Saturday, October 31, 2009

Petang semalam balik kampung. Ingatkan nak tumpang Hypo tapi diorang akan balik awal pagi. Eh, tak larat ah nak bangun subuh2 tuk balik rumah. Tu lah Blackie terpaksa gak turun padang. Ni belum lama dah sampai rumah.

Di kampung sejak awal pagi tadi dah hujan lebat. Memang sangat best tuk tidur. Aku bangun kul 8.45am, pas gosok gigi terus breakfast teh panas dengan sayap ayam!!! Hah Siap kau!!!! Semalam balik kampung pun beli stok lauk tuk mak apak and jang semua berasaskan ayam. Paha ayam, bedal ayam, hati ayam, kaki ayam dan telur ayam!!! Yang menyelit adalah 2 ketul daging dan sayur2an.

Kat sini pun hujan gak. Kebetulan mak apak dan jang turut ikut balik rumah. Mak sampai je rumah terus tidur berselimut sokmo. Memang best tidur cuaca sejuk begini kan. Aku masih busy nak cek game2 kat FB. World Cafe sangat lah susah nak buka. Dah about sejam setengah online masih tak dapat gak loading. Tah apa hantu gergasi penyebab penghalang line berukben aku ni tak gak laju2. Semuanya happen after celcom dok busybody launching berukben blue dulu. Lepas je pelancaran tu terus line kat sini teruk.

Balik kampung, seronok tengok anak2 kucing membesar. Seminggu tak jumpa, tengok Comel sesangat lah besar. Begitu juga Sudin. Pokoknya semua kucing membesar dalam masa seminggu ni.





Sudin dan Putih, mula sayang2. Tengok si Kiki dan Comel tu nak menyusu kat putih.





Pastu, Sudin tengah mengusti Putih. Noty cat!!! Asyik nak bermain je. Bestfriend dia ialah Comel. Pagi petang siang malam, dok bermain je kerja. Sangat aktif.




Mana tak besar,Comel dan Kiki ni, walaupun baru lepas makan nasi terus menyusu kat putih. yang nampak kepala tu Comel, yang nampak ekor tu Kiki.



Comel menyusu tergoleng goleng.



Ni kiki. Menyusu dalam siksa. Badan dia ditimpa Putih.

zzzyy

Friday, October 30, 2009

Jumaat, well seperti biasa aku memang suka Jumaat. 2 days off sebelum start baru on isnin. Hari ni adalah hari terakhir bulan October. Dah sepuluh bulan berlalu dalam tahun 2009. Apa yang telah kita achieved? Apakah perubahan dalam dan dengan diri kita? Adakah kita semakin kuat? Semakin tabah? Semakin matang dan semakin memahami asam garam kehidupan di dunia? Dan yang pastinya kita semakin tua..... Atau dengan perkataan yang lebih sedap didengar dan lebih disenangi, lebih matang. Kita lebih matang :)

Life aku takda banyak bezanya dari tahun2 yang lalu.Cuma yang pasti, lebih banyak makan asam garam dunia. Makin lali dengan sepak terajang tipu daya kehidupan. Atau kadang2 makin tabah dan makin kuat semangat. Yea, memang tidak dinafikan ada banyak kali jua aku akan jatuh dan termangu dengan keadaan. Dan sering di uji dengan berbagai dugaan, yang mana ada sebahagiannya adalah kali pertama bagi aku. Memang rasa agak menyakitkan, menyusahkan tapi bila iyanya berlaku pula kepada orang lain yang juga pertama kali seperti yang aku pernah alami, sekurang2nya aku tahu apa yang harus aku nasihatkan tuk orang itu.

Well, kerja pun aku rasa aku maju setapak dari kebiasan. Aku belajar dari bawah, dulu ground floor dan sekarang di first floor. No kidding k. Dulu kat tingkat bawah tu aku buat kerja yang totally lain dari yang aku buat kat tingkat pertama ni. Sifu aku pernah kata, sekiranya aku dapat menguasai segala selok belok dalam urusan di dept aku sekarang, my karier is complete! Aku dah dapat berbangga dengan bidang kerja yang aku ceburi ni. Yea, sekarang aku dah mula merasai kebenaran kata2 Sifu aku dulu. Aku takkan berputus asa, aku dah melangkah jauh dan tak mungkin tuk aku undur lagi. Dan karier yang aku pilih ni meskipun secara tak sengaja dah jadi sebahagian dari aku. Aku suka dengan apa yang aku lakukan.

Emm, guess that was for now. Nak ready tuk balik kampung. Sekejap lagi adik akan jemput. Sejak adik ada hypo, blackie dah jarang jejak kaki ke kampung. It's time for him to relax. Biar hypo pulak bertanggungjawab memikul urusan keluarga.

To everybody, selamat hujung minggu dan bergembiralah selalu.

zzzyy

Thursday, October 29, 2009


Cuaca yang agak panas malam tadi. Bangun je terus mandi cuci rambut semua. Ni tengah duduk bawah kipas ngadap PC. Thursday, semangat tuk kerja baru nak menaik. Semangat, lelebih lagi bila mengenangkan esok adalah Friday. Aku suka!!!!

Hopely today won't have briefing. Previous briefing, Tuesday, aku amatlah mengantuk. 45mins of briefing hanya sia2. Dan rasanya bukan aku seorang saja yang sangat mengantuk. Tengok muka yang lelain pun semua blur dan macam mata garfield.

Bos brief, baca newspaper tentang budget tahun depan. Baca dan baca dan baca. Alahai.... apa kehal lah pula nak buat begitu. Common lah, semua orang dah baca tentang budget tu kat newspaper, takyah lah nak ulang dan ulang lagi. Danlah bos tu jenis yang tak reti nak explained dan tak reti nak buat speech. Dia baca sesaja dari newspaper tu.Rasa nak nangis pun ada. Nangis ketensenan tahap gaban.

Hari ni suppose to have briefing too. Nasib bukan that boss again. If tidak, tuesday dan thursday adalah hari aku akan merasa sakit dan nak ambik MC. Agaknya bagi yang berpangkat manger tu memang suka nak bercakap kan. Yalah tengokkan top bos kat management, meeting sesaja kerja. Tah lah, mungkin tanpa di meeting dan di briefing, diorang hilang hala tatau pa nak dibuat or memang diorang dibayar tuk dengar meeting kot. Tahlah aku pun kureng faham sebab aku bukan bos! :p

zzzyy

Tuesday, October 27, 2009

Cepat!! Cepat!! Kena update cepat sebelum line meroyan lagi dan lagi!!!! Nie line aku ni pelik dan ajaib. Awal2 mlm ni ok skit tapi pas kul 7pm nanti memang sah akan start mamau! Dan tahap kemamauannya pun akan di tahap maksima!

Mamau=babo=nyanyuk



Tapi aku nak update pasal apa ya?? Hari ni keja mendatar je, takda yang special. Datang pagi menunggu masa lunch, after lunch menunggu masa balik, pas balik mandi makan semua, menunggu masa tidur, bangun je keesokkannya start semula new day with the same schedules.

Begitu lah hidup aku seharian, sebulanan, setahunan. Korang lak camna?? Anything interesting suggest to do? Nak exercise, keletihan campur kemalasan menguasai segala. Nak belajar menari, dah plan dah tapi tunggu dan tunggu nak beli kasut sampai sekarang tak gak beli2. Banyak sangat penyebabnya. Last2 plan tinggal plan. Dan badan pun menaik macam ditiup2. Doa2kanlah semoga suatu hari nanti terbukalah hati aku melakukan aktiviti2 yang menyihatkan badan ni.

Dan.......... hah!!! Satu perkara yang aku tak bosan dan tak malas nak buat. MAKAN!!!! Lelebih lagi if bersama Ani or SIL. Makanan utamanya ok lah sedang2 tapi side ordernya, huh!!! berjela2 cam surat cinta!!!! Itu nak ini nak. Last2 beli semua. Dan bila dah semua depan makan, if tak makan sayang gak kan, so lantak je lah. Dan akibatnya, badan gebu bak belon!! WaaaCChhaaaa!!!!!!!!!!!!!

Stop dulu, nak buat favourite hobby. Makan!!!! :p

zzzyy

Monday, October 26, 2009

CAK!!!!!

Huh! Balik je kerja terus on pc online. Hidangkan makanan yang telah masak di Cafe World, main mafia wars dan accept gifts2 yang kawan2 bagi di FB. Yalah, baik buat cepat2 sebelum line internet aku meroyan.

Kerja, well, monday biasalah memang engine masih slow. Dan kebetulan kerja pun tak busy, buat satu persatu dari A to Z semua. Seronok bila dapat abiskan 1 case sekaligus. Takyah nak terkejar2 korek file sana sini which sometimes, kepala sendiri hardly can see kerana atas meja berlonggokan files.

Perkembangan dinner, mostly kerja aku dah settle. Door gifts dah tempah dan dah dapat pun. Sangat comel! Nanti selepas dinner baru aku boleh show kat sini. If show sekarang, takut takda surprise pula bagi kawan2 yang baca blog ni. Begitu juga dengan invitation card, dah aku edarkan.

Ramai yang complain kenapa awal sangat aku edarkan, takut diorang hilangkan. Abis tu if aku yang jaga dan aku hilangkan semua camna?? Kan memasing dah besar panjang tua bangka, so pepandai lah simpan. If takut sangat hilang, simpan lah dalam Peti Simpanan Besi! Hehehee!!! Dan jawapan kejam aku kepada semua soalan tu, If korang hilangkan, so makin banyak lah peluang tuk yang tak hilangkan menang lucky draw kan! Berani ke???

Dan satu lagi pertanyaan yang aku bengang nak jawab sebab kitaorang belum decide pun. Semua peruntukan belum dapat sepenuhnya. LUCKY DRAW, apa adiah no. 1??? Selamba je aku jawab, Tayar Viva!!! Muka semua macam, HAH???!!!!!

zzzyy

Monday, hari yang mostly orang akan merasa sangat malas or hari macam2 sakit datang (Alasan tuk ambik MC). Sama juga macam aku, sangat2 malas terutama tuk bangun pagi.

Nothing much happening week-end ni. Semua cam biasa aku tak dapat update sebab line internet terutama semalam langsung tak dapat masuk blogspot for the whole day. So, walaupun idea banyak nak update tapi terbantut semua sebab tak dapat masuk blogspot.

Main game kat facebook pun tak dapat. Ngadap PC dok mereload page je kerja. Fed up kan. But what can i do??? Nangis tak berair mata je yang mampu.

k lah, sorry for the simple update. Dah takda masa, nak turun kerja ni. Well, Have a nice day everybody!!!!

Saturday, October 24, 2009

Mari cuci mata

Jum cuci mata dengan gambar2 yang aku snap masa pergi Bintulu aritu.



Gambar deco kat hotel.

Gambar2 di Taman Tumbina




























.




zzzyy

n3 takda idea

Semalam pas balik dari kerja, balik kampung and stay overnite. Dan pagi selepas breakfast, pergi ke kebun buah2an. Bawa rambutan, langsat, durian balik rumah. Sekarang ngah lepak quarters SIL, plan nak tengok Pondorum. Dengar cerita best. Ok elok lah tengok, lagipun lama dah tak layan wayang.

Sebenar nothing much happen lately, tu lah tak banyak cerita nak buat n3. Musim buah2an ni, asal week-end je mesti lepak kampung. Tapi mungkin by next week dah takda durian lagi. Langsat masih banyak begitu jugak rambutan. Banyak yang belum masak. Dan target utama aku ialah buah mata kucing yang sedang lebat menunggu masa tuk masak.

K lah nanti aku post n3 lagi. Ni susah skit sebab guna laptop adik. Aku tak reti sangat guna tanpa mouse. Ada mouse ni tapi susah nak gerak sebab takda pad dia. Letak atas buku licin je, tak begitu siok diguna.

Oh ya, salah satu sebab aku makin jarang update ialah sebab busy main game kat FB. And the lastest game aku addicted to is Cafe World. Ngeh! Ngeh!

zzzyy

Thursday, October 22, 2009


2 hari tak update blog. Bukan sengaja tapi asyik2 tak boleh buka blogspot. Connection sot or memang tak boleh. Aku pun tak tau dan tak faham. So far line berukben quite ok cuma slow tu memang dah tak boleh nak disembuhkan lah.

Aku sihat walafiat. Kerja adalah dalam keadaan tempoh bertenang. Why i said that, cos sekarang ni adalah tidak busy. Business still on cuma takdalah kencang sangat seperti sebelum. Mungkin selari dengan keadaan ekonomi yang lembab gak kot.

Persediaan tuk Annual Dinner Northern Region sedang berjalan dengan lancar. Most of my assignment dah nak siap. Invitation card pun dah siap print which i'll get it by today. The door gift pun dah order, will siap soon. Cuma tuk opening ceremony je yang aku masih cari equipment dan still thinking apa nak buat to make it grand. Think about it slowly lah.

Oh ya, lama gak takda post about food rite. Well, this is yesterday lunch menu.




Mee kolok



Makan dengan curry ayam. Sedap!!!

Siap kau!! Aku ni makan tak kira waktu, lunch pun boleh makan cam breakfast. And lately asyik berselera je makan. Berat pun naik mengebu2. And i guess, penyebab utama kenaikan berat aku lately ialah DURIAN!!! Mungkin betul atau tidak cuma aku rasa tu lah penyebabnya. Aku mengkaji with a few of my colleagues and most of them naik berat adalah pemakan DURIAN yang kronik juga!!

Eh, k lah kena chow dulu. Takda masa nak tulis panjang2. Nak ready tuk kerja. I'll try all my best to update daily. Have a nice day alls!!!

zzzyy

Monday, October 19, 2009

Ladies take care of your own hearts.........



If a man wants you, nothing can keep him away

If he doesn't want you, nothing can really make him stay

Stop making excuses for a man and his behaviour

Allow your intuition or spirit to save you from heartache

Stop trying to change yourself for a relationship that's not meant to be

Slower is better

Never live your life for a man before you find what makes you truly happy


If a relationship ends because the man was not treating you as you deserve then heck no, you can't "be friend" wouldn't mistreat a friend.

Don't settle


If you feel like he is stringing you along, then he probably is

Don't stay because you think "it will get better"

You'll be mad at yourself a year later for staying when things are not better

The only person you can control in a realationship is you

Avoid men who've got a bunch of children by a bunch of different woman

He didn't marry them when he got them pregnant, why would he trat you any differently?


Always have your own set of friends separate from his

Maintain boundaries in how a guy treats you. If something bothers you, speak up

Never let a man know everything. He will use it against you later

You cannot change a man's behavior. Change comes from within

Don't EVER make him feel he is more important than you are

Even if he has more education or in a better job

Do not make him into a quasi-god

He is a man, nothing more nothing less

Never let a man define who you are

Never borrow someone else's man

If he cheated with you, he'll cheat on you

A man will only treat you the way you ALLOW him to treat you

All men are NOT dogs

You should not be the one doing all the bending...

Compromise is two way street

A relationship consists of two WHOLE individuals...

Look for someone complimentary... not supplementary

Dating if fun..... even if he doesn't turn out to be Mr Right

Make him miss you sometimes...when a man always know where you are, and you're always readily available to him - he takes it for granted

Never move into his mother't house. Never co-sign for a man

Don't fully commit to a man who doesn't give you everything that you need

Keep him in your radar but get to know others

You should know that:-

You're the best thing that could ever happen to anyone and if a man mistreats you, he'll miss out on a good thing. If he was attracted to you in the 1st place, just know that he's not the only one.

They're all watching you, so you have a lot of choices

Make the right one


Ladies, take care of your own hearts....


zzzyy

Sunday, October 18, 2009

Bintulu Part 6

Khamis, after 2 malam di Bintulu so tiba lah masa tuk pulang ke where we are belong, Miri. 3 days 2 nights in Bintulu, cukuplah tuk relax2 setelah sekian lama tak keluar dari Miri.







Muka2 keletihan selepas balik dari taman tumbina. Datang je kat bilik semua plan nak mandi dalam bathtub. Mula2 SIL then mak then apak dan aku. Rasanya aku yang paling lama, siap bawa henpon pasang music. Siap mengurut tunjuk2 kaki dan betis yang lenguh dan letih naik bukit.

Malamnya semua tidur awal sebab keletihan. Huh, berbaloi juga mengeluarkan peluh pergi taman tumbina tu. At least ada gak exercise selepas asyik makan je. If korang pergi Bintulu, jangan lupa pergi Taman Tumbina ya. I enjoyed the green scenery very much!

Keesokkan harinya, aku lah yang paling lambat bangun. Sil awal2 lagi dah mandi ready tuk breakfast. Again, aku duk bilik ngadap laptop, malas nak keluar, malas nak breakfast. Sambil tu sementara semua orang keluar, aku kemas2 lah barang skit sebab jap lagi nak check out. Lama gak ah diorang keluar, aku kelaparan dan nasib baik kebab yang Jue beli semalam masih ada. Perggghh!!! Sedap!!! Licin aku belasah!!

Perjalanan Miri Bintulu adalah mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Sepanjang perjalanan, permandangan adalah ladang kelapa sawit yang baru ditanam dan belum berbuah.









Syukur kepada cuaca yang sangat elok dengan langit yang membiru dan melancarkan lagi perjalanan balik kami.

Kami singgah di pekan Batu Niah yang terletak dalam perjalanan. Di pekan inilah terletaknya Gua Niah, salah satu daya tarikan pelancong ke Miri.













Pemandangan Gua Niah yang merupakan jaluran bukit batu. Pekan BN yang kecil adalah berlatar belakang kan permandangan Gua Niah ini. Permandangan yang sangat menakjubkan dan dalam masa yang sama agak mengerikan. Aku taktau macam mana nak terangkan kenapa aku merasa ngeri ya, tapi bila korang berkesempatan ke BN, korang sendiri rasakanlah perasaan itu.



Jeti sungai Niah. Tidak lama dulu, ketika banjir dan sungai ini melimpah ke pekan BN, buaya sering kelihatan lepak2 di bawah rumah2 yang berhampiran.





Posing, beberapa minit di pekan BN!!

Di persimpangan masuk ke pekan BN pulak adalah tempat persinggahan bas perjalanan jarak jauh. Disini terdapat banyak kedai2 keperluan.





Pasar sayur dan buah2an yang kebetulan sekarang ni tengah happening. Dimana2 kelihatan langsat, rambutan dan durian.



Food court yang besar dan terdapat bermacam2 gerai makanan disini.



Ini adalah salah satu daya tarikan di Food court. Cerita selanjutnya aku akan buat di next n3.

Kami akhiri perjalanan kami dengan singgah di Pantai Terusan, yang kebetulan juga di dalam perjalanan balik ke Miri.







Pantai yang sangat bersih dan curam.

Takkanlah nak lepaskan peluang tuk posing kan.







Dan tak sah if takda posing style kartun.













Posing bersama Hypo yang sedia berkhidmat.



HYPO kesayangan adik dan SIL.



Begitulah berakhirnya percuti 3 hari 2 malam aku ke Bintulu. Sangat menyeronokkan sebab banyak agenda yang dilakukan tanpa dirancang berjalan dengan lancar. Lepas ni waiting for next vacation, Bandung-Jakarta.

zzzyy