Saturday, June 30, 2012

cait!
bila kerja taknak bangun
bila tak kerja taknak tidur lak
nak kencing lah
tak lama pastu nak berak lah
aiyakk!
bila dah kena air semua
mana nak tidur lagi
tengok jam, eh bangun awal dari ari bekerja
baru 6.45am
ari bekerja aku bangun 7-7.15am

ni 8.25am
dah settle cuci jemur baju
tengah minum kopi sambil ngetop
ava and mak lak baru bangun
ava tu bangun je terus cari makanan
tu ngah makan popok (kropok)

plan hari ni agak pack
cadangnya lepas mak ava dah mandi semua
pergi berjalan cuci kereta
lepas tu nak pergi rumah SIL
sebab adik mak dia sefamily ada datang
petang lak aku ada appreciation dinner
dinner office sebab ada achievement 
if takda duit masuk confirm takda appreciation tu
office getting crazy!!!
if tak reti berkungfu, elok belajar cepat2

sebenar kat office ada roadshow cum gawai open house
ehh bukan yang makan2 tu tau
promotion our products
cum ada soft launching 
dari 1 of the developer
aku,  confirm tak ikut!
tak pernah ikut pun

if orang hargai penat lelah kau takpa lah
yang ni lebih suka cari pasal dengan kita
tiap kata management is a must
tak boleh kompromi langsung
tak dapat nak bertolak ansur
yang dinner ni pun 
ramai gak yang tak hadir, protest
kunco aku mostly at the middle line
bertindak ikut keadaan
lagipun kitaorang mostly penyeri majlis
yang akan buat heboh

k lah ek,
nak ready tuk pergi town
mak n ava dah mandi tu
happy weekend





zzzyy

Friday, June 29, 2012

Nyerauh

Nyerauh

=

Teriak

=

Shouting





zzzyy

Wednesday, June 27, 2012

lama tak update
if bilik mandi
sure dah berkarak2 tile lantai dan dinding
kat syiling pun confirm dah ada pukat lelabah
busy for the last few days

friday...
after kerja, drive balik kampung
keesokkannya ada 'Ngiling Tikai' = Gulung tikar
maknanya... upacara penutupan hari gawai
tarikhnya tak tentu actually
mostly dalam masa bulan jun juga

ada YB datang
almaklumlah dah nak pilihanraya
time camni tak susah nak minta kemudahan
so far, hari tu
dapatlah cash RM4,000 tuk belanja majlis
dan tuk rumah panjang sebanyak 34 pintu tu
dapatlah peruntukan RM30K tuk repair atap rumah
ok lah tu

petang dalam 3pm datang rombongan DAM
DAM=Dayak Association Miri
ada lah dalam 30 orang 
sebenar diorang ni lah tetamu jemputan khas
yang YB tu kebetulan dia pass by
tu yang berhenti sekejap

malamnya memacam aktiviti diadakan
ceramah, ngajat dan memacam lagi
but i'm didn't joined any aktivity
sebab kena babysit ava
bagi chance kat mak

then ahad
kita balik rumah
a bit rushing sebab nak hantar adik ke airport
adik pergi kerja ke offshore
mungkin for 3 month more or less

then monday
suami one of first cousin meninggal
sudden dead
mulanya sakit dada n asma
then di pam tapi guess dah agak too late
dia pengsan dan terus dikejarkan
ke Miri General Hospital
tapi meninggal dalam perjalanan

malam semalam 
again drive about more then 30km
ke rumah cousin tu
melawat dia dan keluarga
and sooo...
hari ni baru dapat berehat sikit
dan berpeluang update blog

k lah ek, nanti2 aku update lagi
nak mandi dan kemas2 dulu
if tak malas aku buat another n3 :)





zzzyy

Friday, June 22, 2012

Buyan'

Buyan'

=

Takut

=

Afraid of





zzzyy

Thursday, June 21, 2012

aduhaiii
alangkah seronoknya
if hari ni aku ada tangan mcm sotong
working alone kat 2 dept
and then save the cheerleader kat grd floor
by the time balik dari bawah tu
aku dah too tired 
too tired tuk fikir
too tired tuk buat kerja di dept sendiri
rasa nak duduk termenung saja
tambah lagi since malam ahad
ava asyik bangun malam je
lemai gemalai rasa badan
kurus je yang tidak-tidak  :(

ingatkan weekend nak relax je
ada upacara closing Gawai lak kat kampung
so petang esok terpaksa drive balik kampung
adusss... malasnya rasa
tapi apa boleh buat 
terpaksa ah sebab takda orang kat kampung nun
tak elok lak biar rumah takda orang
terutama bila ada keramian

eh aku dah stranded dengan game kat FB
terus takda idea nak tulis lagi
tambah mata dah mengantuk
tata titi titu





zzzyy


Tuesday, June 19, 2012

opss semalam tak sempat update
letih sangat
tambah ahad kurang tidur
ava bangun kul 2.30am!
sedangkan aku baru je tidur 1.30am
siap  makan mee in my mug lagi
mungkin dia lapar
dah makan nak bermain lak
ajak aku main ba ba..
mami ngantuk lah sayang
tidur around 4am

keesokkannya badan memang flat sesangat
tambah lagi monday blues
nasib ada pharmathon n for sure kopi O
tu ler peneman kerja
but seriously memang sakit lah badan
sangat2 sakit
tapi masalahnya aku
if letih, susah nak tidur
pusing sana sini
cadangnya malam isnin nak tidur awal
hah, awal ler tu, kul 1am
bukan taknak tidur tapi mata taknak lelap

ni tadi, masa kat office
bila rasa badan tak bermaya
memang plan nak tidur awal
ni tah ke awal ke tidak
dah dekat 11pm ni
masih belum ada tanda2 ngantuk

eh nak sambung main bubble island
nite2 all






zzzyy

Sunday, June 17, 2012

nehh...
akhirnya berakhir juga weekend 2 hari
can i turn back time?
nak relax lagi maa
for sure esok malas kerja maaa
aiyayayayaaa....

weekend ni
just busy body gitu je
hasilnya tah lah apa hah
aku sendiri tak nampak
yang pasti drive sana sini
macam driver menteri :)

hari ni puas kawan ava
mak n apak balik kampung pagi
petang balik sini lagi
tu yang aku n ava kawan2
bergaduh sekali
main lastik2 jari
sebab dia koyakkan buku
selebihnya loving2
kiss2 hug2

ok sekian
aku takda ceria
nak tidur
esok sure kemalasan bangun





zzzyy

Saturday, June 16, 2012

hujung minggu yang sibuk
semalam adik n SIL pindah ke rumah sewa
semua sibuk tolong bersihkan rumah tu
dan malamnya diorang pindah

aku datang lewat petang
so semua dah selesai masa aku datang
so jadi penyibuk je lah

then aku ada assignment
membeli dapur
ambik tong gas xtra kat rumah
misi berjalan kelam kabut

first kena ambik tong gas balik rumah
mandi kan sendiri
dan mandikan ava
rushing ke kedai tuk charged tong gas tu
masa tu dah kul 8.30pm
ehh ada tong takda kepala dia 
mana boleh masak

dah memalam mana ada kedai hardware buka
hanya ada satu which about 20km dari rumah
masalahnya kedai tu tutup 9pm
so rushing pergi sana
nasib jalan tak jem
sampai terus kelam kabut cari barang
by the time aku keluar kedai tu
diorang tutup lampu
huh! nasib sempat
then rushing balik ke rumah sewa adik

bila gas dan dapur dah sampai
semua cepat2 pasang
sebab............... semua dah kebuluran!!!
kebuluran nak makan nasi
nyeh nyeh nyeh

ava lak dah meroyan nak tidur
dukung taknak lama
lepas berjalan lak nak minta dukung
suruh tidur kat tilam SIL takmau
rumah baru kan
belum ada bau yang familiar
tu ler yang dia tak suka

dan as usual seperti masa ketika menunggu
masuk kereta, on aircond full blast
mainkan CD kartun or nyanyi2 
setengah jam kemudian dia longlai

dia tau if time ngantuk dan kereta belum berjalan
aku akan baringkan kerusi depan tu
dia hisap pepet peluk  selimut
gerenti longlai

sekejap lagi nak pergi rumah uncle
dia organise BBQ
makan sesaja kerja :)
oklah
epi weekend semua
karang rajin, malam update lagi 





zzzyy

Friday, June 15, 2012

Pemberi

Pemberi

=

Hadiah

=

Present






zzzyy

Thursday, June 14, 2012

eh hari ni rasa malas nak update
cam takda idea nak bercerita
sebab rimas, rasa sangat panas
perut lak sangat2 kenyang
makan kat rumah SIL 
memacam dimakan
semua menyelerakan
so camna nak kurus??

lega esok dah jumaat
lepas tu weekend
huh, boleh bangun lewat skit
lately, malam taknak tidur
then nak kerja susah lak bangun
sangat menyampah

cos badan dah flat 
so kena banyak2 pekena kopi
to stay cergas dan awake
nasib baik vitamin pharmathon
berkesan kat badan aku
no matter how exhausted pun aku
pekena tu, masih gak boleh cergas hadapi hari bekerja

ek, idea abis
papaii





zzzyy

Wednesday, June 13, 2012

semalam pergi tanjong lobang/taman selera
cari sate tapi kedai yang jual sate tu tutup lak
mungkin sebab cuaca yang agak berangin dan lembab
lagipun lately dah 2 kali angin bertiup kencang melanda Miri

for info, tanjong lobang tu tempat makan seafood
terletak di tepi pantai
masa aku kecik2 memang menjadi kegemaran
lama ke lama bersama dengan peredaran masa
orang makin kurang makan kat situ
tambah pula kedai pun makin berkurangan
lagipun kedai makanan seafood tumbuh bagaikan cendawan
so kiranya tanjong lobang agak ketinggalan
tambah lagi if hari hujan 
memang tak boleh lah makan kat sini
sebab tempatnya open air space



ok, semalam pergi sini tapi takda sate
seharian masih terbayang2 rasa satenya
satenya agak berbeza dari tempat lain
sedap...!!!
ada satu tempat dulu tu aku selalu pergi
the latest aku makan dah tak sedap
masih orang yang sama membuat
cuma kau gigit je sate tu
sure kau akan tergigit batangnya sekali
see see see (bak kata ava)
bertapa makin nipisnya isi sate tu
rega makin mahal tapi isi makin kurang
sooo......... buat apa nak pergi lagi kan
























so ni sate dari new location
sebatang 70sen tapi aku tak kisah
asal sedap 
dah dua kali try dan ni yang ke 3
nak lagi dan lagi
ala bukan susah puaskan selera aku pun
asal sedap sikit dan harga berbaloi
i don't mind at all




















ni pula kuehtiaw goreng basah RM4
ok2 lah just................
harga garam kat Miri murah
tu lah pasal agak masin

apa lagi aku nak cerita ek.........?
banyak masa ni hah
takda orang menganggu
ava dah berjalan
balik rumah tadi takda orang
bila call mak
diorang bersama adik pergi visiting rumah cousin

aku lak since last 2 days 
on and off gastrik
makan tak tentu tapi aku rasalah
factor utama makin menjadi ni
sebab cuaca yang sejuk!

biasanya mana ada aku jaga makanan
dah lama tak sehebat ini sakit dia
a few nites back
kena lah gastrik, perit sesangat
so ingatkan nak minum susu mak
anlene gold pun anlene gold lah
asa ada susu masuk perut

then tengok kat container
ada 3 container susu
eh mana satu mak punya ni ek
satu flavour cokelet (sebab colour cokelet)
tu susu mengandung SIL
yang dua lak colour putih
satu susu mengandung SIL juga
satu tu mak punya
so taktau mana satu
cium bau pun tak pasti
cam sama je

aku main lantak je lah
ceduk 3 susu dengan setengah mug air
sekali minum terus tersembur!
aiayayayayaaa.... susu cam lain rasa
tah susu mengandung ke susu anlene aku minum tu
terus ilang napsu dan tak jadi

memang nak beli fresh milk 
tapi ketika sakit kedai jauh
if kedai dekat, tak sakit lak pula
tu ler yang terleka dan terlupa
ni tadi memang dah tak tahan
perut dah terasa mengeras
otw pergi makan
singgah kedai beli dutch lady fresh milk
2 3 teguk minum terus lega
that's y aku prefer minum susu dari makan ubat
aku tau susu boleh cure gastrik aku
just if minum susu
most of the time aku asyik nak cirit birit!!!
tu yang tak best

haaahh... dah meragam pun ni
k lah chow chin chaw dulu ye







zzzyy
not in a good condition
hari ni dan semalam
asyik bersin2 saja
and not kepala sakit
sintom nak kena flu or fever lah tu

perubahan cuaca kot
this week dan 3 kali angin bertiup kencang
paling dasyat pagi ahad lalu
perrggghh!!! 
dengar je dari bilik bertutup tingkap
pun dah scary

eh eh dah nak tidur
sorry n3 tah pa2
aku dah ngantuk





zzzyy

Monday, June 11, 2012

monday! monday!
huh, seksa nya nak  lalui hari ni
masa begitu lambat berlalu
asyik2 tengok jam
masih gak tak sampai 5.30pm
dan.......
bila clock strike 5.30!
relief manager dah tutup lampu bilik dia
dan balik ke otel
memasing pandang memandang
hahahaa!!! apa dia risau
dia hanya relief
sign apa2 yang patut
overite memana yang perlu
yang lelain, lu pikir lah sendiri :)

aku busy memang busy lah
tapi sangat sedikit production yang keluar
sibuk layan & buat benda2 remeh
at last hasil takda
sibuk ngalahkan branch manager

makan tengahari pun takda selera
ingatkan pergi ke gerai nak beli cucur pisang
sekali tutup lak gerai tu
duit hanya $3 je tak cukup tuk beli nasi campur
pergi stall berdekatan ingatkan nak beli pulut panggang
tapi tutup lak pula
pergi lagi gerai lain further
tengok takda apa lagi kuih muih tinggal
dah aku dok jenguk2
terpaksa lah beli nasi lemak $1
dalam perjalanan ke another gerai tu lak
fikir sapa lah aku nak suap dengan nasi lemak ni
aku taknak makan pun
another part of me lak membebel
awat lak aku beli tadi hah?
mentang2 ada $3 

then beli kuih coloreng
tak  gitu kot namanya
dah beli pun wonder sapa nak makan hah
aku cam takda selera pun makan
tapi tu je yang aku mau makan kat gerai tadi

dalam blur2 bawa cup n Kopiko lepak dengan Sis kat pantry
aha! paksa Sis makan nasi lemak dan sebatang coloreng
makan bread dia 3 slice 
campur dengan timun, tomato n mayonis
minum kopi
heemmmm......... enak rasanya 

ni dah kat rumah
nak masak tapi takda idea apa nak makan
kebetulan perut tak lapar pun
suap ini sikit itu sikit
kenyang jadinya
lagipun rasa berat sangat tulang nak buat apa2
nak relax saja rasanya
tengoklah camna nanti
malas2 aku lepak kedai makan :)

oklah ek
nak layan games FB sekejap
dan sekian laporan hari ini, Isnin





zzzyy

Saturday, June 9, 2012

perut dah kenyang
mata pun dah layu
tapi hati nak ngetop
sebab ava tengah tidur
so takda yang menganggu

glad today is saturday and weekend
tak perlu bangun awal tuk kerja
if hari2 camni kan best
tapi adakah orang nak bagi duit
if hari2 nak makan tidur saja??
sudah semestinya....
akan disumpah seranah di cap sebagai pemalas
:]

takda plan lagi nak buat apa
mungkin nak marathon nonton
or mungkin nak berjalan di pasar
(voucher parkson $30 belum spend)
asalnya ada $130 tapi $30 tuk dimas
$70 tuk ava
so tinggallah yang tu saja tuk aku
tuk beli seluar dalam boleh juga ni kan

ehh... malas lah sudah
nanti2 aku update lagi
ngantuk dan nak zzzzzzzz





zzzyy

Friday, June 8, 2012

Terbai


=


Terbang

=

Fly





zzzyy

Thursday, June 7, 2012

Almost became a robot

hari pertama kerja selepas cuti panjang
actually takdalah  panjang mana pun
cuti 4 hari tambah public holiday 4 hari
so jadi lah 8 hari tak ngadap PC office
lapang otak, kembang badan!
apa taknya asyik makan benda manis sesaja
biasalah, kan festival season
lantak lah malas nak fikir 
badan yang makin hari makin mengembang ni
if aku kurus barulah harus susah hati
sebab makan kuat awat tak menjadi kat badan
ni don't worry
makan banyak sudah semestinya badan akan 
mengembang :)

ok back to office after holiday
masih ramai yang cuti
tambah lagi school holiday
yang tak celebrate tu lak
tentunya spend quality time with anak2
or pergi melancong
talk about melancong
aku ada pasang angan2 
nak bawa family jalan2 ke KK
insyaallah if ada rezeki 
tengoklah hujung tahun nanti

ops! again back to office hari ni
kerja agak busy
kerja 3 dept sekali
tambah partner aku cuti
perrgghh lemah longlai badan
tapi seriously tak larat agressif
slow and tak steady
cakap kat bos
jangan hairan if someday
aku kerja tanpa perasaan
badan je bergerak cam robot
ni pun buat kerja pun
sekadar buat camtu je
asal abis sudah...
tuk buat terbaik jauh sekali
bukan takmau tapi tak larat
aku dah buhsan!
aku dah buhsan!
(angguk2 nyanyi lagu amy)






zzzyy






Gambar Studio Pertama Ava


kan last week ava pergi photoshoot
tuk baby johnson contest
so, hari ni aku ambik hard copy dia
ada sekeping 8R dan 2 4R
serta sekeping CD dengan 25 gambar
puas hati lah bayar $50


dan hasilnya:-




Ni my favourite
aku paling suka 
if dia bergambar tanpa lihat camera


ni pula yang aku buat 8R
sebenar ingatkan nak buat yang atas tu
tapi photographer kata ni cantik
so ikut dia lah
if nak buat yang atas tu
aku boleh cuci sendiri nanti
dan ni juga picha tuk contest tu


yang ni gaya seorang model
susah tau nak suruh dia posing
sebab kebetulan masa ambik picha ni
dia baru je lepas merajuk
baru lepas menangis


dan haruslah taruh satu picha candid
tengah leka main bulu patung

zzzyy



Wednesday, June 6, 2012

Kek Hati Yu





Bahan-bahan

10 biji telur
1 cawan milo
3 cawan nestum
1 botol browning sugar
1 cawan gula halus
setengah tin susu manis
250gram butter (or seketul)

Cara-cara membuatnya

Pukul gula dan butter hingga kembang
Masukkan telur satu persatu
masukkan gula, milo, browning sugar
masukkan susu manis, nestum
jika nak kek tu keras sikit tambah nestum
(aku suka dia keras skit)
lepas tu kukus dalam 3 jam
dan makan................





zzzyy

Tuesday, June 5, 2012

tengah tengok masterchef celebrity kat channel 104
eehh.... tak begitu best lerr
cos banyak drama dari masak
siap nangis2 emo2 sedih
ingat kat previous episode
ada seorang celebrity tu
siap nangis bila disuruh masak guna durian
menangis sebab dia tak suka makan durian
soo... apa kess lak nak nangis2
if memang pandai masak
orang suruh ko guna apa pun ok maaa
tak perlu nangis2 lak
eehhh... tak suka dan tak faham aku
since then aku tak tengok lagi
tah sapa menang aku taktau
eh tetiba nak tau lak ni
jap lagi aku goggle cari pemenang 
nak tau..... goggle sendiri :)

start dari kul 11.00 keluar rumah dah
hari ni dan esok aku cuti
ehh jeles lah jangan tak jeles
aku cuti lagi ni :p
ok back to story hari ni
bangun pagi lenggang2 kangkung
tetiba mak tanya brapa hari bulan
5. kenapa lak?
ehhh... hari ni mak ada appointment kat clinic lah
regular check up
lerrr.... dia baru perasaan

hantar mak pergi poliklinik
then aku bapak n ava lepak kat bakery
sambil tunggu kereta dicuci
ava lak lepas mandi sekejap terus tertidur
tidur yang amat nyenyak
pastu tunggu mak kat parking lot
dari kul 12.30 sampai lah 2.30!!!
see! see! so the lama kan
nasib baik ava tak buat hal
seronok saja dia

sekejap2 bermain dalam kereta
sekejap2 bermain di luar
tengok VCD nyanyi2 lompat2 panjat2 car seat
makan kropok minum soya bean
dah cam kat rumah lak macam2 ada
tambah lagi parking kat dalam khemah
last week ada orang buat expo kat parking lot tu
khemahnya belum berbuka
tu ler yang bestnya tak panas

lepas mak settle semua
kita makan dulu!!!!
pergghh!! nasib mak dah heavy breakfast
if tak, kebuluran dia menunggu
aku n apak dah minum kopi kat bakery
makan nasi lelapan
mak memang sah kebuluran gak 
dia pekena dua pinggan nasi!!!
hahahaaa..!!! tu dia mak aku
dah kenyang baru muka makin berseri2

pastu lepak umah sewa adik n SIL
takda buat apa pun
kebetulan diorang pun nak balik rumah aku
so sekejap jer pastu balik
baik cabut before 5pm sebelum jalan mancet!
orang kan nak balik kerja
lagipun, Miri, pusat bandar memang jammed 
sebab hari pertama bekerja selepas cuti panjang kot

ni tengah tunggu kek hati yu aku masak
masih teringin nak makan
lagipun sekejap dan simple je buat kek tu
cuma lama tunggu dia masak 
nanti aku bagi resepi k
sekarang ni tak best sebab takda picha
henpon masih buat hal
adik dah hantar spital
katanya screen rosak dan dah diganti
tapi tadi nak pakai, tak dapat on lagi
aiyooo....
ni adik tengah repairkan
harapnya dapat lah tu
dah start tension ah takda tepon ni
yang tensionya
hilang semua no epon kekawan
tah kat sim kad ada ke tak, tak pasti
bukan taknak copy
tapi cam takda function copy pun
or memang auto copy
tak pasti aku
bab it ni aku lembab skit
or bukan sikit....... banyak! 

k na layan CSI 
nite2





zzzyy

Monday, June 4, 2012

Lagi Lagi Ava

anak dara aku si ava
makin hari makin nakal
makin banyak perkara dia reti buat
baru sekejap tadi aku dan mak
gelak bagai nak rak

dia ambik panty liner kat dalam cupboard
dia tau mana nak letak pun
dia letak kat celah paha!
hahahhaaaa!!!!!

really fast learner
if kau sebut 1 2 3
dia dah tau susunan 1 to 10
cuma five tu agak ragu2 sikit
if lagu thousand year by christina perri berkumandang
sure dia cam bunyi langau nyanyi2 sama

by the way, umur dia sekarang 1 tahun 7 bulan
masih belum fluent bercakap
tapi dia faham apa kau cakap
most of the time if dia cakap
cam bunyi bahasa German

dah reti tengok kartun
favourite upin dan ipin
(sekarang dia tengah tengok)
dan juga tom & jerry
serta oggy & lipas

























sering act so cute
pagi semalam
dia bangun paling awal
goyang2 badan mak bangunkan dia
begitu juga adik
aku dia tak kacau
lama juga dia begitu
ada ketika dia bertentangan mata
dengan aku yang baru bangun
terus sebut 'sshuuuu'
hahahaaaa!!!!
dia nak menyusu padahal
tu ler yang bangunkan mak dan adik
riak muka dia ketika tengok aku buka mata tu
pergghh!! berseri-seri sangat happy


zzzyy