Wednesday, March 31, 2010

Hari yang agak menyenangkan. Kerja di office tak sibuk, cuaca pun tak begitu panas. Dan yang paling menyeronokkan,setelah lebih setengah tahun berkipas di office, akhirnya hari ini dengan rasminya dapat aircond baru. Yess!!! Yesss!!! Kipas pun dah kena kebas sebab now another department pula aircond nya rosak. Dengar diorang complain, terasa cam dalam sauna terutama server room berdekatan. Bagi our department, dah tak hairan pun, dah lama kami merasainya and yet still can survive :)



And not to forget, yesterday we did have a new photocopy machine too. Yang lebih canggih, dok main touch screen je. Semalam bila orang canon hantar, aku dan beberapa colleagues belajar lah camna nak buat photocopy. Then bila orang sales datang, kekunun aku nak mengajar lah ya, just photostate a simple IC, tu pun tak berjaya!! Cait!!!! Kawan yang seorang tu berabis2 gelakkan aku. Kekunun nak show off tapi terkantoi. Ciss!!! Siut punya machine, camna tak menjadi ya??? Aku tak puas hati, bila takda sapa guna machine tu aku pinjam IC colleague try photostate. Ehh.... menjadi pun, kenapa tadi masa nak show off tak jadi pun. Hahaa!!!

Dan yang sadis nya photostate lama (yang warna kekuningan tu) terus diletak kat tepi. Dah banyak dia berjasa tapi diperlakukan seperti kacang lupakan kulit. Tapi what to do, dah dia rosak asyik lapar nak makan kertas, sapa nak guna. Lagipun yang baru ni begitu canggih. So terpaksa lah selamat jalan romeo kepada photostate machine lama....

Dan malam semalam, aku dan adik2, sil2 berproject makan-makan kat Siamess Secret. Semua order lelain sebab nak test rasa makanan kat situ and as for me, ini adalah kali pertama. Recommended cuma makanan dia in a small portion, the price, huh! boleh buat berpeluh juga.

We try lasagna, fish and chips, fried squid, pineapple fried rice, talapia in chilli sauce, crispy fried mee, chicken mushroom and seafood pizza. My favourite, lasagna and chicken mushroom pizza!!! Yummy!!!! Yummy!!! Lenkali boleh pergi lagi.



Lepas makan, perut pun dah terover kenyang, so jejalan kat supermarket boulevard beli barang-barang keperluan harian. Aku hanya beli susu Anlene (agar tulang tak reput <<--reput tulang bak kata Aziz dalam cerita Ali Baba), apples, pears, deodorant, orange juice dan softener.
Masih ada stock barang keperluan lain di rumah.



Dan hari ni aku, Ani and Sila borong tshirt RM10 lagi. Aku beli 5 helai (1 bagi colleague), Ani beli 6 helai dan Sila beli 4 helai. Not bad gak baju2 kat kedai murah ni, which just beside office. Aku suka kain dia yang selesa dipakai dan gambar kartun yang comel2. So far lebih dari 5 dah aku beli. If koyak dalam masa 2 3 bulan ni worth juga ah, what do we expect baju harga RM10 kan.

Ok lah time tuk tidur, Glee dah abis begitu juga CSI. Dua2 dalam masa yang sama, aku sekejap2 tengok 701 sekejap2 tengok 711. Nasib nanti ada ulangan. View BlogWeekend baru duduk elok2 tengok. Good nite semua, don't forget your prayer before bed.

zzzyy-i said a little prayer for you...

Tuesday, March 30, 2010

This is collection of my favourite pictures.

Have a nice day!!!




Me and sunset


Taman Tumbina, Bintulu



Mum's Birthday



Trusan beach

zzzyy

Monday, March 29, 2010

Emm... Monday, for sure, for most of us, it won't such a great day to start especially if after a great weekend. But nothing could complained about, that was fact of life, we always start our things on monday. Monday always be the 1st day of the week.

Aku, macam biasa, bangun pagi confirmed malas tapi kena juga datang office bekerja. Especially pagi ni, setelah sekian lama takda turun, pagi ni hujan turun!!!! Hujan awal pagi ketika hari bekerja, for sure boleh buat tensen tahap cipan. Alangkah indahnya dunia jika hari ini adalah hari sabtu!! Dan dalam fikiran berlegar2 akal jahat, rasa2 macam nak ambik MC lah itu lah so bila fikiran dah sakit, automatically badan pun turut sakit. Tapi takkanlah asal isnin je sure sakit kan.

Aircond yang sepatutnya dipasang hari ni delay lagi. Seems nothing smooth about that aircond thing. Quotation rejected by HQ pastu terpaksa minta yang termurah dipasaran. Huh!!! murah2 pun cost installation je dah 1K. Tu pun replacement hanya 1 je instead of 2 yang rosak tu. Tah le tak faham aku, nobody really care. Friday, satu bulb lampu tetiba jatuh dari housing dia. Ingatkan meletup tapi tak gak, cuma jatuh. Ada mini gempa bumi kot. Dah tu photostate machine pun mogok since last week. Asyik makan kertas je. Aku hairan gak dengan company yang supply tu, nama je supply photostate machine tapi bila rosak takda replacement pun. Camna nak guna?? Pernah sekali tu diorang hantar replacement dengan mesin yang sangat2 tua!!! Dah tak function sepatutnya. Again orang yang sepatutnya kisah tentang hal elhwal staff sekali lagi tak kisah. Complain pun dia buat endah tak endah juga.

Dahlah sekarang dia semakin mengila. Macam2 rule nonsense dia buat kat office. Ingat orang nak ikut? Takda maknanya. Hello, tu office tau bukannya sekolah tadika. Everybody know their own parts, semua dah tua bangka pun. If someday dia kena daulat, sure ramai tak hairan. Sangat gila kuasa. Dia ingat dengan bebuat begitu dia akan berkuasa, well yeahh mungkin orang akan ikut tapi pastinya berpada2, buat yang seharusnya saja. Dan yang lelain tu sure menunggu kejatuhan dia.

Jenis orang yang macam ni rasanya ada masalah mental. Tak boleh bertolak ansur, nak orang ikut kata dia saja meskipun orang ada pandangan yang lebih munasabah dari dia. Nak cara dia gak, kunun taknak ikut cara orang ni lah orang itu lah. Oh, common lah, kan mostly yang orang buat tu jadikanlah taladan, yang elok ikut, yang tak elok tu biarkanlah. Rasanya tak semua perbuatan orang tu tak elok kan terutama orang yang lebih berpengalaman. Issk, lantak lah dia nak buat apa, asal tak ganggu aku which was very glad, tak payah bekerja dibawah dia lagi. Yess!!! Yess!!!

zzzyy

Sunday, March 28, 2010

Ni ngah layan nustan cerita Devdas. Errkk, if tengok sampai abis, confirm esok kerja dengan mata bengkak!! Aku takmau tengok lagi pas tulis n3 ni. Nak layan mata tidur!!! Cerita Devdas tu memang amat mengharukan terutama aku adalah peminat finantik Shah Rukh Khan. Ramai2 heroin, aku paling suka if SRK berpasangan dengan Kajol. Memang serasi dan hingga kini favourite movie aku adalah Huch Huch Hota Hai. Suka segala2nya tentang movie tu. Dari pelakon, pakaian dan jalan cerita. Kesedihan yang disajikan sangat menyusuk kalbu. 10 tengok confirm 11 kali aku nangis. hehehee :)

Aiyak!!! Apasal FB ni hah!!?? Semua game tak boleh loading, Geram tul, kacau orang nak bekebun, nak berperang sebelum tidur. Kang nanti aku tak nyenyak tidur kerana risau kebun aku expired, aku bom kang FB ni.

Ni picha aku sebagai kucing pun tak dapat2 nak upload. Sipak teranjang kang menara Celcom tu. Biar tumbang pastu bakar pastu pijak2 sampai jadi debu!!! Bukan main lagi launching itu ini, faster than this faster than that tapi semua hampeh!!!! Arrrggghh!!!!!!!!!!

Eh, tak baik memarah sebelum tidur kan. Takut nanti mimpi hantu! Tidak!! Jauhi lah. Tak rela aku. Esok lak kerja, confirm rasa malas tahap maksima, nasib bila ingat Friday tak kerja, happy gak skit sebab kena kerja 4 hari je.

Aktiviti hujung minggu, semalam ada project makan2 dirumah sempena celebrate birthday adik SIL. Hari ni lak, jejalan pastu hantar mak balik kampung. Jenguk kucing2 dan tengok anak puppy gemuk mak. Dulu ingatkan dia cacat sebab masa 2 minggu bila dia duduk tak dapat berdiri, macam singa laut! Rupa2nya macam manusia juga, bukan masanya tuk dia berjalan, gigi pun belum tumbuh masa tu. Cuba tengok sekarang ni, huh!! asyik nak main je. Cumel, anak kucing sering jadi mangsa dia. Gigit kat tengkok kat kaki dan yang cumel lak, gigi kat telinga dan ekor dia. hahaha!!! Tergelak besar aku tengok. Tu bukannya sekarang kucing dan anjing dah boleh berkawan, tak sesuai lagi perumpamaan seperti kucing dan anjing yang sering berkelahi tu.

Hah, at last dapat gak upload picha kucing tu. K lah nak tidur dah, don't forget your prayer before bed. Nite2...

zzzyy
A woman gets on a city bus.

She looks at the driver and holds up one hand; the driver holds up two hands.

Next, the woman points up; the driver points down.

Then, the woman grabs her breast; the driver grabs his crotch.

Finally, the woman grabs her butt and gets off the bus.

A curios passenger asked the bus driver what the odd motions were all about.

The driver explained, the woman is a deaf-mute. She asked me if a bus ride is five cents, and i told her it was ten cents.

Next, she asked if the bus was going uptown and i told her it was going downtown. Then, she asked if the bus was going pass the milk-farm, and i told her it was going pass the ball-park.

The passenger interjected, ok, but why did she grab her butt as she left the bus?

The driver continued, she replied, Oh shit! Im on the wrong bus!!!

zzzyy

Saturday, March 27, 2010

Bangun pagi ngadap PC dua jam sebelum jadi ah so cuci baju semingguan. Lepas jemur baju baru mandi. Buat treatment rambut dengan hot oil VO5. Now dah duduk bawah kipas keringkan rambut sambil layan TV layan FB layan Blog. Dah breakfast dengan segelas Kopiko dan sebungkus Twisties, Yo ayam!!!!

Malam ni ada family gathering kat rumah aku. Baru je SIL sms tanya nak masak ke bbq ke or suruh chef2 kat pasar malam masak. Aku kata suruh je chef kat pasar malam masak. Kita relax sambil chitchatting dan layan tv. Aku cuma plan nak masak sup campur. Nanti pas mak dan apak datang, ajak diorang pergi shopping. Anyways, aku dah rasa excited. Last family gathering last thursday masa kita orang pergi picnic.





Ni aku dah excited tunggu family berkumpul. Sudah semestinya acara utama ialah makan2. Acara routine! Hehheee!!!



Love this pic! Sudah nak buat tau. Naik semput aku dok lompat2 cari angle yang betul. Ni antara yang aku suka. Should ambik gambar more like this.



With that kind of pose, terasa cam superman!! Hahaha!!

zzzyy

Friday, March 26, 2010


Hidup terasa bagaikan diperjara. Kiri kanan serba tak kena. Otak , urat, kulit atau tengkorak di kepala itu, tah aku tak pasti, bahagian manakah yang menyebabkan kesakitan kepala seharian. Sejak bangun pagi tadi lagi. Tapi yang aku pasti adalah sebab cuaca yang berasap dan panas mengigit semacam. Sangat2 tidak menyelesakan kehidupan. Lebih2 lagi kat office aircond rosak, dan yang paling menyakitkan hati rasa nak teriak nyaring2 ialah, tempat yang ada aircond tu satu ditutup dan satu lagi di slow. Hoiii!!!!!!!! Tu lah saja2nya aircond harapan tapi dibuat begitu pula. Kenapa lah ada manusia yang sangat tak prihatin begitu?? Mementingkan diri sendiri ditahap kebodohan cipan.



Kerja takda lah busy and i love friday. Macam sebab biasa, sebab pulang sejam lebih awal dari hari biasa, sebab esoknya adalah weekend dan aku boleh bangun lewat. Yess!!! Yess!!! Nothing much happening around lately. Bangun tidur, turun kerja, balik kerja, tidur dan weekend kekadang merayau2 melepak, kekadang duduk di rumah saja. Takda yang meng excited kan. Project2 kecil yang sering dijalankan adalah makan2. Enjoy my day with foods!!!

Ni pun aku dah nak turun keluar ke pasar malam. Tunggu hari malam so sejuk lah sikit.


zzzyy

Thursday, March 25, 2010



Hmmm.... wassup2!! Baru balik dari makan BBQ dan stimbot. Makan sesaja lah project aku lately.

Hari ni semua ternanti2 angpau yang dijanjikan ketika birthday our company CEO. Most of us expecting it could be paid bersama dengan gaji hari ni tapi hampa. Aku bangun seawal 5.56am just semata2 nak check acc samada ada masuk duit xtra or not. By the time clock strike 6am terus buka ebanking tapi hampa, takda extra pun. Tapi glad gak sebab hari ni gaji masuk, boleh gak bersuka ria 2 3 hari pastu duit abis balik. Macam mana nak simpan duit dengan gaji yang tak seberapa dan ekonomi sekeliling yang semakin meningkat??



Tadi pump minyak kereta sebab dah tinggal 2 bar. Biasanya bila dah tinggal minyak takat bar ni, dah tak power lak nak drive blackie. Pump ler RM40 minyak Ron97, sekali tengok hanya 2 bar naik. fuyiooo yooo yoooo.... Dengar kabar government will do something about the petrol somewhere June nanti. Tah pa yang diorang buat pun masih no idea. Hopely jangan lah harga minyak naik lagi.

Aik, makin mengantuk lak mata ni. Dah kering kontang idea nie. Sekian ya. Goodnite

zzzyy

Tuesday, March 23, 2010

Beberapa minggu ni or lebih elok dikatakan kebelakangan ni dah memang jarang sangat masak kat rumah. Lebih sanggup drive ke town lagi demi tuk cari makan. Sampai most of the time dah tatau nak makan apa or pergi kedai makan mana. Macam semua kedai dah dikunjungi dan makanan yang boleh dimakan dah dimakan.

Tadi pun pergi town bertujuan tuk dinner tapi takda tujuan. Last2 lepak kat parkson since kat parkson ni banyak tempat makan tapi takda selera gak makan fastfood. Sugar bun, sejak peristiwa makan sup ayam yang masih berais hari tu, rasa2nya buat masa terdekat ni memang tak akan makan kat sana lagi lah. KFC boring, Md pun boring selalu que panjang. Kadang2 que beli makanan lebih lama dari masa makan. Leceh!!

Jenguk secret receipe, eem takda selera ler nak makan western food sebab aku ni suka tu suka gak western food kalau yang setakat jenis yang chop2 or pie2 tu tapi kureng lah minat nak pergi tempat2 western. Selain mahal with a small portion, aku kurang percaya dengan orang tempatan buat western food. Selalunya memang tak sedap pun. Tah bahannya rasa pelik ke or memang bahan yang pelik tu salah dimasak or kurang bahan, pokoknya most of the time serba tak kena lerr if orang tempatan masak western. Jarang jumpa yang expert.

Back to pencarian tempat makan aku tadi, last2 macam menu orang ngah demam pula. Makan bubur kat Marry Brown!



Ok lah rasanya cam bubur :p Takda yang istemewa.



Sudah semestinya mesti ada ayam!!! Tak sah if takda ayam. Breakfast telur ayam, lunch mee kolok ayam, dinner pula bubur dengan ayam goreng dan nuget ayam. Semuanya ayam!!! Kalau lah ayam tu boleh membunuh, rasa2nya aku adalah antara orang yang pertama diorang sembelih. EEeeeeee............ nervous bila imagine :o



Lepas makan pergi watson menghabiskan sisa2 duit sebelum gaji. Tergoda dengan packaging yang cantik2 colour2. Terjengel biji mata tengok para lipstik, para cosmetik, mask2 macam2 lagi lah. If ikutkan nafsu dan banyak duit sure semua aku nak try. Cuma beli lip balm Palmer- lama dah mulut mengelupas tak terfikir lak nak beli lip balm.

Beli travel pack Nutox, ada cleanser, day cream dan serum. Dulu lama dulu masa dia mula2 keluar pernah gak cuba dan suka sangat dengan serum dia tapi masa tu RM70 adalah sangat mahal tuk salah satu dari cosmetic. Cari yang lebih murah dan terus terpaut dengan Olay Total Effect hingga sekarang. Ni nak cuba serum tu balik sama rasa comfortable cam dulu or dah lain rasa. Kena tunggu lepas try beberapa hari. Nanti aku story lagi.



Ini adalah Aduh, keluarga baru mak dan apak kat kampung. Baru umur sebulan. Anak anjing yang perasaan dia manusia. Menangis kat kotak dia ketika hari panas meskipun rumah dia ada atap semua dah tak expose pada matahari pun. Suka kat depan kipas or letak kat atas tile toilet. Baru lah senyap dan tidur nyenyak sebab tile tu sejuk. Dah cam zoo rumah mak kat kampung nun. Ada 5 ekor kucing bulu oren kekuningan. 2 ekor anjing Adu-mak dan Aduh-anak. Sekor labi2 besar dan sekor kecik, beberapa ekor kura2, sekor baru meninggal dunia minggu lepas. Beberapa ekor ikan puyu, 5 ekor anak itik dan tah berapa ekor anak ayam kampung yang baru menetas last week. Rasa2nya boleh tak buka mini zoo binatang kesayangan harian?

K nak tidur dah. Goodnite sweet dream and don't forget say your prayer before bed. papaiii

zzzyy

Monday, March 22, 2010




Monday, sudah semestinya hari yang terasa sangat lah malas nak turun kerja lebih2 lagi aku cuti 2 hari last week. Sampai je kat office ada lah pula case yang kena settle. Awal2 pagi lagi colleague dah poppet2 kat aku, suruh aku arrange ni arrange tu. Aduhh.......... belum sempat tarik bernafas dah ada lak case kebajikan masyarakat kena settle. Dahlah kat atas meja banyaknya kerja yang dah bersedia tuk diuruskan. Agak lari gak allignment awal2 pagi diserang case bertubi2. Bila dah tinggi hari sikit baru lah dapat berfikir dengan relax dan saksama.

Belum berjalan satu projek melancong, kawan dah offer satu lagi project jejalan ke Labuan. Dah lah dalam 2 minggu sebelum project utama melancong aku. Aiyoo.... If tak ikut, rugi lah pula sebab project ni more or less macam project reunion kekawan lama sebab yang dijemput bersama adalah orang2 yang pernah gila2 bersama aku. Kawan2 yang dah lama tak jumpa.

Tengok lah camna nanti, project akan berjalan if paling kurang 20 orang menyertainya and aku one of yang pasti kena ikut. Dah kata mungkin tak boleh ikut, kawan terus kata errr...... semalam je, pergi petang jumaat balik sabtu, just spend a nite at Labuan. Ok2lah. Count me in! :)


zzzyy

Saturday, March 20, 2010

Bangun pagi dengan aman damai, takda buat banyak kerja rumah, hanya cuci baju sikit dan masak, goreng chicken wings dan masak telur dadar campur kulat. Lepas lunch nanti baru hantar adik balik kampung sebab petang ni dia nak balik asrama, esok sekolah bermula lagi.

Nothing much happen weekend ni. Aku cuti 2 hari, khamis dan Jumaat. Khamis pergi picnic tu dan Jumaat relax di rumah menahan rasa keletihan pas berpesta picnic dan menahan kegatalan dan kepedihan akibat sunburn.

Semalam pulak temankan SIL beli laptop baru, pastu merayau2 berjalan2 dan petangnya sempat menikmati permandangan bandaraya Miri ketika matahari terbenam dari puncak bukit Canada dimana terletakkannya tapak bersejarah, telaga minyak pertama di Miri, Grand Old Lady.





Permandangan matahari yang sedang perlahan2 terbenam. Yang atas tu permandangan biasa yang amat cantik tapi yang bawah tu pulak, bila tengok lagi, mengingatikan aku kepada suasana hutan yang sering dilihat pada cerita hantu. Agak scary! Ketika matahari samar2 macam ni lah selalunya hantu or serigala sedang bersedia tuk keluar! Hoh!!! Too much movies!!!!!



Aku parking tetengah jalan since memang takda orang yang akan lalu pun jalan tu sebab main door dia dipalang, tutup. Tengok dua ekor anjing ni, seolah2 guards menjaga pintu gate tu. So cute!



Yang ni pic dari sambungan n3 tentang picnic. Aku suka sangat pic ni, ada banyak lagi aku suka tapi since semalam, tak dapat2 upload. Dan picasa pun masih tak boleh guna. Aku dah uninstall then download lagi, tapi yang download tu hampeh tak boleh buka. Aku ni fail bab IT or download2 ni semua. Tunggu adik je lah, suruh dia settle kan. Malas nak download lagipun lama nak tunggu. Leceh dan meremehkan!


K lah nak lunch pastu nak bertolak antar adik. Mak dan tunggu kat kampung nun. Tadi pesan suruh dia masak daun ubi gosok! Sedap!!! Nom!! Nom!! Nom!!

zzzyy

Friday, March 19, 2010

Semalam picnic kat beach dari 8am to 7pm! Hangus muka dan badan. Hidung dan pipi cam badut!! Memula memang tak terasa sebab tiupan angin laut yang sangat menyegarkan tapi selepas mandi laut, baru keluar semua makeup2 badut. Not to mention sakit dan pedih too.

Cousin bagitau tuk mengelakkan sakit kena sunburn, muka kena lah dimask dengan telur putih. Pagi tadi selepas mandi terus aku buat. Sapu muka dengan telur putih then tepek tisu nipis dan sapu telur putih tu atas tisu lagi. Bila dah kering, senang nak ditanggalkan. Yes, it work. Takda rasa sakit sunburn cuma aku bangun pagi tadi kena cirit birit. Ada 4 5 kali pergi toilet pastu stop. Kus semangat! Jangan lah terus menerus cam hari tu. Tak rela aku.

Siut tul Picasa aku tak dapat buka. Ada corrupt! Sempat buat 2 collage je. Spoilt mood aku yang excited nak buat banyak2. Tadi kena uninstall then sekarang ngah upload lagi which was sooooo slow. Siap bagitau 1 day left! Siaplah kena layan line internet yang slow teruk ni!



Acara mandi laut. Pergghh!!!! tah bila last sekali aku mandi laut ni. Sebenarnya aku memang tak suka mandi laut, tak suka rasa masin airnya. Memedihkan mata dan mengesatkan mulut. Tapi semalam tengok SIL bersemangat nak mandi tanpa plan, tiba2 aku terfikir nak balik rumah, tukar baju. Datang je balik beach, terus mandi laut!!!! Mak pun memula taknak gak, tapi kalah dengan pujuk rayu aku, tergoda gak. Lagipun aku siap bawa spare towel dan kain pelekat tuk dia.

Yang ini pula anak kucing yatim piatu yang baru datang rumah awal pagi semalam. Dok terkiaw2, tergesel2 kat kaki, last2 aku suruh adik simpan dalam plastik arang bawa pergi picnic sekali.



Muka tak ensem tapi manja sangat. Tidur syik nak dekat orang je. Dah tu yang dia terlentang tu adalah selepas kekenyangan makan. Mata banyak taik! EEhhh..... ngah sakit mata lah kucing tu tapi hari ni dah ok. Esok nak beli makanan dalam bungkus kecik cam cegaloo dulu tuk dia. Kesian gak tengok, dok terkiaw2. Hari ni bawa minum susu dan makan nasi (tah dia dah reti makan ke tak). Aku tak tengok, adik yang bagi. Susu lak jangan marah aku bagi dia susu anlene!!! Agar tak bertaik mata!!! Hahahaa!!!!

Badan adalah sangat letih. Bangun pagi tadi terus cuci tikar2 bekas picnic semalam, cuci kereta (Siap vacuum dalam). Walaupun hakikatnya malas tetapi terpaksa gak buat, sayang tengok kereta berpasir. Nasib ada adik tolong. Ni dah flat balik. Makan nasi goreng je. Minum air cap badak. Hilangkan panas badan.

K lah dah terngantuk. Asyik nak tidur je mata ni walaupun siang tadi dah gak tidur. Good nite semua!!!

zzzyy

Wednesday, March 17, 2010

Hari ni buat kerja dengan tekun (Sebab semua northern region managers ada meeting dengan RM kat floor aku). Conference room bercermin semua so dapat lah kelihatan apa yang berlaku diluar dan didalam bilik dengan jelas. Tu lah kena buat2 busy takut nanti kena comment over staff. Tapi memang aku busy gak sebab esok dan jumaat aku cuti. So sebelum cuti tu aku akan make sure semua kerja pending dah dibuat or at least dah kemas tuk KIV so senang aku nak handle bila balik dari cuti nanti.

Ni cuti khas tuk picnic! The last time aku picnic somewhere a few weeks ago tapi tu aku cam tak puas hati sebab aku rushing berpicnic selepas kerja, which is after 6pm! Ni last week SIL plan nak buat picnic sempena menyambut birthday dia (somewhere Feb), adik dia (somewhere this month) dan bestfriend dia Cat, today. So since ekonomi gawat ni, kena lah berjimat kan. Buat tripple celebration!



Gambar dari previous picnic. And satu yang menyeronokkan aku sekejap tadi aku dah reti edit pic guna picasa. Lama dah nak belajar tapi asyik delay2 je. Tengok orang simpan gambar kat blog cantik je, sering wonder guna application apa ya, ni kebetulan adik install picasa kat PC, baru tau all this while ramai yang guna picasa. Beberapa hari gak try tapi tak berjaya. Syik give up je, lagipun kurang masa.

Esok masa picnic aku tangkap gambar banyak2 dan picasa kan dia kat sini. :) Bagi lah chance aku menunjuk2 ya, dah lama tak masuk bakul angkat sendiri ni.



Ni pula dinner aku dua hari lalu. Takda lah yang luar biasa cuma aku cam blurr bila kena beri nasi campur tah apa nama masakan ayam, telur dan timun. Semua dimasuk dalam mangkuk cap ayam!! Eh, camna makan ni hah? If bowl nasi yang biasa kecik tu ok gak, boleh makan dengan sudu or chopstik. Ni mangkuk soup ayam yang besar. Terkedu gak sekejap. Memanglah boleh makan dengan sudu or chopstik gak, tapi as selalu guna pinggan, i feel weird nak menyudu nasi dari mangkuk tu. Makan skit je, bukan kerana mangkuk tu tapi sebab memang dah kenyang tapi gatal gak nak order.

K lah nak tidur dah. Esok kena bangun awal, menjemput para jemputan. Good nite...

zzzyy

Monday, March 15, 2010

Totally lupa tentang blog. Terngangga depan TV tengok SYTYCD. Lagipun tadi online lambat about 10pm. Keluar makan then lepak2. Mentang2lah dah sihat sesuka je berjalan kan. 5mins before midnite baru ingat nak update.

Kerja back to busy. Senyap2 je lagipun kat department 2 orang on leave. Seorang relieve kat ground floor, bos lak keluar, so aman damai terasa. But the bad news is, apa yang kita orang tunggu2 selama ni, quotation on replacement of new aircond kena reject dengan HQ sebab terlalu mahal!

Aiyooo!!! Lama tunggu tapi this is the result. Kenapa lah tak cakap awal2 kan. But secretary kata dia akan apply lagi. Call kawan kat another branch found out our quotation memang mahal $900!!! Dah lah hanya 2hp. Sebelah sana 2.5hp dah murah sebanyak $900. Memang kena cekik lah quotation tu. Bukan salah sesapa kat branch kan. Bukan tau pun rega aircond tu. Kedai aircond antar so submit je lah. Takda masa tuk check2 rega, lain lah if sendiri yang beli.

Semalam aku plan tidur awal sebab sakit aritu 2 hari berturut2 tidur awal. Sekali adik install games kat pc terus gian main. Sampai kul 1.30am baru tidur. Tu pun paksa diri sendiri mengenangkan keesokkannya kena kerja. Bangun kerja mata cam kekura.



And surprising tadi bila timbang kat office, 2 hari aku sakit berat kurang 1.9kg! Fuyioo!!! Drastik2!!! Elok gak if selalu sakit camni boleh slim. Hoh!! Choii!! Choii!! Walaupun boleh menguruskan tapi aku tak rela tau. Sakit yang amat sakit. Cam tak sanggup nak lalui lagi.

K lah, dah ternguap2 ni. Kang sesilap boleh termasuk kebot dalam mulut. Goodnite semua!!!

zzzyy

Sunday, March 14, 2010



Masih kurang sihat tapi dah okay lah compare to semalam yang cam tak larat nak bangun terus. Hari ni dah okay cuma masih lemah lah. Dah mampu cuci baju. Dah mampu kemas2 rumah sikit. Walau at the end, rasa cam berpinar2 sakan. Cepat2 duduk relax dan lepas mandi terus makan nasi, walaupun sikit tapi since kena makan ubat terpaksa penuhkan perut gak kan. Or else nanti mabuk ubat.

Walaupun sakit, tak boleh lah nak layan sangat rasa sakit tu kan. Kena kuatkan diri dan semangat. Kang makin dimanja makin sakit jadinya. This time aku takda bawa pergi klinik sebab tak larat nak memandu dan menunggu di klinik. Kebetulan aritu memang dah standby ubat flu dan panadol so telan tu je lah disamping minum air banyak2.

Orang sakit takda selera makan tapi aku ada berkoyan2 stok makanan :) Mana taknya, masa terbaring depan tv tu syik tengok channel AFC 703 je. Macam2 jenis masakan di tengok. Tapi yalah dah sakit takda gak selera just nafsu tu tetap ada, aku tetap makan sikit2 but main menu, bubur dengan sardin lobak dan telur dalam sekam pagi tu. Dan semalam realize something, makan buat dragon fruit, automatically menambahkan selera sikit sebab terasa sejuk je buah tu masuk batang kerongkong. Sebelum ni aku memang tak suka makan buah tu sebab cam takda rasa je, sekarang aku dah terminat. Oh oh! Boleh calen dengan mak lah ni :o

Mak, apak and adik berkali2 call tanya tak balik kampung ke. Alahaii, jangankan nak drive balik kampung nak bangun pun aku terhoyong hayang ni. Dah bagitau tapi tak faham2 gak. Buat aku bad mood je. Tahu lah diorang ada tangkap banyak ikan kat kampung nun tapi aku sesangat tak larat lah ni. If larat, jumaat aritu aku dah pergi, takkan tunggu lama2.

Ni aku duk depan PC sebab dah kepeningan asyik baring je. Badan dah tampal banyak koyok. Hopely esok ok. Benci ah kena ngadap doctor tuk minta MC. Bukan apa, doctor dia ok cuma yang menunggu tu lama sesangat. Rasa if sakit pun dah sembuh kembali.

zzzyy

Saturday, March 13, 2010



Balik je dari kerja semalam terus mandi dan baring berselimut. Sejak lepas makan tengahari terasa semacam je badan. Perut kembung2 tulang2 sakit. Kena kipas yang kebetulan di belakang workstation aku terasa sangat menyusuk tulang belakang. Perut sakit2.

Seawal 7pm dah masuk tidur. Badan seolah di awang2an. Tidur malam pun tak selesa, asyik bangun minum air atau pergi tandas ataupun mengigau, mimpi yang bebukan. Semalaman camtu. Bangun je pagi ni terasa seluruh sendi tulang sakit2.



Sambil mandi sambil tu masak bubur gak. Sejak semalam tak makan, salah satu penyebab badan lemah. Lepas makan nasi dengan sardin sayur lobak, baru lah terasa ok skit badan, tu pun lepas makan ubat dan berjam2 tidur. Hari ni aktiviti adalah tidur saja. Ni 7pm dah terasa ok sikit cuma masih gak lemah dan sakit2 badan tapi yang bab sejuk tu dah ok, dah tak sejuk lagi.

Aku suspect aku kena keracunan makanan. Sejak lunch dengan terung asam semalam tu terus rasa tak selesa. Ingatkan over kenyang tapi bila fikir balik, takda lah sebab nasi pun tak abis dan pagi breakfast pun hanya dengan se mug coffee. Sebenarnya tubuh aku ni ada ketikanya alah dengan makanan yang masam cam asam pedas. Pernah terjadi aku demam lepas makan ikan asam pedas. Ni semalam mungkin kalah dengan terung asam tu.

Arap esoknya aku dah ok sebab banyak baju belum basuh.

zzzyy