Tuesday, January 31, 2012

dah 31 hari berlalu tuk tahun 2012
apa yang kita telah buat tuk bulan pertama 2012 ni?

aku, not much
melayan public holiday & makan day sesaja
seronok bulan january ni
banyak cuti, banyak makan
yang lelain tu takda yang memberangsangkan sangat
semuanya mendatar saja

keadaan life camtu gak
masih terus berdoa
semoga by 40 nanti aku dapat debt free
takda hutang yang membebankan sangat
dan dapat selesaikan sebahagian yang sedang on

lil ava getting naughtier
faham if kau cakap
tapi dia tak reti bercakap
esok genap setahun 2 bulan
hari ni mood kurang baik
terkejut sebab neighbour main mercun
kata mak, berdegup kencang jantung dia
since then badan dia agak panas
tapi ok selepas di bagi panadol
n di bawa car drive tengok tanglung & lampu2

eh ngantuk dah
goodnite

zzzyy

Monday, January 30, 2012

Facebook

hari tu cerita tentang twitter
hari ni lak nak cerita tentang facebook lak

aku sebenar lama gak dah buka account FB ni
cuma lepas buka terus lupa
sebab if masuk internet
aku sibuk main kat neopet
pelihara binatang yang tak reti2 besar

then ada ler one of the day tu
aku dok masuk FB
borak2 dengan SIL
sambil tu godam tengok apa yang ada
nama masa tu aku tak guna full name
guna first name ava, SHIRVEN
masa tu belum ada ava pun

and again one of the day
ex classmate tegur
kenapa guna nama palsu ni
aku kata saja lah taknak expose identity
dia kata kat social network ni
camna nak kenal kekawan if guna nama palsu

ok fine aku tukar nama guna yang betul
tu pun lama gak terkial-kial
cari function mana nak tukar nama :)
lepas tu ramai lak friend request
dari kekawan sekolah
honestly aku jarang request friend
mostly kekawan yang buat

lepas tu belajar main Farmville
aiyak susah gak nak naik point ni
kena kerja keras, almost give up
then adik kawan suruh kerja kat kebun dia
bermula lah episode jadi OKB kat FV
sampai sekarang duit tak abis2
kebun pun dah penuh semak
memacam dibeli

pastu mengila main Mafia War
memula dengan adik2 lelaki
dan game ni kan kena banyak member
so masuk forum MW
berduyu-duyun friend request
kali ni dari para mat2 salleh
hingga lah sekaran ni
aku ada lebih 2,600 friend

so far takda lah buat bukan2
kuss semangat bukan lah minta kan
but bersyukur gak
so far kekawan baik local or mat salleh
takda yang buat hal
sibuk layan sendiri je
lagipun aku jarang online kan chat
just layan main game

bukan apa
if online chat
bila orang msg, games semua jammed
then tak boleh concentrate gak
so most off the time aku off kan saja
ada gak officemate cakap
berhati hati kat FB tu banyak orang tipu
aku kata dont worry
i don't social much
just main game pung

begitu lah aku bermula berkecimpung
dalam bidang FB ni
hingga sekarang masih aktif
tetiap hari mesti nak log in
sekarang ni tengah hot
buat quest kat CafeWorld
tambah ramai yang sama2 main
so saling lah tolong menolong
berbagi dan bertukar gift

bagi aku
bila terlibat dengan social network ni
memang banyak risiko
tapi dalam apa2 tindakan harus bersikap waras
tak boleh percaya 100%
even dengan orang yang kita kenal
harus sentiasa berhati-hati



zzzyy

Sunday, January 29, 2012

Lupa!!!???

malam tadi mimpi sengap
bila bangun amat2 bersyukur ianya hanya mimpi

situasi kat jalan area office & office

berjalan sana sini sambil blur
sebab tengah mencari mana aku parked blackie

sangat2 tak ingat mana ok
berkali-kali pusing area jalan opis
tapi masih tak jumpa2
dahlah tu cari masa orang tengah kerja

sambil tu tah kenapa somehow
aku kat kedai gambar
tengah print gambar untuk colleague2
yang peliknya
gmbar tu bukan di print pun
tapi di photostate
kekunun tuk sample je
if colleagues2 nak baru lah print
yang peliknya if sample
kenapa photostate banyak2

then bila office dah tutup baru balik office
tengok ground floor office berubah
lepas banking hour terus jadi supermarket
hah!! terus terfikir
takkanlah kita yang kena kerja kat sini hah??
but kepala masih biul tahap maksima
masih memikirkan mana aku letak kereta
siap berkira2 cam aku letak kereta tu
kat jalan yang senang je, takyah pusing2
zupp je terus jalan ke rumah aku
tapi kat mana ya??

naik floor tingkat aku kerja
masa kat tangga tu dengar kawan mengumpat
belum abis dia cakap terus aku sambung.
'ya saya tak kerja'
dua2 terkedu
tengok office semua berubah
takda working station aku pun
pc pun semua dah hilang
hanya ada banyak meja dan kerusi simple je
taktau mana workstation aku

malas nak tanya si pengumpat tu
aku main agak je
meja yang ada file tu mesti meja aku
sambil tu aku masih blurr
masih shock sebab kenapa aku jadi pelupa sesangat
taktau mana letak kereta
taktau kenapa office camtu
and worse lagi
taktau camna buat kerja!!!!!

hanya duduk kat kerusi sambil fikir dan fikir
dan tetiba nervous sesangat
kenapa aku lupa semua ni!!??

sekali chuppp!!!!!
ada orang cumel cium kat pipi
terus terbangun
alalallaaaaa.. tomel nya ava ni

kusss semangat
nasib hanya mimpi
if bebenar taktau camna
semua barang aku lupa

zzzyy

Saturday, January 28, 2012

lama n3 tak bergambar
masih guna laptop SIL
so aku malas nak upload gbr kat lappy dia
monitor aku yang kojol belum berganti
belum ada peruntukan
tunggu pengumuman budget baru

hari ni asalnya baik saja
bangun tidur relax2
then mandi kemas2 semua
pastu pergi town for breakfast
sambil tu jalan2
kebetulan lepak kat area servay
dan ada tarian naga kat servay hypermarket
then kat hotel grand palace sebelah pun ada
tapi bukan naga, singa
lebih grand, siap buat aksi lompat2
ava yang dibawa tengok sangat excited
siap goyang2 badan dengar bunyi drum tu

jejalan ke toy worlds
makin excited lah si ava
layan soft toys, mainan tekan2 dan berbunyi
kuss semangat..........
nasib baik dia belum pandai minta
if dah reti, harus dielakan melintas kedai itu
sebab harga barang2nya jauh lebih mahal dari kedai biasa
hanya kerana 'brand'

kenapa aku kata camtu?
sebab haritu cari lah tempat mainan tuk ava
masa tu dia baby lagi
cari mainan yang boleh dia baring dan
barang2 bergantungan tu
tengok kat sana mostly RM200 plus
ada yang berkenan tapi tak suka kain dia
kain nylon tak best, tak menyerap

pastu cari kat servay lak
sekali ada yang berkenan
kain ok, mainan pun ok
tapi yang lebih ok harganya
sangat jauh lebih murah dari kat sana
perggghh.... nasib tak sempat jadi tipah tertipu
barang jenis sama, beza sikit je
tapi harga jauh beza
sebab tu lah aku kata kita beli 'brand'

oh ya back to cerita hari ni lak
asalnya ok tapi bila balik rumah
rasa sangat2 letih
nak layan ava pun letih
lelebih dia buat hal
apa tak nya
jam dah 2pm dia belum tidur lagi
mengantuk tapi susah nak pejamkan mata
pujuk punya pujuk akhirnya tidur juga
then aku joined sekaki
lama oooo kami dua tidur
dari 2.30pm sampai 5.15pm!!
tu pun ava yang bangunkan aku
selagi aku tak bangun selagi tu
dia pukul2 bahu bangunkan aku
lepas aku bangun
dia duduk atas perut terus lompat2
adehaiiii... boleh berbelit tali perut!

then kepala start berdenyut denyut hingga sekarang
cirit birit! masa cirit tu perrghh!! bisa rasa sakitnya
worse to worse
tadi ketika tengah ngetop tetiba rasa nak terkentut
sekali....... dengan taik2 sekali
siut!!!

dah2 nak layan mata tidur
nak tidur awal malam ni
ava pun dah tidur
sebentar tadi hujan lebat
best if tidur tapi ni dah berhenti
apa2 pun
jangan lupa doa before tidur
daaaaaa........

zzzyy
n3 rushing ni
selagi tu ava tak ganggu
selagi tu masih boleh menaip
tu dia tengah kacau nenek
nenek yang nak sambung tidur
sambil tu dia tengok babyTV

sebentar tadi dia menganggu aku
menekan keyboard lappy sana sini
buat SIL 'Tut", abislah if lappy ni kojol
anak kau ni asyik sibuk nak memadamnya saja

huu.. tu dia dah tengok sini balik
nak mengacau lah tu
tadi memula tengok aku ngetop
terus dia kata Eeeeee......
dan dengan langkah happy menuju ke aku

dan tanpa rasa bersalah terus tekan menekan
aku ambik chance cium mencium dia
sangat comel!!
mulut cumel dia masih ada bekas air liur
rambut kembang mengembang
tambah lagi bau hangin, kencing
dah tu duduk atas aku, kentut berderet2
aduhaii........ anak aku ni

eh dah datang tu
aku chow dulu ek
btw, good morning & happy weekend semua

zzzyy

Friday, January 27, 2012

Kemisi

Kemisi

=

Cuti

=

On holiday

zzzyy

Thursday, January 26, 2012

Twitter???

tah kot2 nya aku seorang je
yang tak reti guna twitter kot
rata2 orang sekarang bukan main lagi
tweet sana tweet sini
lelebih lagi semua dah guna handphone berinternet
sekejap2 bunyi tit! sekejap2 bunyi tit!
or version msg tone yg aku bagi contoh ni pun
masih ketinggalan zaman :)

aritu ada gak aku buka account twitter
saja2 nak tengok kehebatan twitter
yang orang sekarang tengah hebat guna
memula login je pun susah
login asyik tak successful

pastu nak letak profile picture pun
asyik tak dapat2
give up!!!
a few days later try lagi
kali ni try befriend with seorang colleague tu
fine
then buka lagi dia dah accept

tah somehow aku apa aku dok tekan
apa aku dok click
connect dengan colleague tu terputus
dah jadi tak friend kembali
adeehhh...

lepas tu try to follow orang
tah sapa nak follow lama gak fikir
last2 follow Mariah Carey
fuyioooo!!! canggih woooo
trus nak follow artis omputih
tak sedar diri tak reti guna pung

then jumpa colleague tu
suruh dia accept request aku again
tapi since then tak pernah masuk lagi
aku rasa boring
mungkin sebab aku tak reti guna
or mungkin sebab aku bukan artis
rasa takda cerita yang asyik
perlu aku kongsikan bersama

but all and all
sebab tak reti guna
and takda belajar guna
aku tak minat twitter
rasa cam leceh je
berbeza dengan FB
FB takda buat apa2 status pun
boleh gak layan status orang lain
dok komen2 (if rajin lah)
tengok2 gambar
sharing link and most of all
Main games!!!!

haruslah terima hakikatnya
aku ni kurang canggih dalam IT ^_^


zzzyy

Wednesday, January 25, 2012

Minyak Masak Takkda Stok???

last 2 weeks
pergi shopping kat boulevard
cari minyak masak tapi takda
yang ada pun semuanya
minyak jagung yang mahal2

cari kat kedai lain
fine ada tapi saiz sederhana
tu pun last 2 or 3
ok fine juga sebab kat rumah masih ada
pastu tak kisah lak tentang minyak tu
mungkin masa tu orang tengah nak restock kan
so tu ler yang takda kat boulevard
but if fikir2 balik
mana lak pernah takda kan

biasanya aku guna



ataupun



dulu guna seri murni
tapi ada ketika tu
ada bekuan kat dasar minyak tu
aku tak suka tengok camtu
tu yang tukar

lagipun kedua-dua minyak ni
aku suka bau dia
harumm.........
automatically my mind
kena set
if minyak wangi harum
makanan pun boleh jadi sedap :)

so semalam nak beli minyak masak lagi
sebab kali ni yang kat rumah
betul2 dah nak abis
tengok kat boulevard
seperti dua minggu lepas
takda minyak
yang ada pun minyak yang mahal
minyak jagung
tu pun saiz kecil

pergi ke boulevard wet market takda
ke servay pun takda
ada yang no 2 kecik je
no 2 pun no 2 lah
beli sebotol
then baru aku terfikir
apakah Miri shortage of minyak masak??
i guess memang yaaa
sebab susah nak beli minyak masak brand biasa
yang ada minyak jagung yang mahal tu

semakin hari semakin ada je yang pelik2 berlaku
ni shortage of minyak masak pun berlaku
kenapa? betul2 shortage ke?
or ni salah satu dari cara nak naikkan harga??

zzzyy

Tuesday, January 24, 2012

esok dah nak kerja
fuh!! confirm malas
lagipun mostly org kat dept aku cuti
floor aku 9 cuti tinggal 5 je
hopely tak busy sangat
boleh lah layan kerja sendiri

ni cuti rasa cam tak puas lagi
hari ni agak meletihkan
meskipun hanya berjalan sekejap
tapi ava buat hal
asyik merengek sesaja
nak tidur tapi degil
susah sangat ke nak pejamkan mata tu

lately dia camtu
asyik nak bermain saja
mengantuk pun dia tahan
kekadang kau baringkan je terus lena
kerana sebenar nak tidur
tapi selagi boleh ditahan dia tahan
nak main sambil tu merengek2 manja
nak minta dukung sana sini
aduhaiii... dia dah berat ler
tak begitu larat lagi aku nak dukung ke sana ke mari

zzzyy

Monday, January 23, 2012

good morning
awal buat n3 hari ni
ehh ke 9.15am tu awal ke?
heheheee.......

dah tak boleh tidur dah
seawal 6am dah berbunyi mercun
sejak malam semalam
nasib ada ekon
so tutup jendela pasang ekon
at least takda ler kedengaran nyaring sangat
ava pun sweet dream je
despite of bunyi mercun yang bertalu-talu
surprisingly dia tetap lena dengan nyenyak

just pagi ni saja dia terbangun dek mercun
tapi tu pun dah kira lewat dah 8.15am
cuma awal lah if compare to last 2 days
dia bangun 9.30am

programme hari ni
tak tentu lagi
memang ada jemputan open house
tapi rasa malas nak pergi
sebab baru nak start flu ni
asyik bersin2 saja
malam tadi tidur, hidung sumbat
sangat tak best
ingatkan nak enjoy the holiday
flu lak nak menyerang
tensen!! tensen!!

k lah sekian dulu update pagi ni
dah tak larat berebut dengan ava ni
orang nak menaip
dia pun sibuk nak menaip
curi2 menaip dari hujung sudut lappy

zzzyy

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year 2012.



zzzyy

Sunday, January 22, 2012

hari berehat di rumah
langsung tak pergi memana
keluar rumah pun
sebab main air dengan ava
sambil bersihkan verandah rumah

malam masak special sikit
tak banyak special nya hah
just sup tulang
kaki ayam kicap (cam yang kat dimsum tu)
sayur kacang

tu pun berpeluh peluh masak
hangit seluruh badan
rajin sikit sebab tak letih
if letih, confirm aku malas
terutama masak kaki ayam tu
banyak process

memula goreng kaki ayam tu
bab aku tak suka
sebab dia cam suka sesangat meletup letup
boleh kalah bunyi mercun!
lepas tu baru tumis n reneh hingga lembut
bila makan lembut je
takkan ada terfikir tentang
apa yang kaki tu pijak ketika hayatnya :D

ni nak sambung tengok supernatural season 6
kat luar dam dim dum bunyi mercun
tutup jendela semua
pasang ekon
takda lah bising sangat doh

k, dah kena desak adik
sebab nak tengok supernatural
ava pun masih sibuk menganggu ni
asyik nak joined menekan keyboard je

zzzyy

Saturday, January 21, 2012

letih tapi puas
petang yang full dengan aktiviti
keluar ke taman around 5pm
as usual bawa ava jalan2
kali ni pergi City Fan
suka tempat ni sebab luas
senang dia berlari2

then heading to Emart
seperti biasa nak shopping sayur kampung
but hari ni emart tak begitu happenin
mungkin sebab
semua orang menuju ke pusat bandar
yang ada bazaar CNY

lepas berkeliaran di Emart
menuju ke Giant
pun masih tak begitu ramai orang as expected
mana ek orang2 yang nak celebrate CNY ni??
or diorang dah balik kampung
or dah prepare awal2 lagi
or esok baru nak start shopping

keluar je dari giant
tengok jam dah 9.15pm
eemmm bila menghabiskan $$$
tak sedar masa berlalu
itu nak ini nak

oh yaa sebenar tadi dah pergi merdeka mall pun
seawal 10am dah lepak sana
pampers ava totally out of stock
kang takda stok, guna lampin anakku :)
angkut 2 pack n susu sebungkus
melayang $150
fuhhh!! mahal peralatan baby sekarang
wonder camna yang ramai anak survive hah???

ava if pergi merdeka mall
tak sah if tak pekena pokon tempat SIL kerja
tapi hari ni aku yang terlebih sudah
ava kurang berminat sebab mengantuk
and dia dah sangat2 kenyang

lepas shopping hantar SIL ke bank
again suprisingly tak banyak kereta
senang2 je parking depan bank
singgah kedai Anakku
menambah collection pepet ava
aritu beli 4 biji sekali
sering lost and found
kekadang ada 2 then jumpa yang ke 3 ke4
sebab dia jenis main buang je pepet tu
if kau bagi dia makan sesuatu
and dia tengah makan pepet
confirm dia buang pepet tu
bad habit

ni tadi dalam perjalanan balik
dia dah ngantuk
tapi bila sampai rumah around 10pm
dia dimandikan
segar
mak tanya nak ikut makan ke?
dia dah makan bubur
terus mulut berbunyi n menuju ke dapur
makan berlaukkan kicap pun jadi lah

then dah kenyang dia meroyan
mata mengantuk sesangat
sambil aku tukar baju seluar dia
sambil tu dia membebel
baringkan kat tilam
cium selimut busuk dia terus lena
less than 2 minutes!!!

talk about CNY bazaar
fuyioo really happening
semalam aku pergi
ava sangat excited sebab banyak lampu liplap
kebetulan semalam opening ceremony
ada main bunga api
bertambah seronok

jualan lak takda yang istemewa
ramai pejaja pasar malam berjaja
sayap ayam, buntut ayam, hati, badal panggang
semua ada
aku hanya beli keropok lekor
ava beli belon bentuk kapal terbang
tu mak baru turunkan
takut ava terbangun dan terlihat
terus tegur taknak tidur

k lah, dah kul 11.15pm
nak mandi dah
pastu nak pejamkan mata
letih sesangat
hopely esok ava pun bangun lewat
esok ada misi lagi
misi membeli pasu!!!
semalam aku beli 3 pokok bunga

zzzyy

Friday, January 20, 2012

Raun-raun

raun-raun

=

ronda-ronda

=

fooling around

zzzyy

Thursday, January 19, 2012

kerja dalam lazy + holiday mode
dapat rasa sendiri sangat2 tak productive
nak relax sesaja
tambah lagi badan sakit2 sengal2 sokmo
alahaiii..... makin mjadi lah sunset industry ni

tambah lagi kat office makan limau sesaja
bila perut dah kenyang mata pun ngantuk sesaja
can't resist the mandarin orange
as it was my favourite
tapi again seperti last year
this year limaunya masih masam
tengok dari tangkai dia
memang ketara belum begitu masak

oh yea
limau tu semua hasil gift dari para lawyer2
satu lawyer hantar 4 kotak
then another lawyer antar begitu juga
so berpesta lah makan limau
sampai limau yang dibeli kat rumah
langsung tak sentuh
tapi tak pasti lak masih ada ke ndak
mungkin dah dimakan orang2 di rumah

esok kerja guna tshirt je
tapi tshirt mesti colour merah
kebetulan corparate colour pun merah
ngam sesangatlah guna baju cap company

k lah
ngantuk dah ni
goodnite

zzzyy

Tuesday, January 17, 2012

Dear Motorcars Driver, if you were on the fast lane n a lot of others motorcars are following, doesn't mean you're gorgeous, pretty, handsome!! Its mean u'r slow, damn slow so pls ASAP drive at left lane!!!!! You're just spoilt others route by driving slow at fast lane!!!!!!!!

Status aku kat FB petang ni
geram dengan pemandu
yang sangat tak bertimbang rasa
pandu 60km kat lane laju
tak pasal2 buat jalan jammed

if yang dok sebelah kiri tu takpa gak
memang jalan tuk slow or tidak memotong
ni jalan sebelah kanan
lane laju n memotong
pepandai lak diorang drive cam siput babi
if bawa kereta kebal
confirm aku pijak2 hingga berkeping keping

dulu pernah dengar government cadang
belajar memandu hingga 60 jam
lepas tu baru dapat test JPJ
bukan masalah tak pandai memandu
tapi masalah loose character
kau buat belajar beratus jam
if memang jenis yang suka menyusahkan orang
tetap gak dia menyusahkan
driving sesuka dia saja
belok kiri kanan
memotong meskipun sempit/tak sesuai

sekarang aku dengar ada cadang suruh
yang belajar memandu secara manual
boleh bawa kereta manual or auto
tapi yang belajar guna auto
boleh bawa kereta auto saja
tah betul ke tak
kurang pasti aku
tapi bagi aku, that doesn't make any sense
menyusahkan orang ramai saja
banyak keburukan dari kebaikan

k lah nak tidur da
ava ni asyik bangun2 je
tah kenapa susah sangat nak pejamkan mata tu
tak faham aku


zzzyy

Sunday, January 15, 2012

hari berjalan bersama ava

bermula kul 1pm
lepak ke boulevard
jenuh juga que dalam jammed
adalah sangat ramai orang shopping
bak kata boleh berlanggar hidung

takda beli apa2 pun
opss........ beli CD tuk ava saja
plan asal nak gak shopping groceries kat supermarket
tapi bila tengok orang ramai
terbantut keinginan
tak larat nak ikut berebut rebut

ava memang sporting dibawa berjalan
bawa ke section mainan
sangat seronok pegang sana sini
section anak patung semua tu
banyak yang digeraminya
cium sana cium sini
terutama patung hyppo

nasib masih tak pandai minta
if pandai, sangat bahagia bawa ke sana
harga patung tu bukan calang2 pun
jarang yang under RM50

lepak bawa dia main kereta yg guna token
naik keretapi, kapal, kereta
sangat seronok

letih jejalan, balik kereta
ingatkan ava nak tidur
saja lepak dalam kereta tengok CD baru
ceh.. buat dia makin excited
tak dapat tidur
kena bawa balik rumah
which lepas tu dia tidur about 2 hrs
keseronokan plus keletihan

lepas dia bangun terus disuapkan bubur
pastu dimandikan
terus sambung berjala
kali ni ke taman, ke City Fan
taman yang besar senang tuk dia lari2
again, sangat seronok

lepas tu lepak servay tengok mainan
cadangnya nak pergi Toys World tapi dh tutup
tu yang melencong ke servay
masa kat section biscuit
alahaii berbunyi pap pap mulut ava
bunyi mcm nak makan tu
hah!!! tau lak dia tu makanan
alahaii anak sapa lah tu

sampai dalam kereta
terus buka cornflake jagung
(aku memang tak galakan makankeropok)
tu yang ganti dengan cornflake
makan cornflake, kaki berlipat
sambil layan CD baru dia
kekadang clap hand, angguk2 joget2
sangat seronok tengok dia happy

journey continue
ke boulevard lak
sebab nak beli makanan basah
kat servay takda yang best
hanya beli sayur
again, ramai orang
lebih setengah jam cari parking
ramai berbeno orang shopping hah
tensen2....

lepas tu baru layan nasi lelapan
ava memula mengamuk
sebab nak minum air dalam gelas
bila nasi dah sampai terus senyap
makan ayam yang dicebis2

all and all
my lil ava so good girl today
sekarang dia dah tidur keletihan
semua tidur kat luar
sebab aircond kat bilik rosak
need service
dah call tukang service semalam
tapi dua2 not available
tidur kat luar semua lah gamaknya
cuaca sangat panas
sesak nafas tidur dalam bilik
memang ada kipas tapi tak berkesan sangat

k nak tidur
good nite

zzzyy

Saturday, January 14, 2012

not a great nite
as usual, ava menangis meroyan takmau tidur
meskipun mata dah nak tertutup sangat
tapi masih degil taknak tidur
hairan tul aku
kenapa nak sangat menyeksa sendiri camtu
kerap sangat camtu

kekadang bangun sejam dua je
kekadang bangun even sampai 4 5 jam
ada kau tahan??
if sesekali ok lah
mungkin ada yang dia tak selesa
ni tuk minggu ni
rasanya dua or tiga malam je tak menangis
yang lelain tu menangis dan menangis
macam ahmad abab!!!!

monitor confirm rosak
takda niat nak repair
malas nak mengusung ke kedai kompita
dah lama lah monitor tu
pemberian adik
dah tiba masanya rosak kot
tengok lah nanti camna

next week fikir
nak beli monitor baru ke
or nak beli computer/laptop baru???
ada kemudahan loan zero interest dari company
tu ada juga terfikir nak beli baru
yang aku ada ni dah 3 4 tahun
if beli baru bererti
bertambah lak utang2 yang sedia ada
kena tengok budget dulu
dengan scale gaji baru january ni
tah ada ke tak extra tuk buat utang baru

emmm... malam ni ada office dinner
cam biasa lah takda excited mana pun
dah boring dengan dinner2 ni kot
dari yang grand se grand nya
kepada yang simple
apa pun rezeki jangan ditolak
lagipun lucky draw best
cash money!!!
semua dapat door gift cash money
dan ada 3 grand draw
as usual aku takda lah mengharap sangat
if kena anggaplah lucky
if tak, bukan rezeki lah tu
simple je kan

oklah nak lunch
lauk semalam!!!
perut dah berkeroncong
takda breakfast semua
direct lunch ni
ava dah mak ajak tidur
nak main je budak tu

zzzyy

Friday, January 13, 2012

Bejako

bejako

=

bercakap

=

talking

zzzyy

Thursday, January 12, 2012

kan as expected
as said in my earlier n3
monitor aku kojol!!!!!!!
petang tadi balik kerja
nak on
dah tak dapat lagi
ggrrrgghhh!!!!!!!!!!!!!

hari ni kerja kepala ngong2
seawal 4am ava dah bangun
merengek2 minta didodoi
dah tu didodoi style baby lak
sangat tension
dahlah pinggang sakit
badan semua sakit
fuyioooo!!!
tubuh sakit pedis magang!!!
(badan sakit semua)

ni update guna lappy adik
tengah lepak kat spital sebab SIL admitted
sakit apa tah aku pun tatau
ada cam small ciken pok tu
tapi doc kata bukan gak
mungkin infection effect dari fever
eeh camtu ke SIL explained tadi
maaf pendengaran kurang jelas
and pemahaman kureng
sebab tak concentrate

kerja tak busy
tapi sebab kurang tidur
dan hormone period datang
rasa nak marah sesaja
trying very hard to control
and so far
gladly berjaya
terhibur sebab
tiap2 berpesta makan limau mandarin!!!!
lalallalaaaaaa!!!!!

k stop disini dahulu
harap ada rezeki ujung minggu ni
boleh lah beli monitor baru

zzzyy