ni, sambut
dengan family makan stimbot ramai-ramai lepas tu pergi taman
tiup lilin kek spongebob!

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag. (click to the name)

• Alamak! aku tak ramai kawan blogger. Makcik bidah dah buat lak
so nak tag Tut dearest SIL je lah.

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag.

• Dia tu sister in law (SIL) aku yang ke 2. Orang nya kecik molek
kerja sebagai nurse. Kecik-kecik cili padi! Selalu kena buli :)

Wednesday, October 20, 2010

as mention earlier
hari ni aku MC setengah hari
badan kepala semua sakit-sakit
perlu overhaul kot
tapi takda spare part tuk ganti
if dah expired tu expired lah gamaknya
takda jual di mana-mana pun

tah ngapa kat department aku
semua nya kurang sihat
awal-awal lagi boss dah minta panadol
aku takda stok sebab aku memang
tak ambil panadol pun
taknak jadikan habit
sikit-sikit sakit kepala terus makan ubat
aku jenis yang if sakit tak tahan lagi
baru aku makan ubat
tu pun aku akan pergi clinic
tak mudah ambik panadol

esok if kepala makin berdenyut-denyut
keluar haba panas dari mata
dari kepala,
aku plan ambik MC lagi
this time aku nak baring kat katil
rehatkan badan serehat rehatnya

ni pun tengah tunggu effect ubat tu
yang pasti sekejap lagi pasti mengantuk
sengaja minta ubat yang mengantukkan
if tidak, lambat nak sembuh
cuma yang pastinya
ubat ni tak boleh makan time kerja
kang berdengkur kat meja "_"

k lah, line berukbin dan sangat slow ni
aku pun dah start mengantuk
selamat malam ya


zzzyy
TADI BGN CAM OK, NI DAH FLAT LAK. B4 N3 DILANJUTKAN LAGI, SORRY SEBAB BUAT N3 DALAM HURUF BESAR. BUKAN TAK CUBA EJAS TAPI TAK BERJAYA. DAPAT EJAS JADI HURUF KECIK TAPI PASTU BESAR BALIK. ISK, BUAT MENAMBAH SAKIT KEPALA JE. DAH LAH ARINI KURANG SIHAT, TENGAH MENUNGGU TURN JUMPA DOCTOR, NAK AMBIK MC. BADAN N KEPALA SEMUA SAKIT. EVEN BERJALAN, PUN TAPAK KAKI SAKIT.                                                                                                                                          TADI MASA SIGN MEDICAL CHIT. RAMAI NYA ORANG SAKIT. BLAME IT ON WEATHER. SEKEJAP HUJAN SEKEJAP PANAS. N AKU SALAH SEORANG YANG KALAH BULU, BAK KATA ORANG TUA LAH. HEHE :) K LAH. DAH SAKIT PERUT LAH PULAK. BERTAMBAH ALASAN TUK AKU MC.                                                                                                   

Monday, October 18, 2010


not a bad monday
meskipun memang awalnya
terasa tersangat malas tuk kerja
tapi bila enjin dah start
it back to normal

cuma hari ni
aku makan banyak2!!!!
lunch
order chicken herb rice
abiss..........
order meehoon goreng singapore
share dengan ani
abiss.......
order kopi C
ehh tak best tau minum kopi je
bak kata mendiang nenek
mana best if minum kopi
lurus-lurus je kat tekak
nak gak makan at least cracker ke
so that what happen

order kopi C
ani dengan butter milk bread
aku charsiew pau 3 biji!
ehhh kecik ah tak besar
sebiji 2 kali ngap je
(ayat cover line)
lepas order datang terus bayar!
kang nanti nak meng order lagi lak
bahaya2........

tah lah kenapa perut ni tak reti kenyang2
petang tadi pun makan nasi lelapan gak
ni pun rasa semacam je
adakah aku lapar lagi???
ohhh tidak!!!!!!!!!!!!!
annual dinner dah dekat
apasal aku makin membulat hah???
ooohhh tidakk!!!!!
tolong!!! tolong!!!!
help!!! help!!!!
kongmenga!!!! kongmenga!!!!!

zzzyy


monday morning memang
sentiasa mentorture kan
bangun malas
badan malas
nak kerja lagi malas
rasa macam tak cukup lak
cuti hujung minggu dua hari
nak lagi boleh tak??

games kat FB pun makin susah nak loading
semua pakat slow
sangat membencikan
dan membosankan

k ek, dah cam nak start bad mood ni
sebelum aku membebel lebih panjang
baik aku chow chin chow

papaiiii........ have a great week!

zzzyy

Saturday, October 16, 2010

Hoh............
bangun awal dari biasa
hantar adik pergi jumpa org
sebab nak minta kerja
janji kul 7.30am
terpaksa turun dari rumah about 6.45
kita nak minta kerja
kenalah datang lebih awal
dari orang yang nak dijumpa kan

pastu breakfast mee jawa special
balik quarters adik
sambung tidur lagi!
lalawoooo!!!

dapat mms dari adik di kampung
mak ada anak kucing baru
macam Mr Cegalooo!!!!!!!!!!!!!!!!
memang dari genarasi mr cegaloo pun
eemm........

taktau lagi nak buat apa arini
rasa nak tengok wayang ke?
or sekadar merayau-rayau saja
dah kat town ni
kereta pun dah parking cantik-cantik
............

zzzyy

Friday, October 15, 2010

cak! first time buat n3 guna hp! cam tak best le, tp nak try juga :) ngah lunch break, lepak seorang2 kat after 3. pkena herb chicken rice. yummy!                                                                                                                        kwn2 smua mbawa diri. ani, jumaat kena jemput matt, lunch break panjang 2 hrs. yg lelain, ada appointment semua, terpaksa lah aku membawa diri seorang2.                                                                                                                                                                                     tadi masa datang kat sini, x ramai pun orang. ni dah penuh lak, haruskah aku bersikap selfish or melarikan diri bagi orang seat? eeerrm....                                                                                                                        balik je ah, dah time up lunch break ni. yes! arini balik awal dari biasa!  papai....

Wednesday, October 13, 2010

Sebal!
marah!!
kesal!!!
semua bercampur aduk
kesabaran aku dah sangat tipis!
apek, adik, betul-betul menaikan
darah aku
tiap-tiap hari balik dari kerja
ada-ada saja yang salah dibuat

monday, hari hujan cepat gelap
aku datang rumah agak lewat
dia tercunguk-cunguk
duduk kat verandah
rumah gelap gelita!!!!!
tak reti-reti nak pasang lampu!!!!
takkanlah tu aku perlu ajar???

tadi masa datang
takda kat rumah, main skateboard
dengar air bercucuran kat bathroom
tengok paip sinki tak bertutup
nak duduk atas sofa
tengok plastik sampah!!!
sampah basah atas sofa!!!!!!
nasib tak keluar air busuk dia
takkanlah careless berlaku dua kali
at the same time!!!!

hari tu masa balik rumah
aku panic sesangat
gate rumah sebelah bertutup sebelah terbuka
kebetulan hypoo ada kat rumah
kau imagine rumah yang
gate sentiasa berkunci
tetiba....
boleh gate ternganga tak tentu arah
apa kau ingat??
nak masuk pun takut tau
mana ah tau sapa didalam rumah
tengah berseronok nak mengangkut barang
or worst lagi tunggu kau pastu jerat leher kau

adik ni lagi...
main biar gate begitu saja
yang worst lagi
ada sekali
semalaman pintu rumah tak berkunci
even grill pun tak bertutup!!
bangun pagi turun kerja
tengok pintu grill semua tak berkunci
if ada lah orang masuk
boleh jadi almarhum
masa aku tidur dia masih lepak di luar
pastu pepandai lak menyalahkan orang lain

aku sebal sangat lah dengan sikap dia ni
tak bertanggungjawab langsung!!!!
tak fikir orang sekeliling
mentang-mentang bukan harta dia
dia biar camtu je

bukan aku nak cari kesalahan dia
tapi dia ni dah too much
tak peduli kisah tentang harta hak milik orang
lepas guna lepas tangan begitu saja

berkali-kali sering ingatkan
air dalam peti sejuk
sila isi if kosong
jangan ais tong separa kosong or kosong tu
pinggan gelas if kering sila pindahkan
kat tempat yang khas tuk yang dah kering
janganlah
dah penuh then bila basuh lagi
tingkatkan kat atas saja
then seterusnya dan seterusnya
which at the end
ada kala tingkatan tu roboh
pinggan gelas pecah!!!

lepas makan biskut
biar je pembungkus atas meja
hoii!!! kau ingat ada orang gaji ke!!!??
bakul sampah begitu besar
tak patut gak tak tengok

aku dah tak boleh nak fikir lagi lah
bila lah apek ni nak faham-faham lagi
umur dah 21 tapi otak cam budak 8 9 tahun
tak reti nak bertimbang rasa
tak reti nak memahami keadaan orang lain

aku balik dari office
sudah semestinya nak everything bersih kemas
kepala dah penat letih dengan kerja
kat rumah nak tenteram
tapi mana boleh tenteram
bila tengok ini itu
rumah lebih kotor dari pagi tadi
sinki-sinki ada nasi semua
nak minum air kat peti ais takda
lauk semalam tak abis, basi atas meja
oklah if memang takda orang kat rumah
tapi ni........
ada orang kat rumah yang takda buat apa-apa
makan tidur je
takkanlah perkara simple
pun tak boleh nak tolong uruskan???
aku tak larat lah...
sangat-sangat tak larat
lelebih lagi dengan perkara
yang seharusnya boleh dielakkan

even now kepala masih berat
berdenyut-denyut
aku marah sampai mengigil tubuh badan
rasanya tahap kemarahan aku
hanya di hujung-hujung nyawa je lagi

memang aku orang yang kurang sabar
bukan aku nak cari kesalahan adik
tapi adik ni
if aku sebagai kakak tak marah dia
siapa lagi
dia ni memang takda displin
ikut suka dia saja
takda fikir tentang orang lain
if ikutkan hati
rasa nak ketuk-ketuk kepala dia
cairkan otak sikit biar
lebih memahami
lebih bertanggungjawab

zzzyy

Tuesday, October 12, 2010

In loving memory of DIMAS



Lepas ni if boleh
aku taknak pelihara kucing lagi!!!
dah tak kuasa merasa sedih-sedih
cukuplah dengan Kiki yang masih ada

Dimas meninggal tengahari tadi
lemas dalam tong air
tah camna boleh jadi camtu
mak, apak semua pergi kerja
sempat pagi tadi
masa mak pergi kerja
dia nak ikut
mak bagitau dia kena jaga rumah

masa mak pergi toilet
ketika lunch break
jumpa dia kat dalam tong air
dah mengeras!!!
sudah pasti sangat menyedihkan
meskipun dia hanya seekor kucing
tapi dia bernyawa
yang sentiasa disayangi semua

masa masih kecil
bila mak n apak pergi town
dimas akan dibawa bersama
tak sanggup meninggalkan dia



yalah dah dia dipelihara
dari sebesar tapak tangan
hingga lah menjadi gemuk
baru last week aku cek perut dia
dah berlapis
berebut dengan dia masa
makan dafa fish
pastu masa tidur sibuk lak dia
bersukan berlari keliling tilam
bila semua dah tidur
dia sibuk mengendap selimut mak
nak nenen kat selimut tu!

sekarang Dimas menjadi kenangan
alahaii.... kenapa airmata ni menitis ah
masih berbekas tangan dan jari
bekas cakaran dan gigitan dia
gigitan last week ketika berebut
makan dafa fish......

zzzyy

Monday, October 11, 2010

lately memang banyak aktiviti
tapi kepala aku terasa blurr je
apa yang dilakukan mostly
out of plan
most yang dilakukan
dilakukan sepontan je
which at the end
lebih menyeronokkan

aku baru sedar
lately most of my time fully occupied
dengan keluarga
dengan kawan-kawan
which was i like
so..
tak perlu aku nak fikir
tentang masalah-masalah
tentang kisah sedih-sedih
yalah memang kita tak boleh lari
tapi sekurangnya
turut membiarkan masa berlalu
masalah, kesedihan pun harapnya
terus berlalu dan pudar ditelan masa

Ani baru call
area belah belakang rumah dia takda electric
alahaaii... dah kerap sesangat lah kami ni bergelap
tah mana punca nya
teori aku
salah satu penyebabnya ialah
kawasan perumahan yang tumbuh
cam cendawan lepas hujan
semua dok menyambung kat main power yg sama
mana tak sesekali tu overloaded power nya

ah dah ngantuk lak.
nak tidur awal
malas nak tunggu CSI
esok atau saturday boleh tengok lagi
(tu pun if aku free)

n3 ni adalah hanya perhiasan
agar blog ber update tiap hari
meskipun is kandungan tah pa-pa

zzzyy