Friday, April 30, 2010

Usually aku suka Friday tapi hari ni bermula dari bangun pagi tadi lagi aku dah terasa sangat malas. Mata mengantuk cam di gam-gam walaupun tak juga lambat tidur semalam. Dah tu bila dah duduk depan PC di office rasa sakit berangin-angin bahagian belakang dah bahu. Huh!!!! Dah flat lah tu. Minggu ni kerja memang banyak, non stop ngadap PC sampai ada kala terasa cam nak termuntah kemabukan PC!!!



Mulanya plan, one of SIL nak belanja family makan. Tapi mak dan apak tak dapat datang sebab hujan lebat kat kampung tambah malam ni ada majlis hari jadi kat sana. SIL yang nak belanja pun jatuh sakit, nak pengsan tadi.

Tengahari tadi my bos ajak happy hour malam ni temankan para auditor. Aku go head aja, jadi pak pacak pun takpa. My mind so pack, i need a break! Nasib lah bos aku ni muda-muda so senang sikit mata memandang bila happy hours bersama. Muahahahaa!!! Bukan mengatal tau, aku masih respect dia sebagai bos aku even umur tak jauh beza. Cuma aku boleh rapat dengan dia sebab aku kenal dia masa dia masih sama-sama dari bawah lagi (of cos tinggi gak ranking dia dari aku masa mula-mula dulu). Aku dengan dia takda lah nak ber Mr Mr sokmo. Aku panggil nama hujung dia saja.



Ada yang melopong bila aku panggil nama dia gitu aja, tapi dia tak kisah. Pangkat tu bukan penghalang yang penting saling sama bekerjasama memajukan department, buat kerja hingga selesas dengan perfect nya!

K nak mandi. Ani dah call, ajak pergi makan dulu sebelum jumpa diorang. Malam ni aku dan Ani jadi GRO!!! hahahaa!!! Salah-salah, suppose to be 3 of us ladies. Cam Charlie Angle. Tah yang satu tu jadi ke tak, aku dah pesan kat dia, if tak pergi aku takmau kawan!!! Dia kata tu lah yang dia takut!! Hahhaaa!!!!!
Aku paling suka menyakat nyonya ni!!!


Thursday, April 29, 2010

Hmm.. beberapa hari ni langsung takda idea nak buat n3 apa di blog. Atau adakah aku dah bosan berbelog?? Tah lah aku pun dah tak dapat nak fikir apa sebab nya atau dah tak dapat nak menafsir perasaan sendiri. Yang pastinya hari-hari agak mendatar. Takda perkara yang mengexcitedkan.



Office pun camtu juga. Busy tu sudah semestinya lebih-lebih lagi sekarang ni ada internal auditor, semua kerja harus di buat hati-hati. Workstation kena sentiasa log off if takda kat meja kerja. File-file yang berselerakan kena padat-padatkan masuk dalam kabinet. My 2nd boss bakal pindah dan berganti. Get promoted and go to another branch. 7 may last day dia. Boss baru bukan dari branch tapi biasalah dengan dia sebab sebelum ni dia mobile officer antara northern region ni. Sekarang ni dalam process service take over dan biasa-biasa kan diri antara satu sama lain. Bagi aku no problem sebab ni man boss, senang tuk bekerjasama. Lain lah if lady boss sure ada ketika nak bercakaran. Biasanya camtu lah kan.

Emmm... perut terasa lapar tapi takda selera nak makan. Minggu ni selera aku jatuh mendadak!! Mungkin sebab banyak kerja mind jadi stress selera hilang! Bagus juga ya, harapnya berkurangan gak berat badan ni sedikit. Ni hanya minum segelas susu Anlene. Agar tulang tak reput wehh!!!!

Tu salah satu sebabnya. Sebab kedua, aku if tak makan, mudah sakit pedih hulu hati or gastrik. To prevent it, elok minum susu cepat-cepat. Bila minum susu pula, aku suka bancuh dengan susu banyak-banyak. 1 mug simpan sampai 7 sudu besar susu, sampai cam nak tepu pula susu tu. Pastu bila dah minum susu, perut mula bergelora.
Kentut tak henti-henti!!!!

Sangat bahaya if minum susu awal pagi sebelum turun kerja. Sebab 8/10 kali aku minum mesti perut bergelora. Pernah sekali balik dari lunch, perut terasa memulas. Cepat-cepat pergi toilet. Huh!!!! Ingatkan nak buang air besar, rupa-rupanya kentut besar!!!! Kedengaran berat-berat dan berderet-deret!!!!!! Soooo scarrry!!!! Terpaksa asyik pretend-pretend siram toilet supaya ada kedengaran air mengalir. If senyap je, kang ada yang masuk toilet boleh sakit jantung lalu pengsan dengar kentut aku!!!

zzzyy

Monday, April 26, 2010

Tahun ini adalah tahun yang bertuah bagi aku. Aku sangat-sangat terharu kerana ramai yang mengingati tarikh hari jadi aku. Di FB saja, aku terima lebih dari 50 wishes. Lenguh juga tangan menaip ucap terima kasih atas semua wishes tu tapi tu tak mengapa yang penting bertapa aku rasa amat terharu dan dihargai even just a little wishes.



Dari bestfriend aku, Ani, Priscilla, Arina, Herman dan Pat, aku dapat sebuah handbag Carlo Rino. Fuhh!!! i like!! Hitam itu menawan, well, they know my taste, suka bag besar tapi bukan yang berkilat-kilat. Thank you so much my dear friends.



Dan ni aku dapat dari Ani, bedsheet + comforter dari Chester. Sangat-sangat happy sebab i didn't expect it at all. Thanks again Ani, love you many-many (bukan bodek ah ni, memang aku sayang Ani dah macam kakak sendiri) Arina and Priscilla too, kami semua dah macam adik beradik, kongsi susah senang bersama.
Arina, thanks so much too for the Kenzo perfume.


Aku sangat bahagia kerana mempunyai family dan kawan-kawan baik yang amat prihatin dan penyayang. Aku doakan semua sentiasa aman damai murah rezeki sihat sentiasa kerana aku amat-amat sayang kalian semua. Segala sokongan, dorongan, kasih sayang kalian amat aku hargai. Aku mungkin tidak sekuat ini tanpa kalian semua. Semoga pertalian kekeluarga dan persahabatan ini kekal hingga ke akhir ayat. Amin....

Sekarang ni Lea Sport centre tengah sale 1/2 harga gila-gila. Semalam aku dan SIL pergi lah tengok di Lea kat Bintang Megamall. Perrgghh!!! memang banyak macam jenis kasut lah sampai rabun mata nak pilih. Ada juga a few high heel yang aku berkenan tapi fikir punya fikir, aku baru je guna one of my high heel last week. High heel yang dibeli khas tuk dinner awal tahun tadi, pakai sekali pastu terbiar sekejap sebelum aku bawa dia ke office last week. Aku pasti if aku beli high heel baru sure salah satu antara 2 yang kat office tu akan bakal masuk tong sampah. Bukan rosak pun cuma aku ni jahat. Bila dah dapat kasut baru, aku suka buang yang lama even masih okay cuma dah lari alignment skit tu.

SIL yang kebetulan tengah buat persediaan tuk annual dinner somewhere May nanti terus rembat sepasang kasut. Tu pun lepas lama gak pusing-pusing belek-belek sana sini. Aku, huh tak sah if tak beli walau hanya beli sepasang selipar.



Okaylah reasonable harganya RM19.90. Boleh guna hari-hari dalam perjalanan dari tempat parking ke office dan lunch break. Masa kat office of course kena guna high heel.

And malam tadi sebelum sampai rumah, SIL call cakap one of pelekat kasut dia dah patah ketika di beli. Terkilan juga kenapa lah tak tengok masa beli tadi ya. Dahlah kat kedai tu ada tulis, Good sold cannot exchangeable and returnable.



If benda ni dah patah, confirm 200% kasut tu tak boleh pakai kan, so kira sia-sia je lah membeli. Malam tadi aku dan SIL pergi Lea tu lagi berhajat nak tukar. Jumpa lah seorang jurujual yang more or less mungkin supervisor dia kot sebab baju dia lain dari yang lain. A bit smart dan bukan guna baju yang ada tulis diorang tengah buat sale 50% discount tu.

Mati-mati dia kata tak boleh sebab dah tulis kat dinding tu tak boleh tukar.Siap blame kita sebab tak check dulu masa beli semalam. Well, memang lah kita salah tak check bebetul tapi diorang pun bertanggungjawab juga kan. Kita beri sepenuh kepercayaan yang mereka akan jual barang yang boleh pakai dan in order kan so of course takda lah was-was yang akan bakal membeli barang yang dah rosak.

Rasa tercabar juga ya. Siap kata so maknanya diorang memang jual barang yang dah rosak lah kepada customer. Berani lagi saleman tu cakap, adalah segelitir tu memang dah tak berapa elok cuma sepasang dua saja yang baru, dijual masa stock clearance ni.

Aku dah nekad dari semalam, if tak boleh tukar, aku nak minta surat bertulis confirm kan yang diorang memang taknak tukar barang tu, pastu aku akan bawa perkara ni ke pejabat hak pengguna. Walaupun ada rule tapi rule is create by human dan kita boleh langgar peraturan tu dalam certain circurmstances. Kenapa diorang buat rule, goods sold unexchangeable and returnable??? Sudah semestinya diorang tahu yang diorang jual barang yang dah rosak dan tak boleh guna kepada pengguna kan. Kenapa nak jual barang camtu??? Kan tu namanya menipu pengguna. Memang tak patut kan. If memang jual barang yang elok semuanya kenapa nak takut???

Ni sebab pengikat kasut tu dah patah tu lah yang nak tukar. If kalau bab yang tukar sebab salah saiz ke common sense juga kenapa tak boleh tukar kan. Ni expect kita just lupakan saja dan burn RM50 tu tuk sebuah kasut yang tak boleh dipakai langsung?? Oh tidak.... berpeluh ketiak tau tuk mendapatkan RM50 tu!!!! Ingatkan boleh jumpa kat tepi-tepi jalan tu?? Even if harga RM1 pun memang tak adil lah if kita beli sesuatu yang dah rosak dan tak boleh digunakan.

Ops! aku terlebih membebel pula. At the end, seorang salegirl datang, ambik kasut tu terus cari yang baru tuk tukar tanpa banyak soal. Kitaorang happy dia pun aku rasa happy juga dapat berjuta-juta terima kasih dari kita orang. Doa semoga dia murah rezeki :)



Aku ni membebel, membebel juga tapi lepas tu pergi to another branch of Lea Sports Centre, siap angkut pulang 2 pasang kasut. Memang takda plan nak beli pun tapi jalan punya jalan, tertengok lah 2 kasut ni. Yang kanan tu memang lama dah aku suka design tu cuma dulu yang aku jumpa, dia takda tali kat pergelangan kaki. Susah lah nak berjalan if takda tali tapi yang ni ada terus aku terpikat. Yang satu tu pula, aku memang minat kasut runcing didepan. Heel tak tinggi dan sesuai guna dengan jeans. 2 pasang hanya RM59! Kali ni taknak pisang bebuah 2 kali. Check every detail sebelum beli. SIL pun rembat another pair milky colour low heel.

Hoh!!! belum sempat pergi melancong dah asyik shopping je lately. Dalam bulan terdekat ni saja aku dah beli 4 pasang kasut!!!! Ting!!! Give me an idea what to shop in Bandung and Jakarta..... *wink* *wink* ;p

zzzyy

Sunday, April 25, 2010

Cerita birthday cake SpongeBob belum habis lagi.
Hari ni adalah hari tuk operate dan ngap Mr SB tu.



Spongebob kartun berbaju kuning yang tak handsome
tapi menawan hati.


Wajah-wajah SIL aku yang begitu sayang nak potong SB tu.


Aku walaupun dengan perasaan tak begitu rela memotong bahagian badan SB satu persatu. Aku makan bahagian seluar dia!


zzzyy

Saturday, April 24, 2010

Malam tadi celebrating birthday dengan keluarga. Walau tidak semua menghadirkan diri tapi cukuplah meriah. Tambah lah family aku memang jenis yang sporting dan gila-gila.


Bermula dengan makan-makan di Micheal BBQ and Stimboat. Semua bersemangat makan terutama mak. Perrgghhh!!!! Takda pandang belakang langsung.

Since orang ramai kat tempat tu, tak best gak nak buat upacara tiup lilin dan guna ours special costumes. Plan pun plan, last-last lepak kat taman permainan depan bilik sewa SIL. Nak buat kat rumah aku, tak sempat sebab SIL tu nak start kerja 8.30pm. Nurse kerja shift malam.


Datang je kat taman terus semua guna topi, tangkap gambar dan nyanyi. Acara potong kek hanya buat dalam action saja, tak sampai hati nak potong. Mungkin esok baru makan sama-sama tunggu SIL-SIL ku tidak bekerja. Dan.............. I LOVE MY BIRTHDAY CAKE VERY VERY MUCH!!!!!!


Tarraaaa.................... kartun berbaju kuning!!!!!! Pemberian SIL-SIL aku tersayang. Suka!! Suka!!! Tu lah semalam tak sanggup nak potong memana bahagian badan dia. If turutkan hati, birthday tahun depan baru nak makan (sebab masa tu mungkin akan dapat cake baru). Ai Ai Captain!!!!!

Petang ni pula ada happy hour dengan kekawan lah pula. Agak pack juga schedule aku tahun ni. Ramai yang ajak keluar sama. Banyak appointment yang kena re adjust. Kaf FB pun ramai kekawan yang wish happy birthday, sangat terharu...... Terima kasih semua atas segala wishes. Terima kasih semua sebab mengingati hari jadi aku. Uhuk... uhuk.... uhukk.. <<-------- nangis sebab sangat-sangat terharu.


zzzyy

Friday, April 23, 2010

Dedicated to all the womans i love..........



This is me and today is my birthday :) Sudah jauh perjalanan ini ku tempoh. Banyak dah onak duri tawa gembira tangis derita yang telah ditempuhi. Ada kala aku kuat, sangat-sangat kuat namun ada kala nya juga aku jatuh tersungkur seteruk-teruknya.

Tapi itulah hakikat kehidupan. Umpama roda, kadang kala di atas, ada kala nya di bawah. Walau apa pun dugaan, semua itu harus ditempuhi dan hidup harus diteruskan.

Ini adalah antara wanita-wanita yang amat aku sayangi
dalam hidup di hayat ini.

A woman has strengths that amaze a men
She can handle trouble and carry heavy burdens
She holds happiness, love and opinions
She smiles when she feels like screaming
She sings when she feels like crying,
Cries when she's is happy and laugh when she's afraid
Her love is unconditional!
There's only one thing wrong with her

SHE SOMETIMES FORGET!!
WHAT SHE IS WORTH..........




Mak

Sembilan bulan sembilan hari mengandungkan aku dan melahirkan aku ke dunia ini. Seorang yang sentiasa gembira dan gila-gila. Kami umpama kawan. Pantang disebut about foods, sure dia sengih sakan. Kebelakangan, mak berselera saja tuk makan. Kadang-kadang sering kena sound dengan aku sebab kepoh mengalahkan TV3. Namun apa pun, aku sentiasa sayang mak.



My 1st SIL. Bestfriend mak sebab mereka sentiasa sama-sama bersemangat bila bab makanan. Seorang yang cergas dan tangkas. Orang yang selalu kena marah dengan blackie sebab walaupun dah ada hyppo masih gak menumpang blackie. Hahahahaa!!!!



My 2nd SIL. Seorang jururawat yang sering kena buli dengan adik-adik. Kecik molek tapi sekarang my 1st SIL sering bagi semangat, welcome to the club!! Sebab dia pun dah turut sentiasa bersemangat makan.



Ani. My colleague my bestfriend my sister my neighbour. Kat office bila nak tau tentang dia tanya aku, bila nak tau tentang aku, tanya dia. Sering kena bebel dan marah dengan mulut laser aku, tapi aku tetap salute dia, dia tetap sabar sebab dia tahu aku marah-marah sayang :p



Arina, another colleague and my bestfriend. Perangai dia more or less macam aku. Sentiasa bersemangat, tangkas dan fast learner. Ibu kepada 3 anak yang comel dan aktif. Sering supply imported chocolate.



Priscilla atau sering aku panggil LOT singkatan kepada Jenglot. My another colleague, my lunch partner. Soft spoken tapi hebat, mampu menjaga 4 naughty young boy at the same time!!!

This is all the women that i love. My friend my heart my soul. Aku sungguh bersyukur kerana ditemukan dengan insan-insan ini semua. Sentiasa memberi aku semangat, kekuatan dan salah satu sebab untuk aku teruskan hidup. When they are sad, im sad and when they are happy, im happy too...

Never take someone for granted
hold every person close to your heart
because you might wake up one day
and realise you lose a diamond
while you are busy collecting stones.



zzzyy

Thursday, April 22, 2010

Hari ni aku cuti tapi lebih sibuk dari hari bekerja. Seawal 8.00am dah keluar dari rumah hantar adik SIL pergi hospital buat endokcopi (tah betul ke tak spelling aku ni). Tapi tu ada masalah sakit-sakit kat perut dan doctor guna hose tu hah masukkan dalam mulut check dalam perut tu. Ngeri juga aku dengar.

Masa menunggu kat hospital, arina sms bagitau one of our colleague's father meninggal pagi tadi. So bila dah camni of course kena pergi melawat dia juga kan. About 3pm baru sempat pergi melawat tu pun selepas balik office sekejap buat something yang penting. Nak settle kan minggu ni juga. Masa kat office, aiya! kes tak best, ada auditor!!! Perrgghh!!!! masa kena audit ni memang tension. Banyak permintaan yang perlu dilayan. Nasib aku dah pindah department, if kat department lama dulu, sure aku kecoh ambik files berkoyan-koyan.

Tadi juga aku menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, buat e-filling. Huh!!! nasib tiap-tiap bulan dah bayar income tax guna PCB, if tidak, berkerut juga dahi bayar. Letih ah camni, setiap hasil titik peluh nak di tax. Even gold coin award pun kena tax juga.

Ada pergi Giacoma juga, tak sah if tak beli sesuatu. Ani beli periuk dan aku beli towel yang comel!! Sebuah towel besar dan 2 face towel hanya RM20.90!!! Ni sekejap lagi aku nak menilik catalogue dia, sure ada yang aku terbekenan :)

Dalam perjalanan balik rumah, again, aircond blackie buat hal. Tah dah abis gas or masalah lama datang kembali. Ada yang bocor. Esok nak service blackie dan tengok-tengok aircond dia tu. Harap jangan lah apa-apa teruk terjadi ya. Aku takda duit ni hah!!!

Sampai di rumah macam balik dari kerja pula. Pagi tadi tengok seekor lipas kat pintu bilik tidur aku terkia-kia macam nak meninggal. Aku spray dengan spray nyamuk. Ni aku balik tengok ada seekor lagi kat tempat yang bertentangan turut meninggal. Aikk!!! Tadi dia CPR yang seekor tu ke sampai dia sendiri keracunan dan meninggal juga ke??? Atau dah plan sehidup semati????

zzzyy

Wednesday, April 21, 2010

Dua malam lepas, pergi makan lagi di Citrus. Kali ni ajak lebih ramai korum. Nak try makanan kat sana dengan lebih mendalam lagi. Tak puas makan dengan Ani that day sebab masa sangat limited.

Kali ni order agak pelbagai tapi takda lah sesedap mana pun. Tah samada aku sukar tuk dipuaskan atau makanan kat sana memang tak begitu sedap. Orang local buat bistro western memang sering mengecewakan dari segi masakan. Don't know why they never learn.


Chicken chop aku menu yang terawal sampai. Semua lapar tengok. Tu dua orang SIL aku yang asyik dok menghendap chicken chop aku.



Untuk minuman 3 milk shake, 1 banana monkey (juice pisang) dan root beer float. The drinks, sedap!



Antara menus, pizza, beef fried rice, seafood fried rice, baked mcbeef dan tah pa nama yang tengah tu, aku tak pasti.

Aku ni dah cam routine, hari-hari makan kat luar. Bukan kerana banyak duit tapi kerana aku malas nak masak lagipun lately terasa sangat-sangat letih. Kerja banyak di office so bila sampai rumah dah tak larat lagi nak masak memasak. Memasak ni most of the time, kerjanya memang leceh. Nak sedia itu ni potong sayur daging ayam dah sekian, pas masak pula kena cuci dan lap dapur bersih-bersih. Yang makannya hanya lah beberapa minit saja! Sungguh tidak worth kecuali lah bila aku nak makan makanan yang terasa aku masak lebih sedap dari yang kat kedai tu, baru lah aku masak. Tu pun sangat jarang sebab aku tak expert masak!!! Nyeh!! Nyeh!!! Nyeh!!! :p

Semalam first time makan kat chilli pepper restaurant. Makan nasi lelapan dan sea cucumber soup. Emm not bad juga boleh datang lagi. Harga pun amat berpatutan. Thanks SIL sebab belanja.


Lepas makan, lepak kat tempat kerja another SIL di Bintang Plaza. Dia kata ada sesuatu nak bagi and guess what?? Aku dapat pewangi tuk kali ke dua nya hari ni. Tadi di office Arina, bestfriend, bagi perfume by Kenzo. Ni SIL pula bagi body mist by Victoria Secret. Yes!!! Yess!!! Thanks so much SIL. Aku beruntung sesangat dikelilingi orang-orang yang pemurah. Semoga mereka di murahkan rezeki. Amin....

Esok dan jumaat aku cuti. Yahoo!!!!!

zzzyy

Sunday, April 18, 2010

Last nite ada office dinner kat Marina Bay. The food tak sedap tapi that doesn't matter much cos i enjoyed myself bersama dengan colleagues. Happy hours until some of us drop. Nak karaoke tapi takda lagu best, asyik lagu cina je, mana nak reti. Dah lah player kat situ tak makan CD ciplak so memang kawan ada bawa lagu yang boleh dinyanyi tapi tak dapat dimainkan pula. Cis!!! Spoilt je planned nak berkaraoke sakan, lagipun tempat tu takda provide any song list. Nyampah!!!



2 diatas tu adalah antara menu makanan malam tadi, sebenarnya tak sedap tapi yang bawah tu sedap! Hahaha.. tu kari kepala ikan merah yang mak masak kat rumah. Yummy!!!! Tapi aku makan sehiris je sebab bagi space kat perut ready tuk dinner. Ni terliur ingat kesedapan kari tu. Issk!! Isskk!!!

Pagi tadi temankan mak apak dan jang breakfast cum lunch kat 2020. Aku hanya makan bun dan kopi tu pun hampir terkeluar balik. Hairan gak aku ya, kenapa aku cepat sangat kenyang. Hingga sekarang hanya makan 1 bun tuk breakfast 1 tuk tea, segelas susu dan 2 hiris honey dew. Hairan dan hampir tak percaya dengan diri sendiri, kenapa hari ni takda selera makan ya?? Dah banyak sangat makan lately kot. Macam dah tatau apa nak dimakan lagi. Rasa-rasanya if manusia boleh dimakan, mungkin aku dah makan juga ya. Fuii!! Fuii!!

Lepas bagi mak kenyang-kenyang makan, time tuk bodek mak!!! Suruh mak beli ikan!!!! Ikan kat aquarium tinggal seekor saja, opss dua termasuk ikan sapu. Dah beberapa minggu mak kata nak beli yang baru so akhirnya hari ni baru tercapai hajat! Mula-mula kat rumah janji suruh beli 2 ekor then bila dah sampai kedai jual ikan, terus beli 3! Bagi 2 pasang! Beli ikan emas merah. Comel-comel! Bukan ikan saja, suruh mak beli makanan dia, ubat buang klorin dan wallpaper aquarium.



Masuk je aquarium mak complained, dari $50 duit dia tinggal $12 je. Kata nak beli ikan tapi banyak ler pula side order nya. Cakap kat mak, hah! $12 tu cukup tuk beli 3 bungkus makanan anak-anak dia kat kampung nun. Hehehee!! Mak jadi tipah tertipu.....



Antara anak-anak mak dan apak di kampung! Sapa cakap kucing dan anjing tak boleh bersua. Tu buktinya diorang boleh bergurau senda bersama. Yang Aduh (anjing) tu sangat aktif, tak boleh duduk diam, berlari sana sini. Nak bermain saja kerja dia. Dah tu time bagi kucing-kucing tu semua makan, dia yang lebih-lebih. Tadi kena kurung dalam toilet sekejap sementara kucing makan.


Hah!!! Ni kes Aduh kena bagi mandi. Mak dan adik mandikan, sekali lagi, guna syampoo kucing!!! Dah lah makan makanan kucing, guna syampoo pun kucing juga yang punya. Bulu dia sebenar sangat cantik, macam rumput carpet tu. Ada lah hari tu apak tengok dia macam gatal-gatal, terus di beri cream anti fungal yang buat bulu dia tanggal pula.Aduh hodoh sangat, macam bekas kurap pula. Ni masa mak bagi mandi, Aduh memang membesar dan gemuk lah. Bulu skit je tapi perut dan badan masih besar tak cam anak anjing umur 2 bulan. Obesiti!!!!!

zzzyy

Saturday, April 17, 2010



Bangun seawal 5.40am di pagi sabtu, hari cuti. Ada urusan yang perlu diuruskan, dan 1pm tadi baru selesai. Letih!!

Ni dh kat rumah, sekejap lagi nak tidur. Mengantuk dan pening kepala. Malam nanti ada dinner kat Marina Bay dengan colleagues. Last dinner bersama ialah annual dinner awal January. Ni lah masa nya tuk berjumpa bercerita tanpa had masa dengan kekawan. Dah lama aku tak bermesra dengan kawan-kawan dari floor yang berlainan terutama ground floor.



Dulu masa aku kat ground floor, aku dan kekawan kat situ rapat-rapat belaka sekarang aku dah pindah ke first floor dah ada gap pula rasa. Lagipun topic dah tak sama. Dulu sama dept, sama topic. Sekarang memasing dengan kesibukan memasing. Dalam seminggu tu ada kala tak berjumpa langsung!

zzzyy

Friday, April 16, 2010

Since malam tadi hujan turun membasahi bumi Miri yang telah lama kemarau. Udara terasa segar dan nyaman. Hari ni kerja masih busy tapi apa-apa pun kena cool walaupun hakikatnya dalam hati hanya tuhan yang tahu. Malam-malam sebelum tidur pasti fikir camna lah nak cepatkan kerja-kerja di office tu ya. Nak buat itu dulu ke ini dulu?? Which end out, bila sampai di office keesokkan harinya, apa yang di plan tinggal plan. Ni urgent tu urgent. Ni kena buat dulu tu kena buat dulu. Yang selainnya seperti project terbengkalai. Tapi tu lumrah kan, dah namanya dunia pekerjaan, kena flexible bersedia lompat sana sini bila-bila masa diperlukan.


My workstation yang kucar kacir macam tongkang pecah!!!!

Semalam mak dan apak datang (dah balik pagi tadi, terpaksa balik sebab mak bekerja, tapi yang pastinya mak datang tempat kerja lambat!) sebab adik yang seorang lagi nak pergi offshore Dubai. So, dah seperti tradisi keluarga, bila sesapa yang nak pergi bekerja jauh, family akan berkumpul dan makan bersama-sama. Semalam pergi lah tempat yang aku pergi last week, makan burung puyuh dan fish and chips (2 menus yang sedap, recommended) lamb cube,asam kaki ayam (aku seorang je yang makan), mee goreng basah, kuehtiaw goreng kering, tahu, chicken chop (mushroom dan black pepper flavour yang sama2 tidak sedap!).

Lepas tu pergi airport hantar adik, which flight suppose to be 9.40pm tapi well as usual, Airasia tetap delay to 10.30pm. I guess adik pun tak pasti apa flight dia guna bila dah check in baru lah macam, hah!!! landing after midnite kat LCCT??? Next morning 11am flight adalah dari KLIA. Aku dan SIL dok potpetpotpet! Plan tuk adik itu ini. Adik yang selama ni tunjuk 'terror' kali ni blurrr. Plan dia nak Check in hotel sementara tunggu flight 11am keesokkan hari nya.

Plan aku dan SIL sama sekali berlawanan. Tak perlu buang duit check in hotel (walau boleh claim company). Reached LCCT after midnite terus ke KLIA tidur kat sana. Jarak agak jauh dan teksi pastinya double charge sebab after midnite. Tidur je kat KLIA, tak payah nak fikir selesa-selasa. Ni tuk sementara. If check in, hari dah awal pagi (mungkin 2 3 morning baru sampai hotel), tidur sekejap then around 8 or 9 sure dah kena bergerak dari hotel. Hotel mungkin nampak dekat tapi tu KL, sure jalannya berpusing-pusing dan jammed. Silap2 by 11am tak sempat sampai airport.

Tidur KLIA, tak perlu rush tak perlu tengok jammed.Bangun je pagi mandi je kat toilet di situ, pastu boleh surfing, buka je kedai makan terus boleh breakfast. Peace of Mind!! Tah camna lah adik buat, aku tak tanya SIL. Dia check in ke or terus KLIA.

Dan disebabkan bapak dia dah offshore, sekali lagi Hyppo terpaksa berkongsi dengan rumah Blackie. Dah lah aku tak reti drive manual!!! Semalam try, asyik mati engine. Hoh!!!! Tension2!!!! Ni hujan minggu aku mesti nak belajar juga. Tak boleh jadi Hyppo dibiar begitu saja, nanti lumpuh kaki dia takda exercise berjalan.

*wink*wink* kat SIL, tadi masa start engine Hyppo, jumpa perfume, tu tu yang kuning kat picha Hyppo tu. Tak baik tau simpan dalam kereta, takut bau dia hilang keharumannya :) so dah dikeluarkan dan dah duduk atas my dressing table. Week-end hantar tapi sudah semestinya sebelum hantar, aku spray-spray sendiri dulu :p



Ni pula tempat lunch tengahari tadi (Dipamerkan khas tuk SIL-SIL), Citrus. Makanan dia not bad ah, boleh pergi lagi dan makan lagi dan lagi. Friday? or Friday go for stimboat sebab mak and apak pun turun. Lagi happening kat sana kan. If pergi sini takut mak tak puas, apak pula tak reti makan western food. Bagi mee goreng baru dia berselera sesaja.



The foods yummy!!!!! Raspberry float, lamb chop dengan black pepper sauce yang sedap dan macbaked beef pun marvelous!!! Macroni di bake dengan cheese dan campuran beef. So far terbaik!!!

Malam ni nak jumpa para tukang-tukang masak di pasar malam. Tadi plan nak jogging lagi tapi hujan. Sejak aku baru nak start jogging ni, hari asyik hujan je walaupun hanya renyai2. (semalam saja yang lebat). Dengki tak suruh aku get fit lah tu, suruh aku get fat!!!!

zzzyy

Tuesday, April 13, 2010



Fuh!!! Dua hari ni kerja sangat-sangat lah busy. Ni pun masih banyak lagi kena siapkan dalam minggu ni juga. Bila kerja dah banyak, maka mereka-mereka yang pemalas tu mula lah berdengus sana sini. Tapi bukan aku. Aku adalah orang yang paling menyampah tengok mereka-mereka yang bersikap demikian. Dah tu memang kerja yang kena buat hari-hari kenapa nak mengadu boring lah benci lah. If dah taknak buat kerja tu, pindah department je lah or berhenti saja duduk rumah jadi boss sendiri.


Ni yang buat aku hangin bila mereka-mereka ni buat perangai cam bebudak lebih-lebih lagi superior aku. Kerja kat atas meja memang banyak kena buat, so sudah tentu lah aku buat part aku dan kemudian turn diorang pula buat part diorang. Ada lah yang pepandai kerana malas atau tak dapat nak handle kerja-kerja yang banyak tu, suruh aku stop buat yang patut, tunggu dia habiskan yang sudah-sudah tu. Ohh common lah, suruh aku stop??? Hilang akal apa????
Tu semua kerja urgent lah. If aku delay, nanti aku yang kena marah ngan boss. Sapa susah?? Aku juga yang susah kan. So kenapa aku harus ikut cakap mereka-mereka yang slow pemalas dan taktau handle masa tu??

I'm not a kid dear, aku tau lah apa yang should and shouldn't done. Yang penting aku harus siapkan kerja ikut masa yang sepatutnya atau secepat mungkin. If yang diorang lambat or slow tu diorang punya pasal lah. Aku tak campur as long as aku siapkan my own part. Yang lelain tu boleh blaaaaah!!!!!!!!!! Muahahahahhaaa!!!!!

Isskk, melalut pula dah aku ni. Maaf lah korang terpaksa baca bebelan aku. Aku sebenar tension sesangat dengan sikap orang begitu. Spoilt semangat aku tuk bekerja. Apa salahnya bekerjasama, cuba buat kerja yang sepatut nya tanpa perlu berlengang-lengang kangkung. Kena tengok keadaan lah kan. Ni time kritikal, semua nak cepat so perlu lah lebih produktive kan. Tak payah lah dok melayan feel malas tahap maksima tu. Issskk!!!!!!!!! Tak faham aku.

K lah, good nite yaaaa.....


zzzyy