Sunday, May 29, 2011



aiyooo...
ramai yang dah balik kampung
another adik balik saratok tadi
and esok another adik lak balik kuching
semua dah ready tuk bergawai

aku.. biasa je
esok masih kerja menjalankan tugas seperti biasa
mungkin nak ambik cuti 31st
bukan aku taknak cuti gawai hah
tapi cuti aku tinggal sikit lagi
dah ambik 3rd june
so jadi panjang lah cuti gawai aku
tapi esok ada function kat kampung
if aku balik esok then
masih kerja 31st payah juga kan
meskipun tak jauh sangat if drive dari kampung
tapi malas lerr nak turun awal2 pagi
tu lah plan nak ambik cuti 31st
tengok lah camna

persediaan ala kadar je
adik ada belikan some biscuits
which if gawai
jarang sangat lah yang nak makan
aku taktau nak beli apa
mungkin kacang n ikan bilis sikit
tu lebih famous during gawai
orang makan sambil minum

dah tetua ni
mood bergawai sambut perayaan semua
dah tak seghairah dulu
sekadar menyambut gitu2 saja
cam gitu2 apek lak :)

hari ni nak melepak rumah adik
tapi belum lagi turun
tunggu ava dah bangun tidur
perut lak dah berkeriuk
terasa cam nak pekena mee sedap lah ni
campur dengan telur goreng
huh!!! yummy!!!!!
(sebenar jarang aku bsmgt makan
mee segera camni)

chow chin chaw

zzzyy

Saturday, May 28, 2011

hoh!!! tensen!! tensen!!
apasal astro aku ni
asal malam je channel yang aku suka
selalu takda service
ataupun dok gegar cam disk rosak
why?? why?? why????!!!!

nak kata luar ribut petir takda lak
tengok signal dia hijau gak
pehal hah???
mangkuk astro aku rosak?
decorder aku rosak?
tapi if rosak of course sepanjang masa kan
ni pehal lak certain2 masa hah?
terutama masa aku nak tengok CSI
channel movie
dan starworld je ok

yang lelain
channel2 Msia
channel2 sport
channel2 entertainment
semua takda service!!!!
adakah astro aku yang kena virus ni??
or semua kena??
anybody kena cam aku??

hari ni ava meragam
tak menangis tapi taknak sendiri2
dahlah adik2 dan bapak kat rumah another adik
tinggal aku dan mak
terpaksa lah layan
seawal 7.45 dah masuk bilik tidur
baring2 sambil borak2
ava yang baring tengah2 good girl lak
sekejap2 pegang mak
sekejap2 pegang aku
org sibuk cerita dia sibuk nak bercium
soooo cute...
tapi kau takleh bangun
sure dia terus menangis teriak2!!!

tepuk2 buntut dia
dodoi2 nyanyi2 which dia pun turut nyanyi
last2 terkulai layu
setelah berpuluh2 kali aku dodoi dengan lagu
auld lang syn
kering tekak oooiii!!!
sekali minum dua gelas mug aku teguk
minum air sejuk k
bukan tuak
meskipun sekarang ni dah dekat gawai :)

bila ava dah tidur
mak pun turut tidur
which mengantuk earlier than ava
aku lak start lah ngetop
meskipun line slow
tetap gigih nak buka game FB
ni dari kul 9 tadi aku try reload
game cafe life baru dapat buka
eemm... semua makanan dah basi
hanya satu je kawan tolong save kan

since dok ulang alik
tengok washing machine kat hujung bilik dapur nun
terfikir gak
esok rasa nak mop lantai lerr
terasa dah lekat2 lantai nii
tah dah tak ingat bila last aku mop
tapi since dah selalu pijak dok lekat2
tanpa fikir panjang
ambik mop terus mengemop
bukan dapur je
ruang tamu
ruang tengok tv
ruang makan
semua mop!!
berpeluh2
terpaksa mandi lagi

if esok nge'mop leceh sikit
ava bangun sure dia taknak tinggal2
or if dalam walker pun sure rengek2
nak minta angkat
malam ni senang
semua tempat milik aku
takda yang dok pijak2
lega cium bilik bau harum segar
bau lavender dettol
sangat puas hati
misi dah terlaksana
ngehhh... ngehhh... :p

sebenar tadi nak ke rumah bapak ani
ada kenduri arwah mak dia
tapi ava syik merengek-rengek
tak sampai hati tinggalkan dia dengan mak
lebih2 lagi malam
selama ni if aku berjalan malam
selalu ajak mereka berdua
dah biasa begitu
so bila tinggalkan mereka sendirian malam
rasa nervous lak
takut ava mengamuk
takda orang tolong mak

k ek, dah nak kul 1am ni
tidur dulu ek
rambut pun dah kering
tadi mandi lagi sebab berpeluh masa ngemop
dan bila dah mandi
sudah semestinya mata pun segar bugar
ni pun masih segar
tapi saja nak baring merehatkan badan

goodnite yaaa...
don't forget your little prayer.. :)

zzzyy

Friday, May 27, 2011

Selipar Jepun ooohhhh Selipar Jepun!!!!

ni cerita pelik semalam
asalnya takda lah yang pelik sangat
tapi......... wonder gak sapa yang buat camtu

ceritanya begini...
masa lunch break
seperti biasa aku makan dengan Ani
kebetulan sebelah kereta aku ada parking kosong
parking lah ani kat situ

tengok sepasang selipar jepun warna biru
orang letak cam dalam pic dibawah ni kat sebelah blackie
kawan yang kat kedai depan sempat bergurau
nanti balik jangan lupa bawa selipar aku balik ya

balik office masih lagi kecoh cerita tentang selipar jepun tu
memacam andaian
mungkin ada lah orang kampung ke
naik kereta then tanpa sedar buka selipar
terasa cam dia masuk rumah
kebetulan kawan pun cerita
hari tu amah indon dia
guna selipar ke car porch
then bila masuk kereta dia buka selipar
lucu gak kan

then about 3pm kawan kat kedai
(kedai tu berdepan dgn tempat parking blackie)
dia sms, u... selipar kau dah hangus dispray nabita lah
bertukar jadi hitam!!!
ingatkan dia bergurau
then bila balik...



Hah!!!??? another selipar???
tadikan memang selipar jepun warna biru
ni dah bertukar jadi selipar petak2 hitam lak
dalam perjalanan balik
tak habis2 fikir siapalah yang bersusah payah
menukar selipar tu
memacam andaian..

mungkin tuan punya selipar jepun warna biru kot
dia balik dan ambik selipar dia then tinggal kan selipar lain
tapi fikir2 ngapa lak nak buat camtu
might as well kenapa tidak bawa kedua2 selipar sekali kan

fikir lak mungkin ada orang bergurau
saja2 nak buat aku hairan
tapi kenapa sanggup tinggal selipar elok kat situ kan
seburuk2 selipar jepun tu
tapi bila dipakai selesa tau
hingga kini aku masih pakai selipar jenis jepun
cuma canggih sikit, berbunga2 :)

k balik kepada andaian tadi
last2 aku fikir
mungkin orang gila kot
sebab area tu memang ramai gak orang senting
tahlah..
takda perjelasan lagi...

cuma aku berdoa
harapnya bukanlah sesuatu yang tak elok
orang nak buat kat aku
cuma kebetulan saja
one of pelik tapi benar
kisah kehidupan seharian

zzzyy

Nyumai

Nyumai

=

Masak

=

Cooking

zzzyy

Wednesday, May 25, 2011

kan dah kata
line pasti slow
dan sudah semestinya sangat slow
sampai semua games kat FB
tak dapat diselamatkan
hati pun dah naik fed up
asyik reload then tak dapat2 buka
coiii betul brukben celcom ni

sim pun tak main lagi
badan adalah dalam keadaan yang sangat malas
malas nak buat itu ini
cuma syukurlah kerja belum sampai tahap malas lagi
tu kan punca rezeki
so haruslah rajin or merajinkan diri kan
if tidak, siapa lah yang nak mengaji
orang yang malas :)

lately badan mengembang cam dipam pam
asyik projek makan saja
weekday time makan aku memang sentiasa full
breakfast dengan a group of friends
selalu breakfast dengan sayap ayam
makan kuih or mee banyak2

tapi by 11.30pm lunch dengan ani
meskipun perut kenyang
tetap kepohci cari tempat makan
yang fancy2 dan makan banyak2
if makan sikit je or kat tempat yang tak sedap
gerenti tak puas hati
then intend to makan memacam lagi
which most of the time side order
ataupun junkfood

malam lak dinner dengan family
sudah semestinya heavy2
sebab...
banyak masa masak2 relax2 duduk makan
or if malas lepak merdeka mall
makan sushi makan jagung
makan nasi campur

aiyaaaa.....
makan! makan! makan!
asyik makan je
tak hairan kenapa badan makin mengembang

well, dah makan
perut kenyang
jom tidur!!!!!

zzzyy

Monday, May 23, 2011

Dear customer, you have exceeded the 3GB/mth usage
(Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we
reserve the right to control yr broadband speeds. TQ

hah!! dah dapat warning exceed quota tu
confirm line slow lepas ni
confirm games aku basi2
sayur2an rosak
sebab akan lembab ngalahkan siput
benci!! benci!!!

plan nak tukar ke streamxy
aritu tengok kat rumah SIL
sangat laju
cam tengok tv je tengok youtube
first time aku tengok youtube
tanpa gangguan camtu
if kat rumah aku sure putus2
takda keseronokan langsung nak tengok

tapi aku dh ada solution
internet slow
layan game the sim lah
hari tu beli sim baru
tapi belum main sangat
sebab graphic card belum install
adalah tersangkut2 dan tak lancar
nak install malas!
banyak tak success dari success
tunggu adik instal kan nanti

kerja,
sudah semestinya hari ni malas
awal2 lagi dah telan vitamin
bagi energy sikit
kopi lak pekena cup!
huoooiii!! banyak tu
tapi terpaksa
if tak, sure ngantuk

k lah nak layan the sim
dh seminggu tak main
have a nice week ahead

zzzyy

Saturday, May 21, 2011

Appreciation Dinner

hah! semalam kan appreciation dinner
sempena branch kita jadi best among the best
dapat $$ sebanyak RM70K
then dpt another achievement award RM15K
hari tu dapat $500 cash each
aku dah spend sekejap mata je :)
dan semalam lak
makan RM1K setable
which aku rasa not as expected

The venue, Dynasty Hotel biasanya
menghidangkan makanan yang agak sedap juga
amongst popular party spot
mungkin sebab hidangan special kot
they more focus on the food price
instead of how it be cooked
makanan yang dimakan memang grand lah
tapi rata2 kata tak berapa sedap..



Fried lobster with superior sauce
ok ok saja
lobster dan ketam malam ni sama je aku rasa
tak sesuai makan guna fork and knife
makan benda ni,
my table guna tangan semua



Steam spotted garouper with light soya sauce
sebaik saja ikan tu dibuang tulang dek waitress
semua menyerbu
ikan kecik, group ramai
less than a minute habis!!!!
bukan kerana sangat sedap
tapi kerana each nak ambik portion masing2
takda chance tok 2nd round
plate dah licin!!!



Deep Fried Crispy Roasted Chicken
yang ni menu biasa lah kan
sedap tak sedap asalnya ayam
aku tetap belasah gak :)
berebut dengan kawan
ambik kulit ayam yang crispy



Deep fried scallops in yam
dalamnya scallop luarnya yam
yang ni memang kerana nama semata-mata
kerana scallop yang mahal
aku pun taktau kenapa mahal
mungkin sebab sukar didapati
tak dapat menikmati rasa scallop tu langsung!!!!!
rasa cam makan fish fillet.
aku still prefer scallop ni
dimasak dengan oyster sauce and brocoli
baru terasa scallopnya



Deep fried mongolian lamb
yang ni sedap!!!!
cuma slack skit sebab
lamb dimasak dengan tulang
some hirisannya tu hanya tulang



Baked Mussel with cheese
yang ni pun sedap
sebab ada cheese!!!
yummy!!! yummy!!!!



last menu before dessert
Golden crab with yellow salted egg
interesting menu cuma again
tak sesuai makan dengan folk and knife
and of course aku guna tangan je
okay gak meratah ketam ni satu persatu
but spoilt betul
tengah masih meratah ketam
waitress ambik pinggan kecik
mungkin sebab penuh then dia nak ganti
tunggu punya tunggu
sambil makan menumpang pinggan ani
tak juga dia bagi pinggan baru

rasa nak minta gak
tapi dah kenyang
lagipun ketam hanya tinggal sikit je
dan rimas juga
sebab tangan comot
terus berhenti...



dan dihidangkan dengan dessert tak sedap ni
watermelon sago in ice-cream
combination yang tak sesuai
adakah ice cream dicampur kat air tu
terus semua cair cam muntah!!!
aku sempat mencedok ice cream je
yang lelain tu wasted!
still prefer if just mix fruit



first time makan takda soup
kat menu ada tapi takda dihidangkan
tanya committees diorang kata
menu dah ditukar
eemmm....... whatever lah



ni tablemate aku yang semua gila2
dan makan cam jerung!
cuma kesian dengan yang guna topi tu
dia allergic seafood
makan je first menu, lobster
terus spoilt semua
sakit perut dan rasa nak muntah2 semua



ni first game and the only game aku snap
yang 2nd aku join main so tak dapat snap
yang ke 3 and ke 4 malas dah nak snap2
game yang ni game masukkan stokin
dengan mata ditutup dan tangan guna glove
ayam tambatan kami yang baju biru tu
tapi dia kalah
sebab................
tak dapat menunduk sangat
perut buncit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :p



kan dah kata makan cam jerung
ni chopstik aku yang patah
patah ketika eksen2 tunjuk expect
membelah isi ayam dengan chopstik
tapi rasanya bukan kerana aku sangat kan
chopstik tu yang dah tua kot... "_"



taraaa........ perasaan nak jadi nyonya2 indon
guna lah sanggul yang dibeli kat jakarta hari tu
nampak ok gak kan
boleh guna tuk pergi kerja
sesuai lagi if guna kebaya nyonya
yang kawan beli kat serikin dulu
apiii..... erkk, cam tak best je guna kebaya tu
terlalu banyak serbuk pencuci
dia mengecil!!!!!!!!!!!

sekianlah laporan hari ini
nak sedia apa2 yang perlu
petang sikit nak balik kampung
malam ni ada mesyuarat tingkat kampung
selamat hujung minggu semua!!!

zzzyy

Friday, May 20, 2011

yea!! yea!! friday again
suka!! suka!!!
tambah suka
sebab malam ni ada dinner
makan!! makan!!!
dinner besar2an
dinner RM100 seorang
errk tak sabar tunggu menu

ramai yang ngomel
ngapa buat mahal sekali
kan if dibuat dua kali
not bad gak menu RM50 kan
at least boleh makan 2 kali
celebrate 2 kali
enjoy 2 kali
afterall makan kat hotel
tak susah pun
takda pa perlu diprepare

well, sport club committees decision
makan dan pergi je lah
layan.........

well, nothing much happen lately
kerja cam biasa
sibuk memang dah start sibuk
just pepandai lah bagi masa
antara bekerja keras dan
bekerja sambil mengular :)
in a big organisation mesti pandai berlakon
sebab everybody try to work less
get paid more

so ada yang kena buli
ada yang diperguna
ada yang sebagai batu loncatan
ada yang sebagai puppet
and sudah semestinya
ada yang jadi raja segala raja!!!
ingat sendiri bagus and deserve more
padahal sangat suka tai-chi

tapi what to do
that is office politic
pepandai lah handle
so far aku ok je
sebab aku jenis yang harsh juga
don play2 with me
so kau tak ganggu aku
aku tak ganggu kau
kerja apa yang patut sesama
help each other
peace.....

k nak ready tuk dinner
start 7.30pm
lagipun kena mandi ni
baju dah kena kencing Ava
aiyaakk anak dara aku tu
suka mengencing orang
pagi tadi mak kena
ni aku lak
bukan lama pun dia dibuka baju
just buka sebelum mandi je
alahaiii...

zzzyy

Laun

Laun

=

Lambat

=

Late

zzzyy

Monday, May 16, 2011

seronoknya...
cuti weekend 2 hari
then kerja sehari
pastu cuti sehari lagi
cuma tadi meskipun cuti
aku ada meeting BGM yang perlu dihadiri
meeting persatuan pekerja
which for the first time after 45 years
dua division digabungkan
ramai lah members dari Bintulu datang

selama ni Bintulu another branch
dan Miri lak another branch
so starting dari today kita dah bergabung
so everytime ada meeting besar2an
most probably orang Bintulu akan datang
which about 2 1/2 to 3 hrs drive
tapi takpa
at least sambil ke sini
boleh gak diorang shopping2 :)
afterall, transportation disediakan

banyak gak issue yang dibincang
tapi main agenda
of course lah permilihan dan adoption
of new committees delegates
which need confirmation dan adoption
as usual, takda banyak songeh
semua settle as smooth as it should

but one things i just know today
Sarawak Labour laws
tak sure lah laws bahagian lain
bagi yang bergaji RM2500 ke bawah
if sesuatu company itu digabung
contohnya macam yang sedang hangat sekarang
pergabungan Eon Bank dengan Hong Leong Bank
yang mana Eon diserap menjadi HLBB
maka nanti Eon bank takda lagi
so camna dengan para pekerjanya?

mengikut sarawak labours law
bagi yang gaji RM2,500 kebawah
mereka akan dibayar pampasan
Gaji terakhir darab
dengan tempoh telah berkhidmat
let say gaji terakhir RM2000
sudah berkhidmat selama 10 tahun
so... RM2000 darab 10
RM20,000 tu lah yang kau dapat
dan bagi gaji yang RM2500 keatas
you got nothing!!!!
pergi fight camana pun takkan berjaya
sebab semua dah termaktub dalam law

so for the Eon bank staff cases
bagi yang Union members
they are safe
dah dapat jaminan dari pihak HLBB
mereka akan dioffer tuk kerja dengan HLBB
dengan gaji yang ada sekarang
dan tempoh perkhidmatan dikira
dari mula mereka joined Eon dulu

meeting about 2jam setengah
lepas meeting ada minum petang
lepas tu since ada parking kupon free
sebab guna otel so dapat lah pass parking FOC
aku dan Mern jejalan kat imperial mall
pergi kedai computer
tapi cepat lak boring
tak sampai sejam dah blah

k lah dah abis 2 episode CSI Vegas season baru
nak tidur
esok kerja...
goodnite,
jangan lupa cuci kaki and
say a little prayer
say a little prayer for me :)
*teringat lagu ni kat cerita my bestfriend wedding
a bit touching part ni

k k dah melalu lak
goodnite

zzzyy

Saturday, May 14, 2011

hari yang amat panas
sangat suka sebab boleh cuci memacam
termasuk lap2 kaki
towel2 selimut2 dan jeans2

takda buat apa2 sangat pun
just bersantai depan PC
tengok TV
layan Ava
now she such a good girl
tidur lama2 tapi dengan syarat
tidur dalam bedroom
guna nite light cam tidur malam

very happy if dibagi chance
menekan keyboard PC aku
tapi lepas dia tekan dengan 10 jari serentak
sure keluar screen yang pelik2
yang sering buat aku nervous
nervous takut allignment PC lari
then aku tak reti nak
make it back to normal :o



my little ava yang selalu act cool bila digambar
tapi kecoh bila out of camera
berpeluk tubuh camtu adalah favourite dia sekarang
bila baring suka buat camtu
so cute tapi susah nak capture dengan tepon
sebab bila dihala je tepon
terus dia sibuk nak ambik

hah, tu dia n3 yang ke2 tuk arini
begitu lah life sekarang ni kan
busy layan ava so cerita pun
of course akan tentang ava gak :)
harap sesapa yang membaca
tak boring k

zzzyy
uhaaaa!!!
lama tak update blog!!
lama tak update blog!!!
selalu plan nak update
tapi bila berdepan je dengan blog
terus ngantuk tahap maksima
delay lagi dan lagi

lagipun minggu ni
busy body sendiri
tidur rumah sendiri
then tidur 2 malam kat rumah SIL
then balik rumah sendiri lagi
letih angkut barang2 ava
rasa cam outstation
padahal rumah about 7-10mins drive je

ingatkan pagi nak bangun lewat
bersantai2 tidur
tapii...
hmmm... alarm clock seawal 6pm dah berbunyi
masih watde je
sebab ada mak dan apak layan
meskipun kena bebel ngan mak
sebab if nak bangun tu bangun lah
tapi jangan lah melalak nak diangkat

by 7.30am dengar melalak panjang lagi
watde.... watde...
tapi makin panjang
jejangan..... terus lari keluar tengok dia
sah, dia sendirian
mak sibuk haluskan nasi dia
baring sebelah dia
cium2 dia
terus senyap



ni dia orang yang selalu tak nak sendiri
even tinggal sekejap je
suka nyanyi karaoke nyaring2
if menangis
takda intro2
terus ke volume max!!!!!



aritu bagi dia pakai full costume
jeans!!!
baju T berkolar dengan jean
stokin n kasut (first time guna kasut)
adalah sangat jakun (sakai)
even berdiri pun taknak
kena paksa bergambar sampai nangis2!!!
aku and mak mendera ava :o
tapi suka sebab jean yang dulu terlodeh
sekarang dah fit kat dia
sangat suka tengok dia guna camtu

semalam family day out
pergi makan kat seahorse
lepas tu pergi layan funfair kat boulevard
ava sangat2 sporting
takda nangis langsung
rasanya dia enjoy lampu yang liplap2

and for the first time
aku layan perasaan gila2!!!



main binatang ni!!!!
yang pusing2 boleh menghentikan degupan jantung tu
tak pernah2 aku teringin main benda ni
tau2 semalam masuk je funfair
terus nak test try fear sendiri
ajak SIL, dua2 taknak
nasib adik nak
terus beli tiket terus naik
kat sini tak ramai yang nak main benda ni
benda yang torture diri sendiri
even dulu pun aku sering marah2
bila orang kat main ni sakit ke apa
dah sakit pehal lak nak main
menyeksa badan sendiri

seriously this will be my 1st and last
aku main binatang spesis ni
yang lelain tu mungkin gak nak try in future
tapi untuk yang ni
cukuplah aku try sekali
memang sangat torture!!!!
ketakutan pada tempat tinggi
yes.. aku dapat atasi
tapi pusingannya
baru je nak duduk baring
dah pusing duduk muka ke depan
jantung rasa sekejap di belakang
sekejap di depan
huh!!!! torture!! torture!!!
but at least puas hati
at least dah try
even hanya sekali which is more than enough

zzzyy

Friday, May 13, 2011

Monday, May 9, 2011

Ava ni memang selalu camtu
if nangis terus teriak at the highest volume
takda clue2 langsung
most baby akan merengek-rengek
sebelum bersuara lantang kan
tapi Ava ni terus lantang

sekejap tadi pun camtu
dia dengan mak dah tidur pun
aku yang masih ngetop
sampai mak terngigau-ngigau
call bapak kat kampung
suruh balik cepat2

bapa: mana mami ava?
mak: kerja..
bapa: hah??? dia kerja malam ke?
mak: taklah
bapa: (blurr) abis tu mana dia pergi
sekarang kan kul 10.30 malam
mak: 10.30 malam ek? lorr ingatkan 10.30 pagi
heheheheee...
bapa blurr, mak sebenarnya setengah mengigau

petang tadi hantar dia pergi clinic
ubatkan pergelangan tangan dia yang sakit
perrgghh!!! rawatan yang amat menyakitkan
doktor korek bahagian urat yang sakit tu
dia cucuk2 dengan jarum, korek2
mak kata teramatlah sakit
ni sekarang dia tengan menahan sakit
sakit selepas rawatan
harapnya berkesan lah tu
dah sebulan tangan mak tu sakit
kekadang susah nak mengangkat barang

esok imunisasi ava yang ke 6 bulan
mungkin kena injection di paha
esok memang kena inform misi dia flu
masih berhingus
so far selama ni tak pernah dia flu or demam
masa check up

tah camna ler berat dia
lately dia taknak menyusu sangat
sampai aku terpaksa bagi vitamin
tapi at least selera makan dia maintain berselera
lega lah sikit
tapi sekarang bagi dia cuma 2 kali je sehari
pagi dan petang
mungkin sebab banyak makan dia taknak menyusu
so far this 2 3 days dia dah kembali kerap menyusu
meskipun tak sekerap dulu

k lah nak tidur dulu
sweet dream... don't forget to pray before bed

zzzyy

Saturday, May 7, 2011

serious lately memang busy
bila dapat chance ngadap PC
mata dah terlentok-lentok ngantuk
drive sana sini
rumah sendiri pun sempat 2 malam ditinggalkan
tidur rumah SIL
sebab mami SIL nak balik Kuching
so sebelum dia balik haruslah
ramai2 berkumpul cerita panjang2
makan banyak ramai2

ni dia dah balik pagi jumaat lalu
sunyi lah rumah SIL
bapak dan adik, jang masih tidur sana
aku dah balik rumah sendiri
dek kerana keletihan
since beberapa minggu ni asyik
busy manjang je
for the first time
petang tadi aku bantai tidur 4 jam!
begitu juga Ava, mak dan bapak
tidur dari 1-4pm!!

*********************************
atas tu n3 yang tak sempat nak publish
sebab PC hang tengah jalan
lepas tu terpaksa restart
dan aku sudahlah malas
terus off PC dan pergi berjalan

asalnya nak pergi clinic
hantar mak yang sakit pergelangan tangan
tapi rasanya clinic takda buka malam sabtu
terus lepak kat tempat adik
terus ada acara makan2
melantak mee goreng dan roti canai
dan kopi tarik (Huh!! mungkin ni pyebab aku
tak mengantuk meskipun dah kul 3am tadi)

meskipun dah makan
tetap pergi makan kat SeaHorse Bistro
aku adik n ava
celebrate mother day for mak
yang lelain tak sempat di ajak
instant plan tak sempat bagitau semua
kali ni mak memang makan banyak
puas hati dia
chicken chop
lamb chop
sup jagung
sayur campur
ikan stim
banyakk hoohh...
yang makan adik dan mak saja
aku sikit2 je sebab dah makan earlier
menyesal ah makan awal2

ingatkan nak bangun lewat
huh by 7am Ava dah merengek-rengek
camni tak betul camtu tak betul
tah pa yang dia mahu
if mak dukung, dia nak dengan aku
if aku lak dukung dia nak dengan mak
perrggjhhh!!!!
kecik2 lagi dah memaksa

ni lepak dimandikan
tak sempat makan lagi
terus ngantuk dan tidur
kan tu menipu..
kita mana ler nak tidur lagi masa ni
banyak urusan kena buat
kemas itu kemas ini
mana nak layan games FB lagi
eeehh tu kira kesibukan gak ke?
hehehheeee...

dah2 aku nak mandi
dah kul 8.48am nii
tak best lambat mandi
if dah mandi wangi2
tidur semula cam ava ok gak kan

zzzyy